Isteri saya telah mohon pembaharuan lesen memandu baru di Pejabat Pos Malaysia, cawangan Parit Buntar. Pejabat Pos Malaysia Parit Buntar tak besar mana, memang kecil dengan ada 8 kaunter dengan 2 kaunter aktif dalam satu-satu masa. Kadangkala kalau ramai pelanggan, kaunter aktif ada dibuka sehingga 3, dengan salah satu adalah kaunter khas untuk poslaju, pembelian setem dan serahan barang.
Cara Mohon Kad Lesen Memandu Baru

Agak selesa dengan ada kerusi tempat duduk, serta berhawa dingin. Pos Malaysia cawangan Parit Buntar menggunakan sistem nombor untuk urusan. Jika datang pagi, in Sha Allah tak ramai bolehlah dapat nombor cepat. Jika nombor dah mula besar, bolehlah keluar dulu dan datang kemudian. Tetapi nombor yang telah dipanggil tak boleh terus berurusan, kena ambil nombor baru untuk beri keadilan yang sudi menunggu di pejabat pos.
[Baca] Mencari Kerja Sambilan Sebagai Translator/Penterjemah Secara Online
Bagi urusan seperti pembelian setem, poslaju, pos daftar, pembelian kotak pos, sampul pos ekspress, pelanggan boleh terus ke kaunter khas yang disediakan, tak perlu untuk ambil nombor dan melepak di dalam pejabat pos. Tetapi, pelanggan perlu beratur untuk giliran berururan.
Jika perbaharui lesen memandu, pelanggan seperti isteri saya perlulah ambil nombor.
Mesti Perbaharui Untuk Tempoh 2 Tahun
Mohon lesen memandu baru di pejabat pos adalah mudah. Anda hanya perlu membawa lesen memandu yang lama anda sahaja. Dan bagi membolehkan anda mendapat lesen memandu yang baru, dan bukannya lesen memandu lama yang dah ketinggalan zaman tu, anda mestilah perbaharui lesen memandu dengan minima tempoh lesen selama 2 tahun. Jika kurang setahun, atau enam bulan, anda tidak boleh mendapatkan kad lesen memandu baru ini.Kad lesen memandu yang baru ini cepat disiapkan. Lesen memandu baru ini ada gambar, dan kad juga lebih kurang seperti kad pengenalan bermutu tinggi (KPBT). Anda tidak perlu bawa gambar. Apabila anda memohon, Pos Malaysia akan link sistem mereka dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Maka, kad lesen memandu akan gunakan gambar yang sama dengan kad pengenalan anda. Kalau kacak, kacaklah ... hehehe.. kalau nak gambar lebih cantik, kenalah pergi JPN untuk tukar kad pengenalan baru yang lebih canggih.
[Ads] Cari Pendapatan Sampingan Sebagai Penterjemah Online - Bayar Dalam USD
Urusan boleh dikatakan cepat, dan kad lesen memandu ini siap kejap tu juga. Sungguh berbeza dengan lesen memandu sebelum ini yang nampak murah dan senang nak diciplak atau diklon.