Benda lama, tapi saya tak tercerita. Sebuah blog post berkenaan najis manusia atau dengan bahasa kasar - tahi manusia. Tahukah anda bahawa ada tujuh jenis atau kategori najis manusia yang dihasilkan oleh badan? Saya ada baca satu ketika dahulu, tapi tak ingat semuanya.

Kategori atau jenis najis manusia ini sebenarnya ada kaitan dengan keadaan tubuh badan kita. Jika tubuh badan sihat, najis kita akan kelihatan seperti ... errr errr. camner ehh nak describe? Hmm ok, cuba baca dulu dan tengok gambar-gambar yang saya ambil semasa saya dan anak-anak ke Petrosains. Kami belajar mengenali 7 kategori atau jenis najis manusia.

Belajar Mengenali 7 Jenis Najis di Petrosains, KLCC

Pengelasan jenis najis atau tahi ini adalah berdasarkan Bristol Stool Chart, Meyers Scale atau dalam bahasa melayunya Skala Tahi Bristol. Dalam carta tersebut, tahi manusia boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Carta atau skala ini telah dinamakan Skala Tahi Bristol kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK. Bagaimana rupa skala ini, saya dah sediakan dalam gambar di bawah.

Meh saya kongsikan sedikit pengetahuan mengenai 7 jenis najis atau tahi manusia, yang saya dan anak-anak peroleh semasa ke Petrosains tempoh hati.

7 Jenis Tahi

  • Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
  • Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak. 
  • Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit. 
  • Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. 
  • Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas. 
  • Jenis 6: Jenis agak likat, gabungan cecair dan pepejal. 
  • Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal. 
Tak boleh nak bayangkan ... sila tengok gambar-gambar di bawah ini.


Ketahui Tahap Kesihatan Menerusi Tahi

Bila belajar jenis tahi atau najis ini, bolehlah meneka keadaan kesihatan diri kita. Jika tahi atau najis yang keluar adalah dari jenis 1 dan 2, maka itu tandanya terkena sembelit. Apabila ada keluarkan jenis tahi ini, pastikan anda tidak melengahkan diri untuk buang air besar, sebab jika disimpan dalam usus, ia akan makin memudaratkan kerana tahi ini akan bertambah keras dan makin sulitlah nak buang air besar nanti.

Badan yang sihat akan hasilkan jenis tahi kategori 3 dan 4. Ia menunjukkan bahawa sistem perkumuhan badan berada di dalam tahap baik, dan anda seorang yang tidak suka membiarkan tubuh badan menakung dan menyimpan sisa yang tidak dikehendaki.

Kategori seterusnya iaitu 5, 6 dan 7 menunjukkan badan tidak berada di dalam keadaan normal. Tahi jenis 5 misalnya, menunjukkan anda perlu lebih makan serat contohnya seperti buah-buahan, sayuran dan kekacang. Jenis ini juga akan menghasilkan air atau gas kentut yang sedikit berbau dengan bunyi bunyian boleh dimaafkan lagi .. hahaha... (dah baca kisah kentut?).

Kategori 6-7 menunjukkan anda terkena cirit-birit atau diarrea atau cirit birit. Najis atau tahi kelihatan cair dan sedikit pepejal kelihatan. Air yang banyak keluar menerusi tahi ini membuatkan tubuh jadi lemah, dan boleh mendatangkan maut kerana badan terhidrat dan kehilangan air yang banyak.

Nasihat saya, amalkan pemakanan yang bagus dan penting juga amalkan cara membuang air besar secara berkala atau sistematik. Ajari diri supaya membuang air besar, di awal pagi dan sebelum tidur. Ini yang saya amalkan.

Awal-awal memang susah nak bolehkan diri buang air besar setiap pagi, tapi dengan disiplin, in Sha Allah, ia akan jadi rutin yang tidak menjadi masalah pada diri, malah bantu diri anda untuk lebih sihat dengan menghasilkan tahi kategori 3 dan 4.... hoho ...


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang setiap daripada jenis dan rupabentuk najis ni menceritakan sesuatu tentang seseorang...great piece of sharing abang HH...

    BalasPadam
  2. Ahaaaa thanks for sharing abg hasrul. Hanim pergi hari tu takda plak pameran taik ni hehehe.

    BalasPadam
  3. macam geli je tapi penting pengetahuan mengenai najis ni.boleh tahu tahap kesihatan seseorang

    BalasPadam
  4. jangan malu-malu nak tengok sendiri hampas, indicator awal untuk kesihatan kita.

    BalasPadam
  5. Nak berak jangan tahan.. tahan berak nanti muka jadi hijau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut hulk muka hijau rupanya tahan berak rupanya ha ha

      Padam
    2. Uhh baru tau gak ni .. menerann je dia selalu ehh .. sembelit tu ..

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement