Di Malaysia, malah seluruh dunia telah banyak melihatkan dakwaan dan bukti yang mengatakan bahawa Mc Donalds adalah antara penyumbang dana terbesar kepada dana zionis Israel. Malah, saya difahamkan, CEO Mc Donalds antarabangsa pernah membat pengakuan terbuka bahawa Mc Donalds memang ada menyokong dan membantu menyalurkan dana kepada pihak Israel.
8 Ogos 2014 Hari Tanpa Mc Donalds di Malaysia
Konflik Israel-Palestin-Gaza bukan satu konflik baru. Ianya dah berlaku sejak berzaman-zaman. Ia semakin ketara apabila pihak Israel mula melakukan pendudukan haram ke atas tanah milik penduduk Palestin. Pemilikan haram ini termasuklah mengusir penduduk Palestin dari penempatan mereka, serta memusnahkan apa yang ditinggalkan oleh rakyat Palestin termasuklah tanam-tanaman.Pengusiran ini kemudiannya disusuli oleh pembangunan pihak Israel untuk penempatan haram penduduk Yahudi. Dan pembangunan ini difahamkan menggunakan bantuan dana yang telah disalurkan dari seluruh dunia termasuklah daripada konglomerat berpengaruh antarabangsa seperti Mc Donalds.
Walaupun ada blogger Malaysia telah menyertakan fakta bahawa Mc Donalds Malaysia bukan penyumbang utama kepada dana untuk Israel, namun ramai rakyat negara ini percaya, walaupun tidak banyak, namun tetap ada bersandarkan kepada beberapa fakta yang dirujuk, Mc Donalds secara amnya adalah antara penyumbang terbanyak pembangunan sebuah negara haram Israel, yang Malaysia sendiri tidak mengiktiraf.
Rasional Boikot Atas Mc Donalds Didakwa Penyumbang Keganasan Israel
Boikot 8 8 2014 Hari Tanpa Mc Donalds Malaysia dianjurkan oleh sesetengah pihak adalah sebagai satu simbolik tentangan dan bantahan rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan keturunan, tua muda miskin kaya bahawa apa yang dilakukan oleh pihak Israel perlu dihentikan serta-merta. Rakyat Malaysia ramai percaya, bahawa dengan boikot dilakukan ke atas produk antarabangsa terkenal ini, dunia lain akan nampak betapa seriusnya Malaysia dalam menyokong Gaza dan Palestin. Malah, rakyat Malaysia percaya, dengan boikot ini akan memberikan tekanan kepada pihak pentadbiran tertinggi Mc Donalds supaya melakukan sesuatu ke atas Israel dan menghentikan kekejaman yang berlarutan ke atas penduduk Gaza dan Palestin.
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (H.R al-Bukhari)Boikot adalah untuk produk, bukan ke atas pekerja dan mereka yang makan gaji daripada Mc Donalds.
Dan berikut adalah kenyataan rasmi daripada pihak Mc Donalds Malaysia:
Kenyataan oleh McDonald's® Malaysia
Para pelanggan yang dihargai,
Kami ingin menekankan bahawa McDonald’s TIDAK menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restoran-restoran kami untuk menyokong SEBARANG bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara di dunia. Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya.
Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini. Di Malaysia, kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada 12,000 rakyat Malaysia yang memberi layanan mesra kepada para pelanggan, di samping menyokong program-program yang bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Komunikasi Korporat kami di talian 03 – 7843 3388 atau kirimkan pertanyaan anda menerusi bahagian ‘Just Tell Us’ di laman web kami www.mcdonalds.com.my.
Pihak Pengurusan McDonald’s Malaysia
Statement by McDonald's Malaysia
We wish to reiterate that McDonald’s does NOT channel any sales, profits or franchise fees from our restaurants to support ANY political causes or conflicts in any part of the world. There is absolutely no truth in any online allegations suggesting otherwise.
Our core values dictate that we operate our business ethically and to the highest standards. This is a value that we uphold with utmost conviction. In Malaysia, we are proud to be part of the local community - providing opportunities for local franchisees and careers for 12,000 Malaysians, serving our customers with passion and respect, and actively supporting meaningful causes to enhance the lives of the needy.
If you require any clarification, please contact our Corporate Communications Department at 03 – 7843 3388 or write in through the ‘Just Tell Us’ section on our website www.mcdonalds.com.my.. The Management of McDonald’s Malaysia
Apa jua tindakan anda dalam isu SaveGaza dan boikot Mc Donalds ini, perlu dilakukan dengan cara yang betul, dan tidak menyamakan apa jua tindakan kita dengan regim zionis Yahudi Israel yang mengusir penduduk Palestin dari tanah tumpah darah mereka.
Oh ya, mengapa ada yang sanggup buat onar dan katakan bahawa ada makanan percuma dari Mc Donalds Malaysia yang akan diagih-agihkan kepada masjid-masjid di Malaysia. Begitu viralnya dakwaan ini dalam Facebook sehingga membuatkan pihak Mc Donalds buat kenyataan rasmi mengenainya?
Setelah saya dok jenguk sana sini, saya fikir mungkin disebabkan oleh kempen pada tahun 2012 yang pernah dibuat oleh Mc Donalds seperti yang dinyatakan dalam video ini.
Semoga entri ini berikan sedikit pencerahan buat mereka yang mahukan. Oh ya, lupa, benarkah ada makanan percuma seperti didakwa? Baca di Kenyataan Rasmi Mc Donalds Malaysia Mengenai Makanan Percuma
p.s: Pada dasarnya saya dah lama tak makan Mc Donalds, salah satu sebab ialah sebab ia merugikan nilai wang saya dan tidak sihat secara amnya. Kau suka gemuk? Kalau suka makanlah banyak .. haha