Dua cara untuk menjadi seorang penulis blog berjaya. Semua orang mahu kejayaan. Begitu juga dengan diri seorang blogger seperti saya, dan mungkin anda. Masalahnya ialah bagaimana cara nak jadi penulis blog yang berjaya? Apakah perkara-perkara penting yang perlu ada dalam diri agar dapat dibentuk menjadi seorang penulis blog yang berjaya dan dikagumi?

Tak perlu sarat kepala sangat dengan idea memikirkan benda ni. Biar saya berikan 2 cara atau teknik yang boleh bentuk diri anda untuk menjadi seorang penulis blog yang berjaya. Teknik ini saya nampak ramai blogger berjaya seperti Ben Ashaari, Denaihati, Broframestone, Melastik Bintang, Shakiddo, Kak Kujie melakukannya; walaupun ada di antaranya tidak menyedarinya pun.

Dua Cara Jadi Penulis Blog Berjaya

Siapa Anda Dalam Dunia Blog Malaysia

Pertama sekali ialah anda perlu rancang siapa diri anda dalam dunia blog Malaysia. Apabila anda mula menulis sebuah blog sendiri, anda perlu tetapkan - "Siapa aku dalam dunia blog Malaysia..". Ia perlu supaya anda dapat capai dan sempurnakan ketetapan di awal bermulanya sebagai blogger Malaysia.
Dua Cara Jadi Penulis Blog Berjaya
Saya berikan contoh; Ben Ashaari. Saya lihat dari awal penulisan sehingga kini, Ben Ashaari kekal dengan konsep penulisan blognya yang santai, bercerita mengenai kisah kehidupannya yang bertransformasi dari sehari ke sehari. Dari hidup berdua menjadi bertiga, dan kini (semasa entri ini ditulis), Ben Ashaari sudah mula nukil cerita kehidupan berempat (ada anak dua orang). Konsep sama, penyampaian masih lagi santai. Dan dia dikenali sebagai seorang penulis blog terkenal yang santai. Saya boleh cakap, bila sebut santai dalam dunia blog Malaysia, Ben Ashaari akan muncul di benak kepala.

Ben Ashaari berjaya menaakulkan dirinya sebagai seorang penulis blog yang santai.

"Siapa aku dalam dunia blog Malaysia" .. anda perlu wujudkan satu gelaran untuk diri anda dalam dunia blog dan capai impian itu.

Lihat blogger Encik Titan. Sebut sahaja buat duit dengan affiliate, nama blogger ini pasti disebut, dan terkini .. bila sebut SEO Merah Jambu, dunia blogger pantas mengenali lelaki seorang guru dari Banting Selangor yang telah dirikan rumahtangga dengan gadis Johor ini. Siap dapat jadi speaker lagi dalam satu forum anjuran Denaihati Network.

Dan di kalangan cikgu-cikgu pun, nama Encik Titan cukup gah juga sampaikan dapat award MSMW2013 dalam kategori Favourite Educational Blog (yang turut saya sertai).
Dua Cara Jadi Penulis Blog Berjaya
Biarpun tak gelarkan dirinya terang-terang sebagai pakar affiliate menerusi blog, tetapi jelas gelaran itu melekat pada dirinya. Dan memang terbukti dah pun.

Kenal blogger bernama Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi? Tak kenal? Bagaimana dengan Abang Ensem? Kenal? Satu Malaysia tu .... gelaran melekap sampai sekarang, hebat tak hebat .. orang lebih kenal Abang Ensem dari nama Meor Zaidee itu sendiri.
Dua Cara Jadi Penulis Blog Berjaya
Ok. Cara kedua yang ingin saya beritahu kepada anda ialah ......

Kena tunggu entri berikutnya nanti .... in Sha Allah dengan kata kunci 'Mencuri'

Boleh?

Kredit Foto: Hazman Fadzil

p.s: Ada blogger Malaysia gelarkan saya 'Sifu Blogger' dan ada kata 'Pakar SEO Malaysia' ; juga 'Sifu Blogspot' yang sebenarnya tersasar dengan matlamat saya untuk dapatkan gelaran 'Blogger Terkacak di Perak' ... aduhhh ...


18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Memang banyak kene belajar dan kene kutip ilmu berblog dari mereka yang telah berjaya ni...

    BalasPadam
  2. blog bro dah jenama ...setanding dengan denaihati..seorang wakil WP dan bro wakil blogspot..

    BalasPadam
  3. untung ler bro HH nak jadi terkacak dlm negeri jer tapi sekali dapat pakar SEO di Malaysia ni...hebat2.
    semoga lebih murah rezeki HH sekeluarga lepas ini, amin.

    BalasPadam
  4. yang hebat dan pakar semua lelaki... hihihi

    BalasPadam
  5. nak berjaya perlu diiringi dengan kehendak dan usaha... kan? kalau sekadar suka-suka agaknya lambat sikit nak berjaya :D

    BalasPadam
  6. emmm, rasa nak jadi blogger berjaya kena serius..

    BalasPadam
  7. AsSalam,
    Jadi diri anda sendiri serta unik dgn cerita dan gaya tersendiri... Itu paling mudah utk jadi penulis yg berjaya...namun ianya memerlukan bakat, tapi tanpa bakat...jika diasah dgn kesabaran dan usaha, pasti boleh berjaya!

    Tuan HH kini dipuncak...sudah pasti jd rujukan kami dibawah :) Apa sahaja gelaran itu tanda penghargaan serta hormat kami terhadap anda dan terima kasih diatas segala ilmu yg dicurahkan...mintak halal ye.

    BalasPadam
  8. amboi...nak jadi blogger terkacak di perak...hahaha!

    by the way, saya da jadi macam2 jenis da...blog pun da bertukar2 rupa entri sejak dari awal berblogging...dulu tulis panjang2, sekarang da jadi pendek2, ringkas dan overpadat...boleh? -_-"

    BalasPadam
  9. Alamak.. Terkacak di Perak memang dah lama bro.. Bro sebenarnya dah lari dari misi, sebab skrng dah pegang terkacak di malaysia..

    BalasPadam
  10. Blogger terkacak di Perak macam belum ada yang pegang, bolehlah tu...heee

    BalasPadam
  11. Tak sabar nk tunggu sambungan topik ni, Encik blogger terkacak di Perak

    BalasPadam
  12. Sy bg gelaran blogger otai..hihi..

    BalasPadam
  13. Thanks for sharing sifu., kami yang baru nak bertatih memang kena selalu rujuk kat blog sifu seo aka terkacak di Perak

    BalasPadam
  14. Blogger Terkacak Di Perak..hhmmm..boleh diketengahkan lagi gelaran ni.. :-)

    BalasPadam
  15. Haha...menarik kan diorang tu,..saya suka singgah ke blog cikgu tu..emm tak apa lah bro..dapat title pakar seo pun dah kira menarik..hehe..semoga bro makin maju sepertimana mereka semua tu..hehe

    BalasPadam
  16. amboi.

    BESAR gambarnya itu..haha

    BalasPadam
  17. sumenye lelaki..yg perempuan trkena rsnya kak Akma Omar kot..hehhehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement