Bagaimana nak menulis tajuk entri blog yang boleh masyuk? Bagaimana menulis entri yang boleh berikan trafik tinggi? Cara dan teknik menulis tajuk entri yang bagaimana boleh menghasilkan jualan? In Sha Allah, saya akan bantu anda faham dengan perkongsian ilmu ini.

5 Cara Tulis Tajuk Entri Masyuk
Cipta Tajuk Entri Yang Beri Nilai
Sebelum ini saya pernah beritahu mengenai teknik ini, iaitu menulis sebuah tajuk yang boleh berikan manfaat kepada pembaca blog anda. Ia tajuk yang lurus bendul, tak ada belok-belok, straigtht-forward. Ia tajuk yang ikhlas dan jujur tetapi membuatkan orang lain mahu dapatkan sesuatu yang dijanjikan dari tajuk yang ditulis.Contoh: Buat Duit Dengan Blog Tanpa Modal
Bila baca tajuk yang ada berikan nilai, pembaca akan mahukan nilai tersebut selepas habis baca isi kandungan entri blog anda. Atau paling tidak, anda berikan sumber-sumber supaya pembaca boleh mendapatkan nilai yang telah dijanjikan - sepertimana ditulis di tajuk entri blog.
Seperti contoh yang saya berikan di atas, pembaca akan akhirnya tahu bagaimana nak buat dengan blog tanpa menggunakan sebarang modal. Haaa gitu ... faham kan?
Cipta Tajuk Entri Spesifik
Jelas. Tajuk entri perlu ditujukan dan disasarkan kepada golongan tertentu. Ia perlu ditulis secara spesifik. Mereka yang terdiri dari golongan yang disasarkan pasti akan baca entri tersebut selepas melihat tajuk yang sebegitu.Contoh: 3 Skill Penulisan Blogger Patut Tahu
Dalam contoh diberikan, saya sasarkan pembacaan entri tersebut kepada blogger yang mahu tahu mengenai skill penulisan. Bagi blogger yang ingin mantapkan cara penulisan di blog, pasti akan baca entri tersebut. Dan jika saya ada produk yang mahu disyorkan, mesti akan ada yang tertarik untuk mendapatkannya.
Angka di tajuk tersebut menunjukkan ia satu fakta yang spesifik. Kebanyakkan orang sukakan fakta, dan angka adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa entri kita merupakan satu fakta. Pembaca mudah percaya akan fakta dan boleh mendorong mereka untuk bersetuju dengan apa yang ditulis.
Tajuk Entri Adalah Ringkasan Kandungan
Perlu ada kesinambungan antara tajuk yang ditulis dengan isi kandungan entri tersebut. Adalah menjadi tidak wajar bila tajuk tulis lain, isi kandungan pula lari daripada tajuk. Cara ini juga membolehkan anda menulis sebuah entri yang mesra SEO di mana tajuk entri akan menggambarkan apa yang cuba disampaikan secara keseluruhan; tetapi dalam masa sama padat dan tidak berjela panjangnya.
Berikan 'Perisa' Kepada Tajuk
Teknik ini saya belum pernah lakukan lagi, iaitu menambah 'perisa' kepada tajuk. Ia merupakan satu teknik yang boleh membuatkan orang tertanya-tanya kenapa dan mengapa.Tajuk yang padat dan menerangkan isi kandungan entri kadangkala tidak dapat sambutan jika tiada perisa ini ditambah.
Contoh yang saya ambil dari pembacaan ebook Aqif Azizan:
Kedai Kek Seroja - Kenapa Siti Nurhaliza Makan Kek Ini?
Tajuk sedemikian buat pembaca tertanya-tanya, apakah yang istimewa sangat dengan kek seroja? Tak gitu?
Penggunaan Sub-Tajuk Dalam Entri
Seperti juga penulisan teknik SEO; sub tajuk adalah penting bagi menambah minat pembacaan. Jika tajuk menarik tetapi tidak disokong oleh sub-tajuk; ia seolah satu entri yang kurang impak. Jika ada, setidaknya ia akan buat mata pembaca mula membesar sedikit apabila terbaca sub-tajuk ini.Buat sub-tajuk yang bercirikan 4 ciri tadi sebagai sokongan kepada tajuk utama. Ia juga akan bantu pembaca untuk faham lebih jelas akan maksud yang ingin disampaikan. Ingat awal tadi iaitu memberikan satu nilai kepada yang membaca. Seandainya nilai itu tidak sampai, maka pembacaan mungkin berhenti di tengah jalan, dan apa yang cuba anda lakukan pasti gagal - contoh jual produk atau mahu dapatkan klik like facebook.
Ok. Selesai saya kongsikan mengenai 5 cara tulis tajuk entri masyuk untuk blogger Malaysia praktikan. Saya harap anda faham akan penyampaian entri ini dan telah dapat ilmu mengenai bagaimana nak hasilkan tajuk entri yang masyuk.
Jika anda ingin dapatkan lebih ilmu mengenai apa yang telah saya kongsikan ini, bolehlah dapatkan ebook Formula Headline hasil tulisan Aqif Azizan ini.
tips yang best...!
BalasPadamooo mcm tu ya...
BalasPadamterima kasih sifu hihi
Dengan jujur..
BalasPadamDengan ikhlas...
Dengan penuh kasih sayang
In Sha Allah
satu lagi perkongsiang pintar.
BalasPadammemang perlu sangat ...
terima kasih.
tips yg berguna..terima kasih =)
BalasPadamnanti boleh belaja and follow...thanks :)
BalasPadamtajuk entri boleh jadi keyword bergantung kepada seo setting ( cari bwh head ) :)
BalasPadamSaya monitor ada blogger yg guna tag/labels sbg keyword dan bukan tajuk blog.
Ya, headline yang menarik sangat penting, sebab itu yang akan menentukan orang nak baca atau tak kandungan seterusnya. Terima kasih atas perkongsian ini HH.
BalasPadambetul tu..pembaca baca title menarik je msti tak tunggu lama utk baca..
BalasPadamterima kasih tips nih. ^_^
BalasPadamtips yg baik ! terima kasih bro hh
BalasPadamTips yang baik. Tq sudi sharing
BalasPadamTerima kasih berkongsi... :)
BalasPadamTips yg bgs. Thanks sharing
BalasPadamassalamualaikum hh...tips yang menarik ni...:)
BalasPadamTerima kasih tuan sifu...banyak info sangat berguna yang saya telah belajar dari tuan admin yang sangat baik ini...
BalasPadamterima kasih tuan..info yg sangat membantu saya..
BalasPadamEntri yang mudah difahami. Terima kasih tuan sudi berkongsi ilmu bermanfaat ni
BalasPadamTerima kasih kerana sudi singgah dan baca tips blogging daripada saya. :) Saya berasa sgt seronok bila ada pembaca blog dapat manfaat daripada perkongsian saya ni. Alhamdulillah.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.