Dulu, memang meriah bab-bab hantar kad raya ni. Lepas sahaja malam ke 15 Ramadhan, pasti kedatangan posmen akan dinanti-nantikan. Kalau ada ramai kawan yang dok berjauhan, bolehlah dapat kad raya ini. Saya pernah bercerita kisah kad raya di sini - Hilangnya Kad Raya di Ramadhan
Kadar Caj Hantar Kad Raya Pos Malaysia 2014
Kadar caj istimewa untuk penghantaran kada raya 2014 adalah sebanyak RM0.50 satu kad. Ia boleh dihantar tanpa mengira bentuk, saiz dan warna asalkan tidak lebih berat dari 50 gram. Kad raya boleh dihantar ke mana-mana destinasi di Malaysia dengan kadar caj istimewa ini. Satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad pada 7 Julai 2014 berkenaan kadar caj istimewa ini.Tips Hantar Kad Raya Sampai Destinasi
Namun begitu, pihak Pos Malaysia menasihatkan pengguna supaya hantar kad ucapan selamat hari raya sebelum 22 hb Julai 2014 untuk membolehkan kad ucapan hari raya sampai sebelum ketibaan hari raya Aidilfitri.Bagi memastikan kad raya dengan kadar caj istimewa ini dihantar sebelum Hari Raya Aidilfitri, pengguna dinasihatkan untuk mematuhi peraturan ini:
- Tulis dengan jelas nama penerima.
- Tulis dengan jelas nombor rumah, nombor lot atau nombor kediaman.
- Tulis dengan jelas dan betul poskod alamat penerima.
Ada yang saya kenal merupakan pengumpul kad-kad raya diterima. Saya sendiri satu waktu dulu memang kumpul kad raya bertahun-tahun. Bukan apa, bila tiba hari raya, saya akan keluarkan balik dan hias di satu sudut di rumah, sekali pandang nampak banyak kad raya yang diterima, walhal ada tu dari tahun-tahun sudah .. hahaha... konon bajet retis .. kah kah kah.
Tapi serius, dulu memang rajin hantar kad raya kat kawan-kawan. Almaklumlah dulu belajar kat asrama, jadi siap-siap ambil alamat dan pos dari sekolah tak pun dari rumah bila ada kesempatan pulang.
Hantar kad raya juga salah satu teknik mengorat yang amat efisien dulu ... samada terus pos atau bagi by-hand. Zaman percintaan saya dulu memang gunalah kad raya, siap kad raya special ada lampu, ada muzik.
Dok dah besar panjang beranak pinak ni, dah jarang dapat kad raya. Tapi tahun-tahun sudah, saya ada juga dapat kad raya dari blogger... hoho.... :) rasanya tahun ni pun ada dapat kot, mungkin dari Fatin Liyana ... hhehehe...
TERBAIK .. Tq Bro HH sudi berkongsi INFO !!!
BalasPadamzaman sekarang tak ramai woooo nak hantar kad raya abang Hasrul... semuanya nak tag kat FB ! cissss... kahkahkah
BalasPadammasih relevan lagi cara ini... nampak klasik... baru terasa hari rayanye
BalasPadamni kang ucap kat tepon nak gantung kat mana hehehe
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.