Saya mendapat kepastian MAS MH17 terhempas apabila tiba-tiba terasa mahu melihat apa berita mutakhir berkaitan serangan darat oleh pihak Israel ke atas Gaza dan Palestin, dan terkejut apabila berita mutahir beberapa media massa tempatan memaparkan tragedi MH17 terhempas di Ukraine.
Daripada sumber-sumber berita yang saya dapat, pesawat malang Boeing 777-200 ini terhempas di sempadan Ukraine, berdekatan Russia di kawasan yang bergolak dengan perang.
Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA jam 6:00 pagi ini. Pesawat ini membawa seramai 298 penumpang termasuk 15 kru. Dan dikhuatiri, kesemua penumpang maut dalam insiden malang ini. Angka yang saya dapat ini merupakan angka kenyataan rasmi daripada pihak MAS; sedikit berbeza dengan angka korban yang dilaporkan awal oleh beberapa media tempatan dan antarabangsa.
Pesawat MAS Boeing 777 MH17 Terhempas di Ukraine
Pesawat MAS MH17 ini terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. Ia dikatakan ditembak menggunakan peluru berpandu dari darat ke udara. Sehingga kini, saya masih lagi belum pasti siapa pihak yang bertanggungjawab menembak pesawat penumpang milik Malaysia Airlines ini.Reaksi Awal PM Najib Berkaitan MH17 Terhempas
Memetik berita terkini daripada sumber laman Yahoo Inc.A Malaysian passenger liner flying from Amsterdam to Kuala Lumpur has crashed in insurgency-wracked east Ukraine, regional officials said Thursday, as Ukraine's president said the jet may have been shot down. Malaysia Airlines said it had "lost contact" with the Boeing passenger liner, which Ukrainian officials said had come down in a rebel-held zone in the Donetsk region.
"Malaysia Airlines has lost contact of MH17 from Amsterdam," the airline, still reeling from the disappearance of flight MH370, said on its Twitter account.
"The last known position was over Ukrainian airspace," it said, promising more details soon. Ukrainian President Petro Poroshenko said the jet may have been shot down.
"We do not exclude that the plane was shot down and confirm that the Ukraine Armed Forces did not fire at any targets in the sky," Poroshenko said in a statement posted on the president's website.
Regional officials in Donetsk confirmed the plane had come down near the town of Shaktarsk.
"The number of dead is not yet known," the administration said in a statement.
Emergency services were rushing to the scene, a security source told Interfax
The incident comes just months after Malaysia's Flight MH370 disappeared on March 8 with 239 on board. The plane diverted from its Kuala Lumpur to Beijing flight path and its fate remains a mystery despite a massive aerial and underwater search.
Video MH17 Terhempas Ditembak
Satu kenyataan rasmi daripada pihak MAS berkaitan tragedi ini telah dikeluarkan, dan satu sidang akhbar melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga telah dilakukan pada jam 4:45 pagi tadi 18 Julai 2014.
Kenyataan Rasmi MAS Berkaitan MH17 Terhempas di Ukraine
Untuk mengikuti perkembangan terkini tragedi ini dari sumber MAS yang telah disahkan, anda boleh layari laman web berikut - http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/mh17.html
Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat dalam nahas tragedi MAS MH17 ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Terkini Berkaitan MH17 Terhempas di Ukraine
Untuk maklumat lanjut:
Malaysia: +603 7884 1234
Netherlands: +317 03487 770
Press/Media: Malaysia: +603 8787 1276 +603 8777 5698
ya allah..terkejut saya baca,..
BalasPadamSaya juga sangat terkejut dengan berita tragedi MH17 ini.
PadamKonspirasi terbaru atau kesilapan manusia?
BalasPadamHurmmm heart break melihat semua ni... ya Allah
BalasPadamTentu rasa haru biru tak keruan buat keluarga mangsa #MH17 ini. Saya tak dapat nak bayangkan perasaan keluarga mangsa terlibat tragedi ini.
PadamPray for MH17. Kita tunggu berita sahih daripada kementerian.
BalasPadamal fatihah .. sungguh terkejut bila dapayt tahu pasal MH17 nie .
BalasPadamhope rakyat malaysia kali ini lebih matang dalam mengulas .. jangan membabi buta membuat sebarang spekulasi yg mampu mengnggu proses yg bakal di lakukan kerajaan ..
Kita lihat saja nanti teori-teori yang bakal keluar.
PadamMuhasabah diri...
BalasPadamNo words can be used to represent this difficulties. Hope malaysian n mas stay strong. May all victims be blessed by god. Really, speechless.
BalasPadamPerkongsian yang terbaik, tepat dan padat :)
BalasPadamTerima kasih. Mungkin kerana ada aspek sentimental yang membuatkan saya menulis entri jam 3 pagi ini dengan penuh hati2 dan bersumber
Padamsedih & tumpang simpati dengan apa yang terjadi pada negara Malaysia..
BalasPadamsemoga rakyat malaysia bersatu padu..
Ya, itulah yang kita harapkan Zaza .. semoga rakyat Malaysia henti berkata benda2 yang merugikan terutama cemuhan, maki hamun dan sebagainya, lebih baik doa kesejahteraan Malaysia.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.