Argentina akhirnya berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2014 setelah menang sepakan penalti dalam penentuan tempat di separuh akhir menentang pasukan Netherlands (Belanda). Aksi perlawanan jam 4 pagi waktu Malaysia itu menampilkan persembahan yang kurang dramatik dari kedua-dua pasukan.
Foto Argentina vs Netherlands FIFA World Cup 2014
Saya dah terlanjur bangun bersahur Ramadhan 1435H, maka saksikan dengan santai perlawanan separuh akhir Argentina menentang Belanda ini. Elok bangun jam 3:30 pagi, buat Milo dengan Oat, hadap komputer dan menonton perlawanan yang berkesudahan 90 minit perlawanan dengan tanpa jaringan.

Perlawanan separuh akhir Argentina menentang Belanda bagi saya agak hambar kerana kurangnya serangan-serangan berbisa yang boleh diketengahkan atau dibawa cerita kat kedai kopi. Cuma di dalam separuh masa kedua perlawanan ini, ada nampak beberapa cubaan merbahaya daripada pasukan Belanda.
Foto perlawanan separuh akhir Argentina - Netherlands
World Cup FIFA 2014 - Foto Argentina vs Netherlands
Foto Argentina vs Netherlands
Kelibatan Messi memang menjadi daya penarik di dalam perlawanan ini. Saya terpesona juga dengan skill yang ditampilkan oleh Messi. Ada beberapa gerakan Messi yang saya suka sepanjang perlawanan separuh akhir Argentina menentang Belanda ini.

Selesai tamat 90 minit perlawanan, tiada gol dijaringkan. Dan disambung dengan masa tambahan yang menampilkan aksi-aksi terdesak kedua pasukan untuk menyumbat gol kemenangan, namun kehampaan juga. Aksi di padang menampakkan kelebihan pada pasukan Belanda apabila menguasai bola lebih daripada pasukan Argentina.

Tamat perlawanan masa penuh dan tambahan, di bawa kepada sepakan penalti.

Argentina Menang Sepakan Penalti Separuh Akhir FIFA 2014 - Argentina 4 Belanda 2

Tahniah kepada pasukan Argentina kerana berjaya menewaskan Netherlands (Belanda) dengan sepakan penalti 4-2. Hero kali ini pastilah penjaga gol Argentina Sergio Romero yang telah berjaya menyelamatkan bola masuk gawang sebanyak 2 kali. Sepakan penalti dari pemain pasukan Belanda Ron Vlaar dan Wesley Sneijder telah berjaya diselamatkan dengan baik sekali oleh Sergio Romero.

Argentina Menang Sepakan Penalti Separuh Akhir FIFA 2014Argentina wins penalty shootout 4-2 FIFA World Cup 2014
 Foto perlawanan separuh akhir Argentina - Netherlands
Separuh Akhir FIFA 2014 World Cup Argentina wins penalty shootout 4-2
Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2014 bakal menyaksikan pasukan eropah iaitu German bakal menentang pasukan Amerika Selatan iaitu Argentina, yang pasti akan sengit dengan aksi hebat kedua pasukan gergasi bolasepak dunia ini.

Pasti penyokong kedua pasukan - Argentina dan German gembira dengan keputusan ini dan berharap perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2014 akan menampilkan aksi mengujakan sepanjang 90 minit perlawanan.

+++

Dan buat semua peminat bolasepak tanahair dan dunia, jangan lupa di saat ini juga ada kesengsaraan dan penderitaan berlaku di seberang lautan. Di saat bersorak gol, ada insan yang sedang ketakutan di bawah runtuhan bangunan dan bedilan dari pihak yang tiada peri kemanusiaan. Pihak yang telah sekian lama melanggar hak asasi manusia, dan telah lama menjadi musuh kepada perdamaian.

#SAVEGAZA #PRAYFORGAZA


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Akhirnya...pertandingan Final Piala Dunia 2014 : Jerman vs Argentina

    BalasPadam
  2. Berbaloi tak tidur dari malam tadi..:)

    BalasPadam
  3. Menonton semasa masa tambahan. Kalau menonton tentu penat ooh. :-)

    BalasPadam
  4. mmg sengit kali nie
    final tak tahu dah nak sokong sape...
    dua2 hebat..

    BalasPadam
  5. Oh my messi...!! haha, tak tengok pun, suka baca keputusan je... tido itu indah..

    #prayforGAZA

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement