Informasi | Laman web Bajet 2015 #Bajet2015 telah pun beroperasi sepenuhnya. Laman web yang dikhususkan untuk penyaluran idea serta cadangan terhadap isi kandungan belanjawan Malaysia 2015 telah dibuka sejak 11 Ogos 2014.

Saya berkesempatan untuk jenguk-jenguk dan lihat apa yang ada di laman web Bajet 2015, dan nampaknya sambutan dari rakyat Malaysia begitu memberansangkan. Ramai yang telah kongsikan idea-idea, pandangan serta cadangan untuk diambil perhatian oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laman Web Bajet 2015 (#Bajet2015)

Laman Web Bajet 2015 (#Bajet2015)
Terdapat 16 pilihan kategori atau subtopik yang boleh rakyat Malaysia salurkan idea dan pandangan. Subtopik atau kategori tersebut adalah:
  1. Kos Sara Hidup
  2. Perumahan dan Kehidupan di Bandar
  3. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan
  4. Pengangkutan dan Infrastruktur
  5. Pembangunan Desa
  6. Pembangunan dan Ekonomi
  7. Pelajaran
  8. Keselamatan Awam dan Rasuah
  9. Belia dan Sukan
  10. Kebajikan Sosial - OKU dan Golongan Kurang Bernasib Baik
  11. Perkhidmatan Awam
  12. Alam Sekitar dan Pertanian
  13. Pekerjaan
  14. Percukaian, Perniagaan dan Kewangan
  15. Budaya dan Pelancongan
  16. GST
Laman Web Bajet 2015 (#Bajet2015)
Perghh memang banyak kategori yang boleh rakyat Malaysia nyatakan pendapat dan pandangan bernas.

Setakat entri ini ditulis, antara cadangan dan pendapat yang paling disukai atau boleh dikatakan dapat banyak sokongan dari pembaca dan pengunjung yang lain adalah berkaitan rebat untuk akses jalur lebar.

Antara perkara lain yang mendapat pilihan tertinggi adalah berkaitan perumahan awam untuk kakitangan kerajaan, elaun perumahan, pengurangan kadar faedah PTPTN, kesedaran sivik, dan juga kenaikan gaji.

Jom Sumbang Idea dan Pendapat Bajet 2015

Bagaimana dengan ada? Ada idea bernas yang ingin disampaikan kepada Perdana Menteri Malaysia berkaitan #Bajet2015 yang dijangka dibentangkan pada 10 Oktober 2014. Jika anda, mengapa tidak anda sumbangkan idea dan pendapat anda, dan anda boleh minta rakan blogger untuk kongsikan di laman sosial, dan juga blog supaya mendapat rating pilihan tertinggi.

Anda boleh lakukan demikian di laman web Bajet 2015 (klik).

Mana tahu, perkongsian idea dan pendapat bernas anda akan dapat perhatian kelak. Jangan segan .. inilah tempat yang telah dipermudahkan buat anda, dari dok dekah-dekah dalam laman sosial.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. menarik adanya laman wec ni, jom kita manfaatkan, beri idea yang terbaik.

    BalasPadam
  2. Datuk seri, saya sebagai rakyat biasa menyeru agar lesen sppk (pkk) kontraktor kelas f atau g1 dibuka semula setidak-tidak kepada mereka yang elah mendaftar dengan cidb. Langkah ini akan memberi ruang kepada usahawan bumiputera bergiat dalam perniagaan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement