Mula sekali, saya ingin betulkan tanggapan para blogger Malaysia semua. Untuk mendapatkan hasil sesuatu dalam dunia blog Malaysia, tiada laluan atau jalan pintas. Tanggapan hari ini bahawa melaksana satu-satu tips berkaitan kemajuan blog, esok lusa dah boleh lihat hasil perlu dicampak, lontar, baling, tolak jauh-jauh dalam kamus pengembaraan kejayaan anda sebagai blogger. Tiada jalan singkat dik, semua kena usaha secara berterusan dan istiqomah.
Ada rakan blogger timbulkan kemushkilan, dia dah buat teknik berdasarkan panduan blogspot saya untuk naikkan PR blogspot dia, tetapi dia rasakan tidak berjaya. Haa ... satu kesilapan, sebelum anda nak buat sesuatu tips dan teknik, anda perlu tahu dahulu selok-belok perkara yang anda nak buat itu.
Apa dia PR, bagaimana PR berfungsi, bagaimana PR dikira, semua ini perlu anda faham sebelum anda adaptasi untuk keperluan blogspot anda. Bila dah faham dengan jelas, barulah nanti anda benar-benar tahu apa yang anda lakukan kepada blog anda. Jangan main semborono sahaja.
Ibaratkan sahaja anda ingin menuju ke satu-satu destinasi yang sebelum ini anda tidak pernah pergi. Terlebih dahulu, anda perlulah tahu kat mana tempat tu, apa yang menarik ada di situ, jalan alternatif yang ada, ada tempat untuk menginap ke, kalau naik kenderaan awam - berapa tambangnya, jika naik kenderaan sendiri - tol dan minyaknya bagaimana; penting supaya tak sesat arah, dan tidak silap lokasi.
Begitulah juga dengan cara nak naikkan PR blogspot. Mana boleh anda naikkan PR blogspot anda dalam masa sehari! Ia tidak mungkin berlaku. Sebabnya ialah:
- Status Google Pagerank (PR) dilakukan secara automatik dalam jangkamasa tertentu. Ia mungkin mengira status PR blog dalam masa 6 bulan, mungkin juga 3 bulan .. dan mungkin juga setahun. Ia bergantung pada pihak Google apabila mahu kemaskini nilai PR sesebuah blog. Bila ia dilaksanakan, tiada siapa dalam dunia blog Malaysia boleh agak, kerana ia bersifat subjektif.
- PR dikira bukan sahaja link yang merujuk kepada satu-satu page atau satu-satu entri itu, tetapi link yang diberikan daripada pautan luar.
- Pengiraan PR sesebuah blog serta page (atau disebut entri) adalah menggunakan rumus PR yang pernah diterbitkan sebelum ini iaitu:
To calculate the PageRank for a page, all of its inbound links are taken into account. These are links from within the site and links from outside the site.
PR(A) = (1-d) + d(PR(t1)/C(t1) + ... + PR(tn)/C(tn))
Cara Tingkatkan PR Blogspot dalam Masa Sehari?
- Setiap page atau link entri dalam blogspot anda mempunyai PR yang berbeza, dan ia menyumbang kepada nilai PR blog anda secara menyeluruh. Anda mungkin sudah lakukan bina pautan atau backlinks untuk blog anda, tetapi anda lupa nak bina backlinks untuk page atau url entri blog anda. Jadi, pembinaan backlinks untuk blog dan entri perlu seimbang.
- Blog yang sedikit entri, tetapi setiap entri ada PR yang bagus akan berupaya menaikkan PR blog secara keseluruhan. Untuk dapatkan PR bagus bagi setiap entri, maka kena usahakan dapatkan backlinks berkualiti untuk setiap entri blog dan bukan hanya untuk link blog semata-mata. Pastikan setiap entri blog itu ada pautan untuk ke laman utama blog dan link ke entri lain, termasuk juga link dari blog lain ke entri tersebut (antara sebab ada blogger buat segmen dan contest supaya nak dapatkan backlinks berkualiti dari blog-blog lain).
- Bina lebih banyak backlinks dari blog yang mempunyai PR lebih baik - yang ada secara semulajadinya telah sedia ada berikan backlinks kepada blog dan entri anda. Atau dengan kata lain, anda perlu tinggalkan lebih banyak backlinks kepada blog yang pernah atau sedang berikan backlinks berkualiti tanpa anda sedari (selain segmen).
Itu sebab ada blog ternama, dulunya ada PR4-6 jatuh menjadi PR3 disebabkan kehilangan backlinks daripada blog-blog PR lebih baik sebelum ini. Firasat saya, blog-blog yang berikan backlinks sebelum kemaskini PR terkini samada telah berkubur, tidak update atau PR blog tersebut telah jatuh teruk.
Salah satu sebab yang boleh memudaratkan PR sesebuah blog dan menyebabkan ia tidak peroleh update PR terkini - kerana terlibat dengan link-spam atau link-farm contohnya backlink tercipta dari laman-laman yang mengumpul blog lain seperti laman web blog agregator seperti Busuk Ping, Gua Blog, Blog Directory dan sebagainya.
Semoga entri ini bermanfaat untuk anda ketahui teknik sebenar untuk naikkan PR blogspot anda seperti yang anda idamkan.
Anda boleh baca - http://www.webworkshop.net/pagerank.html untuk penjelasan yang lebih rumit .... hehehe... :P
baru saya faham kenapa PR saya tetap berada di tahap tu..insyallah...nak mencuba tips dari HH nie.
BalasPadamKena baca dan hadam untuk newcomer mcm sy 😅
BalasPadamTiada yg mudah dalam dunia blog kan. Satu soalan buat tuan, bagaimana menaikkan alexa rank selain daripada tips rumit yg berlambak di internet? Hehe
BalasPadam3 yang mudah - Install Alexa Toolbar, Tulise mengenai Alexa dan Update entri sekerap yang mungkin.
PadamDah ...:)
Bagus info ni... Tak semua org amik tahu sehingga mereka wajib tahu... Hikhik
BalasPadamHehehe.. uikss .... kena baca dua tiga kali komen ni baru faham .. hoho ...
PadamJadi setelah blog boleh berdiri sendiri harus tinggalkan PIng Busuk?
BalasPadamtips yang bagus untuk kami semua blogger newbie.
BalasPadamMudahan info ni ramai yang manfaatkan sebaiknya, dan practiskan.
BalasPadamBetul tu, rugilah saya kalau tak ada nak praktikkan.
Padamala nak jg blog terkenal ramap pengunjung..tapi hehehe nak buat macamana arh!..tq info
BalasPadamOh.. laman web blog agregator tu ada mudarat juga rupanya... thanks sifu..!
BalasPadamHmm sama juga dengan penggunakan linkwithin, nrelate, outbrain semua-semua tu. Lagi-lagi kalau guna widget perkongsian. Untuk blog yang dah dapat maintain sendiri, saya syor tinggalkan dan lihat kesan. Jika positif, teruskan ... :) jika nampak ada yang buat blog jatuh ... letaklah balik .. :)
Padamassalamualaikum hh...perkongsian yg baik...
BalasPadambro, kongsi skit jus dgn blog pr rendah nih, bleh tak bro?
BalasPadamNantikan segmen yang akan saya buat .. mana tahu boleh sama-sama beruntung.
Padamuish, untuk orang baru mcm saya agak komplikated jugak cara nak naikkan PR ni ye..banyak lagi nak kene belajar ni..
BalasPadamkadang-kadang terlepas pandang juga... perkara yang penting macam nie perlu diambil perhatian serius oleh semua blogger.
BalasPadamwah...
BalasPadamkalau google buat sistem update pagerank setiap hari..
memang saya tak lepaskan lah peluang tu bro.
hahahahaha...
klakar plak soalan dia.
Bagi saya, sementara ini tak ambil pusing masalah PR blog. Masa ini yang terpenting adalah fokus pada menulis artikel (informasi) yang bermanfaat.
BalasPadamPR blog saya masih 0. dari dulu sampai la ni...saya tak faham cara guna backlink
BalasPadammakasih ya gan untuk infonya semoga tambah sukses
BalasPadamOwh macam tu rupanya.baru faham cara nak naikkan page rank ni.terima kasih abg HH..:)
BalasPadammakasih gan buat infonya dan semoga bermanfaat
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.