Namun, awas ... ada beberapa widget yang seperti itu boleh mengundang padah. Ada widget Facebook Fanpage Like terkandung script yang membahayakan blog, dan ada yang mengandungi automatik pop up iklan-iklan yang anda tidak ingini. Jika anda dah cuba, dan tetiba mendapat masalah seperti yang saya katakan ini, cepat-cepat anda buang dan cari teknik lain.

2 Teknik Mudah Percuma Tingkatkan Facebook Like
Ok. Berbalik dengan tajuk, apakah 2 teknik mudah yang percuma untuk tingkatkan like yang saya maksudkan? Adakah ia melibatkan penggunaan widget seperti awal entri ini?Oh tidak, ini merupakan satu teknik outsource, iaitu melibatkan pihak ketiga untuk bantu anda tingkatkan Facebook Like - dan yang menariknya, bukan setakat like FB Fanpage, tetapi juga status FB, tingkatkan jumlah follower di Facebook, dapatkan lebih banyak share untuk satu-satu status dan banyak benda lain yang meliputi media sosial lain.
Mendapatkan Servis FB Like Percuma Dari AddMefast
Caranya ialah dengan membuka satu akaun percuma dengan AddMeFast. Apabila anda mendaftar, anda akan mendapat 50 points. Points inilah yang anda akan gunakan untuk mendapatkan apa yang diperlukan - samada jumlah like untuk fanpage, jumlah like pada status, dan macam-macam lagilah. Terpulang pada anda untuk pilih mana satu yang anda mahukan.
Berminat nak mencuba? Boleh dapatkan akaun percuma anda di sini - AddMeFast
Haa ... nampak tak? Dah daftar, dapat 50 points untuk dapatkan lebih kurang 50 likes, pastu nak dapatkan lebih, anda kena like status atau fanpage pengguna lain. Kira macam "hang klik aku, hang dapat point, lepas tu aku klik hang, aku dapat points" .. gitulah.

Mendapatkan Servis Percuma FB Like Daripada AsiaCube
Sama dan lebih kurang macam cara AddMefast, cuma bezanya ialah ia guna istilah coins di sebalik points. Itu sahaja. Ia juga percuma selagi anda ada coins, nak dapatkan coins ini sudah pastilah anda kena buat macam orang lain buat .. hoho ...Cuma yang bestnya dengan AsiaCube ni, anda boleh jana income tersendiri dalam USD. Wohooo .... what the fish, boleh jana income? kachinggg ... hoho ...
Anda boleh daftar dan dapatkan akaun percuma anda di sini - AsiaCube

Sekali lagi, jika nak cuba perkhidmatan ini, boleh buka akaun anda - AddMeFast dan AsiaCube.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
"Bro cuba tak?" .. saya cuba takat lima minit, pastu dah .. malas nak godek ... hoho .. :P
Apa-apa mesti investigate dalam2 sebelum menggunakan sesuatu cara..kerana ia mungkin membawa kebaikan mahupun keburukan kepada kita nanti...apa yang diperkatakan oleh tuan hasrul adalah benar..walaupun mudah untuk mendapatkan 'like' secara cepat tapi ketulenan sebenarnya masih diragui kerana lepas mereka like...mereka akan unlike semula...selamat mencuba semua
BalasPadamHmm .. betu, kena la tgk segala ceruk, saya ada cuba, dan saya tak minat, tapi saya kongsikan kepada yang lain .. yang mungkin fikir ini cara terbaik.
Padamnak tanya, fb likes tu dari real person ke?
BalasPadamYa, real person .. ahli2 yang daftar dalam tu.
PadamInstagram ada jugak macam ni tapi mcm xaci je -.-" betul jgk yg komen atas tu lepas dpt like, dorg boleh nak unlike balik. Paling benci kalau kat insta tetibe je follow org xkenal. Ntah dari mana je datang xsedar pun follow ishh3
BalasPadamdah lama betul tak masuk addmefast tu..hehehe..memang best..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.