Hari ini saya nak kongsikan satu tips penting dalam rekabentuk template blogspot. Ia berkaitan menjadikan template blogspot disenangi Google. Dengan kata lain, menjadikan template kita mesra SEO dan mudah disenaraikan di enjin carian (SERP). Perkara penting tersebut ialah bagaimana menjadikan template blogspot anda sebagai valid HTML5.

Sebelum saya berikan tips berkenaan, anda perlu faham apakah itu HTML5. HTML5 adalah bahasa markup dalam teras teknologi Internet yang digunakan untuk penstrukturan dan menyampaikan kandungan untuk World Wide Web. Maka, jika blogspot anda tidak patuhi, kemungkinan kandungan blog anda tidak disampaikan secara sepenuhnya mungkin berlaku.
Template blogspot valid HTML5 Template Blogspot Disenangi Google

Sejarah Ringkas HTML

Sejarah HTML bermula sejak tahun 1991 apabila diperkenalkan oleh Tim Berners Lee. Kemudian mulalah perkembangan HTML sehingga wujudnya xHTML pada tahun 2000 yang juga digunapakai dalam kebanyakkan template blogspot. HTML5 pula diperkenalkan pada tahun 2009 bersama sekali dengan CSS3.

Dalam sebuah template biasa blogspot, akan ada 3 perkara penting ini dalam rekabentuk iaitu HTML + CSS dan juga Javascript. Menerusi struktur asas ini, sesebuah blog boleh menjadi sebuah sumber informasi yang kaya dengan membolehkan jadual, gambar, video, bunyi dimasukkan dengan mudah. Ia menjadikan sesebuah blog itu lebih 'bernyawa' dan bukan paparan teks semata.

Untuk baca mengenai HTML dan sejarah ringkasnya boleh rujuk sini - What is HTML5

Template Blogspot Valid HTML5 Disenangi Google

Enjin carian seperti Google sangat pentingkan blog yang penuh dengan maklumat dan kandungan berkualiti, maka sangat penting HTML5 ini dipatuhi dalam rekabentuk blog anda.

Bagi memastikan blog anda valid HTML5, anda perlu lakukan ujian terhadap template blogspot anda, sepertimana saya lakukan di bawah ini.
Template Blogspot Valid HTML5 Disenangi Google

Blog saya ada 2 errors dan 4 warnings. Walaupun tidak dapat capai sepenunhya seperimana blog saya yang baru - examkerjayakerajaan.com yang valid HTML5 sepenuhnya.
Template Blogspot Valid HTML5 Disenangi Google

Terbukti Template Blogspot Valid HTML5 Mesra Google

Blog ini walaupun tidak penuhi 100 peratus dan terdapat 2 errors tetapi alhamdulillah masih mampu untuk bersaing dengan beberapa keyword panas sehingga berjaya berada di halaman utama enjin carian Google.

Nampak tak kenapa pentingnya template blog yang mesra SEO dan valid HTML5 ini? Ini adalah rahsia saya bagaimana banyak entri blog saya berada di halaman utama Google dan pernah berjaya mendapat tempat pertama di dalam Contest SEO Casa Ombak - menang RM500 hanya menerusi satu post!

Bukan itu sahaja, template seperti ini juga telah bantu saya jana income 4 angka menerusi satu blog post dalam masa 4 hari sahaja!

Menerusi template yang mesra SEO dan valid HTML5 juga, saya bantu ramai pengiklan yang beriklan menerusi penulisan advertorial diberikan pendedahan terbaik menerusi kata kunci tertentu. Entri-entri dengan beberapa kata kunci tertentu telah menjadi rank #1 di enjin carian Google.

Sekarang, anda perlu jadikan template blogspoit anda valid HTML5. Caranya ....

Periksa dulu template blogspot anda di sini - http://validator.w3.org/  Masukkan URL blog anda di ruang yang disediakan, dan tunggu hasilnya seperti 2 paparan di atas.

Anda kena tunggu entri seterusnya .... sebab dah panjang sangat saya tulis ni, takut nanti anda cuma baca sekerat sahaja .. hoho ...

Untuk tidak terlepas tips tersebut, pastikan anda langgan blog ini menerusi email. Untuk langgan, anda klik pautan ini - Langgan Blog Ini Menerusi Email

Semoga bermanfaat.



9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Good info. Nak tukar template gak ni.

    BalasPadam
  2. ada terbaca juga tentang template html5 ni...

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian ilmu..

    BalasPadam
  4. Salam Bro HH dan rakan Blogger semua
    Dari pengalaman saya yg xseberapa ni. Sy sgt bersetuju dgn entri ini. Ramai pembuat template mengakui kesukaran dlm hasilkan Template Responsive dan Valid HTML5. Maka xhairanlah kebanyakannya Premium Template (berbayar).

    Tetapi ada juga yang boleh download percuma dengan syarat tidak benarkan ubah credit. Sememangnya xboleh ubah credit kerana telah diletakkan javascript tertentu.

    Kebanyakkan javascript trsebut sudah di decode. Saya pernah berjaya decode javascript tersebut dan ia amat mengejutkan kerana ada juga diletakkan link ads dan pelbagai backlink lain didalamnya.

    Rasa macam nak belajar buat template sendiri aje. Harap Bro HH boleh berikan lebih banyak ilmu mengenainya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pandai buat template sendiri, tetapi boleh la ubah sikit2 daripada template yang sedia ada. Cedok sana, cedok sini, in Sha Allah boleh. Tapi memang betul, nak hasilkan sebuah template yang bagus baik dari segi SEO, valid HTML5, valid CSS memang giler kentang susah .. makan jadi tak menentu dibuatnya.

      Jadi saya respek mereka yang berjaya hasilkan template sebegini.

      Padam
  5. Urp.. terbalik pulak decode dan encode di komen sebelumnya. Maaf, itu kelemahan dari saya. (malu)

    BalasPadam
  6. 207 errors dan 235 warnings..terbeliak mata..haha. Ada ke cara nak edit dan selamatkan blog saya HH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya .. kena rajin cari, in Sha Allah .. akan jumpa.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement