Hanya dalam separuh masa pertama, pasukan Brazil sudah hilang arah. Bagai segala tidak kena, gawang Brazil bolos sebanyak 5 kali. Tiada nampak tarian samba. Tiada nampak sorakan gembira, hanya kesedihan dan kehampaan. Gadis-gadis seksi penyokong Brazil muram durja, tak ada senyuman dan aksi gedik yang selalunya jadi perhatian kamera siaran langsung Piala Dunia 2014.
Brazil Kalah Jaringan Terbanyak FIFA 2014
Dalam masa separuh pertama gol-gol German telah diledakkan oleh Muller (11'), Klose (23'), Kroos (24', 26') dan Khedira (29').Nampak benar ketiadaan Neymar dalam pasukan Brazil melumpuhkan serangan.
Memang benar pentingnya kerja berpasukan dan bukan bergantung harap pada skill individu. Jika tidak, beginilah yang berlaku. Tentu kekecewaan tak dapat nak dibendung bagi Neymar yang selama ini telah membawa pasukan bolasepak Brazil FIFA 2014 sehingga ke saat ini.
Babak separuh masa kedua lebih memeritkan bagi pasukan Brazil. Gol-gol bagai meluru masuk ke gawang tanpa sekatan daripada pasukan bolasepak FIFA 2014 German.
Schurrel menambah jaringan ke enam pasukan German sebaik sahaja separuh masa kedua bermula di minit ke 69. Dan pada minit ke 79, satu lagi gol oleh Schurrel; membawa German mendahului 7 gol berbalas tiada.
Bagai diberikan simpati, akhirnya gol pertama pasukan Brazil dibenarkan pada minit akhir, iaitu minit ke 90. Ledakan gol tunggal dari pasukan Brazil dihasilkan oleh Oscar.
Akhirnya, selesai dan tamat perlawanan separuh akhir FIFA World Cup 2014 antara Brazil menentang German berakhir dengan jaringan terbanyak setakat ini iaitu 1 - 7.
Tahniah buat pasukan German.
Kemungkinan Anugerah Kasut Emas FIFA World Cup 2014 juga akan dimiliki oleh pemain German. Jika ya, Piala Dunia 2014 bakal menampakkan satu tahun penuh gemilang bagi pasukan German, lebih-lebih lagi seandainya menang perlawanan akhir samada menentang Belanda atau Argentina.
Mungkinkah perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2014 akan menampakkan pasukan German menentang pasukan Belanda? Kita tunggu separuh akhir kedua antara pasukan favourite saya iaitu pasukan Netherlands menentang Argentina.
Sekali lagi, jangan bersedih ehh buat penyokong Brazil, meh pakat sokong pasukan Orangje pulak .. hoho ...
Brazil - 1 vs German - 7
Kredit Foto: Getty Images/FIFA 2014
kan sokong germany
BalasPadamhttp://www.kucinghitam.net/2014/07/sapa-nak-kad-raya.html
Hehehe... :)
Padamish memng teruk brazil diayamkan!! :(
BalasPadammenangis tak berlagu la fan brazil..huhuhu
BalasPadamKesian kt brazil.. huhu
BalasPadamSenarai pemain-pemain Brazil kali ini dibarisi nama-nama yang ganjil dan pelik. Dari awal lagi Brazil tiada aura hebat untuk menjulang Piala Dunia kali ini. Tahniah Jerman Takziah Brazil..;)
BalasPadamAssalammualaikum... bro HH,
BalasPadammselim3 penyokong Brazil.. sedih hoo kalah teruk ..hhahahah bola bulat macam boleh jadi..
horeyyyyyyyyyyy
BalasPadampenyokong brasil jgn keciwa haaa.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSelamat buat Jerman dan para penyokongnya! Jerman memang layak ke Final dan bertemu Argentina ... opppss .. hehehe..
BalasPadamGerman pun terkejut. agak-agak ada kejutan juga pagi nanti..
BalasPadamayat tak habis...heee. kejutan Argentina vs Belanda...harap tak lah macam German vs Brazil...
Padammana perginya pemain-pemain brazil yg pernah bermain pada piala dunia 2010 yang lalu?kaka?cafu?
BalasPadamsemua pemain baru yg tiada pengalaman.
perhatikan pemain jerman klose.dia telah bermain utk jerman sejak piala dunia 2002 lg.pemain yg penuh dengan pengalaman....
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.