Namun, sekarang terdapat satu gejala baru. Bukan zahirnya datang dari anak-anak gadis yang mahu jadi model, tetapi datang daripada mereka yang mahu ambil peluang tak senonoh pada gadis-gadis yang dahagakan kerjaya sebagai model.
Sebelum ini, rakan blogger dalam Kelab Blogger Belia dah tampilkan isu ini di mana terdapat individu tertentu yang mahu memancing anak-anak dara termasuklah juga ibu tunggal hatta isteri orang supaya ambil peluang dan tawaran menjadi seorang model muslimah. Itu katanyalah .. tapi hakikatnya .... perkara yang tidak elok berlaku.
Rakan blogger saya menerusi blog Buasir Otak pernah dedahkan mengenai individu ini di dalam entri - Model Pakaian Muslimah Disuruh Beraksi Ghairah yang telah diterbitkan pada 21 Ogos 2014 yang lalu. Dan terkini, saya dapati ada satu perkongsian di Facebook daripada seorang model muslimah mengenai tipu daya individu ini.
Pendedahan Model Muslimah Individu Mintak Beraksi Lentik
Agak panjang sebenarnya saya nak kongsikan perbualan daripada dua individu ini - model yang bernama Shafiqa Roslan dan juga lelaki yang menggunakan identiti Azmn Shrfdn. Mula-mula memang tak berapa nampak sangat, kemudian ....Aishh .. apa punya fotografer suruh buat camni? Dah la approach seorang model muslimah, disuruh buat perkara yang agak bertentangan. Lagi-lagi pulak, bila diminta gaya melentik... erkkk ... kalau saya jadi model pun seriau gak nak pose gitu... hehehe.....
Uhh nampak tak dah silap tang mana? Individu ini konon nak bagi peluang atau job menjadi seorang model, tetapi diminta untuk hantar gambar-gambar dulu untuk penilaian. Dah la tu kena pose maut gedabak macam kat atas tu.
Perkara yang sama juga telah dilakukan oleh individu ini kepada mangsa lain sebelum ini, lihat beberapa skrin shot diambil oleh rakan blogger berkaitan pendedahan ini.
Ok. Mungkin ada yang tanya kenapa saya dedahkan benda ni, apatah lagi terpampang nama individu Azmn Shrfdn ini? Sebabnya ialah pelaku sendiri mengaku bahawa akaun yang dimilikinya fake account dan cabar SKMM untuk ambil tindakan terhadapnya.
Hmm .... jadi camner?

Semoga perkongsian ini dapat lindungi anak-anak gadis, mahupun ibu tunggal dan isteri-isteri jelita dari terkena godaan... auwww....
Oh ya, anda teringin nak baca 'rakaman' perbualan lengkap model muslimah ini yang diajak beraksi lentik? Boleh baca di sini - https://www.facebook.com/sha.iyka/posts/10204615540414188
Selamat gua jadi model tak perlu sent gambar2 macam tue...
BalasPadamKalau tidak.... terdedah perut gua yang menjadi igauan ramai jejaka he...23x
takut tau bila baca msg2 mat pervert camni...
BalasPadamgilerrrrrrrrr
BalasPadamstress dengan perangai manusia yang jadi bukan-bukan sekarang ni.
BalasPadamade baca ngk psal ni..giler tul..
BalasPadamHarap tindakan diambil ke atas beliau wpun menggunakan fake acc. Fake acc bukan alasan.
BalasPadamapabila moral dan etika disatukan dengan nafsu...beginilah jadinya.
BalasPadamCemarkan maruah gadis melayu je.jijik
PadamSakit hati dgn dia ni sudahlah amik kesempatan lepas tu berlagak gile takkan kene tangkap. Takpe dia takkan terlepas dari pandangan tuhan. Mmg bodoh betul.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.