Adakah saya berhak sebagai blogger layak untuk impikan iPhone 5s ini sebagai gajet idaman kalbu? Mari semak 5 alasan mudah saya.
4+1 Alasan iPhone 5s Gajet Impian Aku
- Saya blogger sepenuh masa.
- Saya sukakan gajet.
- Saya suka makan epal.
- Saya ada iPad Mini.
- Saya tak pernah ada iPhone.
Jadi, memang kenalah dengan ciri-ciri iPhone 5s sebagai gajet impian setiap blogger. Dan yang semakin seronok ialah saya boleh dapat gajet impian ini tanpa mengeluarkan sesen pun pendapatan dari berblog.
Siapa yang nak bagi iPhone 5s secara percuma ini? Mesti yang ingin memberi itu punyai hati sangat murni dan baik sekali, ye tak?
Kontes Cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Alhamdulillah, ada rakan blogger cukup hebat berserta rakan-rakan penaja yang sudi nak berikan 3 buah iPhone 5s ini untuk blogger Nusantara. Ada kontes menulis entri blog berkualiti untuk mendapatkan secara percuma iPhone 5s gajet impian ini. Kontes ini merupakan satu cabaran untuk blogger Malaysia menulis artikel dan entri terbaik untuk menang hadiah gajet yang cukup menjadi perhatian ini.Kontes atau cabaran iPhone 5s ini dianjurkan oleh Denaihati.com dan ditaja oleh lebih 20 orang rakan blogger lain yang sememangnya hebat-hebat belaka. Senarai penaja kontes ini adalah seperti di bawah ini.
Penaja Utama - http://amariman.com
- http://www.ombakcreatives.com
- http://ejamothman.com
- http://www.eridy.com
- http://www.hilalazmi.com
- http://www.eizil.com
- http://www.asamboi.my
- http://www.diarymama.com
- http://pendekarberkuda.org
- http://www.saji.my
- http://abangensem.com
- http://www.enveeus.com
- http://www.pakarniaga.com
- http://anarm.net
- http://www.daddydee.net
- http://www.sunshinekelly.com
- http://sweetkurma.com
- http://awn.my
- http://mawarmerah2008.com
- http://www.blogieta.com
- http://www.broframestone.com
- http://www.akmaomar.com
- http://khairilmazri.com
- http://wowberita.org/
- Japan Budget Trip
Kontest atau cabaran ini dinamakan iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger bakal menawarkan hadiah utama - 3 buat set iPhone 5s 16GB untuk 3 orang pemenang dan ia dipertandingkan terbuka buat semua blogger Nusantara tak kira tua, muda, dewasa, baru akil baligh, sepenuh masa, separa masa ... semua blogger layak menyertainya. Hanya ikuti syarat yang diberikan. Cukup mudah. Blogger yang baru sebulan buat blog pun boleh sertai dan ada peluang untuk menang.
Cara Sertai Menang iPhone 5s Denaihati.com
Kepada sesiapa yang mahu dapatkan iPhone 5s, bolehlah cuba jadi peserta. Buat segera satu blog jika tak ada lagi; jika sudah ada blog, cepat-cepat tulis entri dengan tajuk iPhone5s Gajet Impian Setiap Blogger. Tulislah apa yang patut asalkan jangan salin tampal artikel blogger lain sudahlah.Dah siap tulis, jangan lupa terbitkan. Dah terbitkan jangan lupa untuk hantar penyertaan. Semua ini mesti dibuat sebelum 11.59 pm, 24/8/2014. Kalau hantar selepas tarikh tersebut, maksudnya anda dah terlambat dan terlepas peluang yang jarang sekali diberikan ini bagi mendapatkan iPhone 5s gajet impian ramai.
Adakah iPhone 5s juga gajet impian anda? Nak menang? ikuti syarat pertandingan di sini - Tiga iPhone 5s Untuk Dimiliki
Seronok Jika Menang iPhone 5s
Saya tak perlulah nak ulas betapa best dan seronoknya untuk dapat iPhone 5s ini.... sebab sebut nama pun dah kira macam best sangat dah. Tak perlu pun tengok spesifikasi sebab jenama Apple yang membangunkan iPhone adalah sebuah jenama yang diyakini seluruh dunia. Keluarlah apa jua produk yang guna nama Apple .. apatah lagi iPhone, pasti berderet akan menunggu mahu dapatkan, walaupun kotak produk pun belum lagi direkabentuk.Dalam hidup saya, selama lebih 30 tahun ... baru beberapa kali dapat pegang sebuah iPhone, apatah lagi iPhone 5s. Nak jenguk kat kedai, susah sangat nak dapat lihat. Yang dapat pun tengok dalam majalah dan pamplet yang diedarkan.
iPhone 5s boleh dikatakan eksklusif, dan seandainya saya sebagai blogger punyai gajet impian ini, memang dah dikira semacam naik taraf dari satu peringkat yang lebih baik.
Saya memang teringin nak merasai pengalaman menggunakan produk terbaik ini, iPhone 5s gajet impian setiap blogger seperti saya. Jikalau dapat menang, boleh digandingkan dengan iPad Mini yang sekarang saya guna, yang merupakan hasil kemenangan menulis entri satu ketika dahulu.
Sedang merasai teknologi Apple dengan iPad Mini, sememangnya puas hati dan berbaloi dimiliki. Walaupun cermin dah meretak tetapi ia tetap gagah menjadi kegunaan saya dan anak-anak setiap hari. Gandingan iPad Mini dan iPhone 5s gajet impian setiap blogger memang ingin dicapai. In Sha Allah.
Kontest iPhone 5s Legasi Blogger Syuhada Baharudin
Dan untuk pengetahuan semua, salah seorang penaja kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ... yang juga rakan blogger saya yang dihormati, Syuhada Baharudin telahpun menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Jun 2014. Mari sama-sama bacakan Al Fatihah dan doa untuk al-marhumah.Jika anda suka baca apa yang telah saya tulis ini, dan fikir saya seorang blogger lelaki desperate nak dapatkan iPhone 5s ini, mohon jasa baik untuk klik Suka atau G+ di bawah ini.
35 Comments
Semoga berjaya....
ReplyDeleteTerima kasih. Cabaran masih awal, bakal menyusul cabaran seterusnya.
Deletesatu entri yang padat dengan nukilan rasa untuk medapat iphone5s
ReplyDeleteAssalamualaikum.... ulasan yang mantap daripada seorang blogger hebat di Malaysia.
ReplyDeleteW'salam. Mana ada ulasan pun .. yang ada hanyalah alasan-alasan .. hahaha.. :) apapun good luck juga buat Kamil yang jadi peserta.
Deletesemoga berjaya..dalam hati teringin jugak nak join tapi tak reti nak karang la..boleh ke serkap jarang jer? haha...
ReplyDeletewow best nye....mcm nak join je hehe
ReplyDeleteJoin je. Link sudah sedia ada diberikan. Klik ... dan tgk apa yang patut dilakukan. tak susah .. asalkan ada daya kreatif utk hasilkan entri original menarik.
Deleteallthebest bro. masing2 bermula baik pada saingan awal ni :)
ReplyDeleteIn Sha Allah. Tunggu sahaja cabaran yang seterusnya, pasti akan ada yang tertinggal nanti.
DeleteAduh... kalah lah camni bila tuan hasrul hassan join sekaki. haha!
ReplyDeleteGood luck ya!
Ishh ... jangan kata begitulah, kena bersaing dengan sihat ..in Sha Allah, boleh tingkatkan cara penulisan kita.
Deletegood luck ya..sama sama kita bersaing ya..
ReplyDeleteentri dari otai dah keluar neh... bila lagi nak ikut jejak langkah, rasanya tidak terkejar.
ReplyDeleteGoodluck! Nak joinnnnnnnnn ;)
ReplyDeleteSilalah join .. jangan segan malu
DeleteBukan saja blogger .. iphone 5 menjadi impian semua .. Good Luck! ;-)
ReplyDeleteAkhirnya saya pun dah siap entri iphone 5s tu..
ReplyDeleteSelamat berjaya bro, iPhone 5S ni memang menjadi idaman semua
ReplyDeleteWazy, terima kasih kerana berikan sokongan dan klik +1 tadi .. hehehe
Deletetak pernah merasa pegang iphones...harapkan tuah kali ni dapat hadiah daripada Denaihati...ada 3 iPhones kan..nnt bro dapat satu..gua ambil satu..hahaha
ReplyDeletegood luck
ReplyDeletesinggah untuk baca entri dari blogger otai, good luck ;)
ReplyDeletebro hasrul mmg power..hehehe...smoga sukses..menang iphone 5s gajet impian setiap blogger
ReplyDeleteTang mana power tu? Power rangers ke?
Deletegood luck sifu seo....kalau contest ni berlandaskan seo dah tau dah sapa akan menang..hehe
ReplyDeleteErkk ... saya sendiri tak yakin bab tu, hang ni memandai la .. apapun terima kasih atas sokongan diberikan.
DeleteSalam bro.... salam perkenalan. Semoga ikatan ukhwah terjalin sesama blogger. Saya doakan agar tuan HH berjaya nanti. Sudi-sudilah berkunjung ke blog saya jika berkesempatan. Saya pun join jugak contest ini. Sekian, terima kasih...
ReplyDeleteIn Sha Allah ... saya akan cuba semarakkan kontest ni bersama blogger-blogger lain yang menyertai.
DeleteDeno pun rasa nak masuk contest ni.. Ermm bila la nak buat entri ni.. Btw, all the best Mr. HH :)
ReplyDeletesaya juga telah usahakan untuk dapatkan iphone 5s..
ReplyDeleteTu dia. Sifu pun turut serta. Selamat bersaing!
ReplyDeletenk join... :D good luck bro
ReplyDeleteseronoknya menang Ipad Mini , semga murah rezeki ! :D
ReplyDeletebillion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya
ReplyDeleteKomen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.