Skim ini akan bermula dari 20 Julai hingga 5 Ogos 2014. Tempoh kuat kuasa adalah selama 17 hari (8 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 8 hari selepas perayaan) berbanding dengan amalan 15 hari pada sebelum ini. Pelaksanaan Skim dimulakan dengan lebih awal sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadhan dan menjelang perayaan Hari Raya Puasa atau Aidilfitri 2014.
Senarai Barangan Harga Terkawal Aidilfitri 2014
SKHMP ini melibatkan 18 barangan harga terkawal melibatkan bahan mentah dan basah meliputi seluruh Malaysia. Pihak KPDNKK telah menyediakan panduan penentuan harga maksimum atau siling bagi setiap 18 barangan ini bagi kedua-dua harga runcit dan juga harga borong. SKHMP ini ditetapkan pada setiap negeri di Malaysia, dan harganya adalah berbeza-beza.
Pengguna khasnya diminta dan dibenarkan untuk memuat turun sebagai rujukan am bagi memantau harga terkawal barangan ini menjelang Aidilfitri.
Barangan harga terkawal Hari Raya Puasa 2014 ini melibatkan ayam, daging, telur, cili merah, tomato, kelapa, bawang, ubi kentang serta ikan kembung (termasuk ikan mabung).
Muat Turun Panduan Percuma SKHMP 2014
Para peniaga runcit dan pemborang termasuklah pengguna boleh muat turun senarai barangan harga terkawal Aidilfitri 2014 seperti di bawah:- Senarai Barangan Harga Terkawal SKHMP 2014
- Harga Maksimum Runcit SKHMP 2014
- Harga Maksimum Borong SKHMP 2014
Bagi pengguna seperti saya dan anda, dinasihatkan supaya tidak membeli barangan dengan jumlah banyak yang konon nak simpan stok sebab cara begini akan mengakibatkan barangan atau produk kekurangan bekalan walhal semuanya adalah mencukupi sehingga Hari Raya Puasa.
Memang ada terdapat segelintir para pemborong, peniaga malah pengguna sendiri yang suka menyimpan stok awal barangan harga terkawal ini, yang akhirnya menidakkan situasi sebenar pasaran. Bila ini berlaku, akan berlaku ketidakseimbangan di mana permintaan seakan nampak lebih daripada pengeluaran.
Rileks rileks je ehh, tak perlu gopoh gapah sampai dok kalut nak simpan dalam almari gula, garam, mentega, minyak segala bagai tu....hoho walaupun barang tersebut tidak termasuk pun dalam senarai barangan terkawal Aidilfitri 2014 (mengapa ehh?).
Berbelanjalah dengan hemat, dan elakkan ikuti perangai syaitan yang suka berlebih-lebihan (boros).
barang kawalan tu memangnya dah naik harga kan?
BalasPadamkalau tidak dikawal agaknya raya ni lagi melambung tinggi harganya.
Raya ala kadar walaupun datangnya setahun sekali...
Kenapa sukar sangat nak mengawal peniaga-peniaga yang menyorokkan barang2 keperluan ye? Ada udang disebalik mee ke?
BalasPadamkata je terkawal
BalasPadamsenyap2 naik jugak...
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.