Semakan Tawaran Calon Jaya Ambilan Kedua dan Rayuan ke Program Matrikulasi Sesi 2014/2015 - Sukacita saya nak war-warkan informasi ini kepada calon-calon yang telah memohon ke Program Matrikulasi sesi 2014/2015. Semakan untuk penawaran ke program ini telah boleh dibuat mulai 6 June 2014 sehingga 30 Jun 2014.

Saya tahu ramai calon-calon yang sangkut pada tawaran pertama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bahagian Matrikulasi. Namun, ramai juga yang telah menolak tawaran yang diberikan, lalu membolehkan tawaran kedua dan rayuan dibuat oleh calon-calon yang tidak berjaya dalam ambilan pertama.

Semakan Tawaran Calon Jaya Ambilan Kedua dan Rayuan boleh dilakukan di aplikasi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran peperiksaan. Semakan boleh dibuat di sini - http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/
Semakan Tawaran Calon Jaya Ambilan Kedua dan Rayuan ke Program Matrikulasi Sesi 2014/2015
Calon-calon juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk membuat semakan kemasukan dan rayuan Program Matrikulasi sesi 2014/2015.
  • Taipkan MOEMARNO. KP dan hantarkan ke 15888
  • Contoh : MOE MAR 960704085973
Untuk info, pelajar-pelajar rayuan akan mendaftar masuk ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 12 Jun 2014. Semakan keputusan rayuan ini adalah buat calon-calon SPM yang telah membuat rayuan (hanya menerusi Internet) yang dibuat pada 24 April 2014 - 8 Mei 2014 yang lalu.

Pelajar-pelajar yang mungkin mahu keterangan lanjut boleh juga hubungi talian di bawah ini.
  • Talian telefon pejabat atau talian bantuan - 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi - 4.30 petang

Ada yang bertanya, mengapa mereka ada keputusan SPM yang bagus tetapi tidak berjaya dalam kemasukan ke Matrikulasi? Ini adalah disebabkan mereka gagal penuhi beberapa syarat ke program ini iaitu:
  1. Tidak memenuhi syarat Am;
  2. Tidak melepasi syarat minimum;
  3. Tidak melepasi kiraan merit yang ditetapkan (90% akademik dan 10% kokurikulum)
Sebenarnya banyak lagi peluang untuk lanjutkan pengajian ada di Malaysia. Calon-calon boleh dapatkan andai tahu di mana mahu mencarinya. Peluang ada, in Sha Allah.

Kepada calon-calon yang mungkin ada masalah kewangan untuk sambung belajar, anda juga boleh dapatkan kit biasiswa yang tersenarai banyak kemudahan dan tawaran biasiswa serta pinjaman pendidikan.

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Rindu pulak kat matrik Kedah.. :')
    Pada adik2 yang dah masuk matrik tu, belajar lah elok2.
    Taklah susah mana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Matrikulasi dah ramai hasilkan bijak pandai bumiputera di Malaysia. Kalau berkunjung ke Muzium UPSI di Tanjung Malim, boleh baca mengenainya.

      Padam
  2. teringat masa-masa muda dulu jadi student.. Macam nak kemabali ke zaman tu pulak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement