Teruja dengan Piala Dunia FIFA 2014 (FIFA WORLD CUP)? Saya sendiri sudah seperti terkinja-kinja menanti perlawanan pertama aksi Piala Dunia FIFA 2014 yang dijadualkan akan bermula pada 13 Jun 2014, jam 4:00 pagi waktu Malaysia. Perlawanan pertama Piala Dunia Bolasepak FIFA 2014 akan melibatkan dua pasukan handal iaitu Brazil dengan Crotia yang diletakkan dalam kumpulan A.

Piala Dunia FIFA 2014 menyenaraikan sebanyak 32 pasukan hebat bolasepak dunia yang akan berentap di Brazil; bermula 13 Jun hingga 13 Julai 2014. Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2014 dijadualkan berlansung pada jam 4 petang waktu Malaysia 13 Julai 2014.
Piala Dunia FIFA 2014 - Senarai Pasukan Bolasepak
Ada juga antara peminat-peminat bolasepak tanahair yang tidak lagi mengetahui pasukan-pasukan negara manakah yang telah berjaya menempatkan diri dalam pusingan akhir Piala Dunia 2014 ini. Maka, dengan sedikit inisiatif, saya sediakan jadual berikut untuk menyenaraikan pasukan-pasukan yang telah layak ke pusingan akhir Piala Dunia FIFA 2014 ini.

Piala Dunia FIFA 2014 - Senarai Pasukan Bolasepak

Piala Dunia FIFA 2014 - Senarai Pasukan Bolasepak
Setiap pasukan akan ditempatkan dalam kumpulan masing-masing iaitu daripada kumpulan A sehingga H melibatkan 32 pasukan terbaik dari seluruh dunia. Daripada senarai pasukan yang saya tunjukkan ini, agak-agaknya mana kumpulan yang nampaknya akan sengit nanti?

Kumpulan A - Brazil, Crotia, Mexico, Cameroon
Kumpulan B - Sepanyol, Belanda, Chile, Australia
Kumpulan C - Colombia, Greece, Ivory Coast, Jepun
Kumpulan D - Uruguay, Costa Rica, England, Itali
Kumpulan E -  Switzerland, Ecuador, Perancis, Honduras
Kumpulan F - Argentina, Bosnia Herzegovina, Iran, Nigeria
Kumpulan G - Jerman, Portugal, Ghana, Amerika Syarikat
Kumpulan H - Belgium, Algeria, Russia, Korea Selatan

Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2014

Saya pernah kongsikan kepada anda sebelum ini mengenai jadual perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 di sini - World Cup 2014 Match Schedule. Ada pautan yang boleh anda gunakan untuk anda muat turun jadual perlawanan di entri tersebut.

Siapa agaknya yang akan menjadi juara terbaik dan menang Piala Dunia FIFA edisi 2014 kali ini? Dan siapakah pemain bolasepak dunia yang bakal menyerlah di Brazil?

Kita tunggu dan lihat .. ehem .. jangan pula ada yang jadi tahi judi nak buat taruhan, uhh salah tu di sisi agama Islam.


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya sokong Italy dan German.. Anda pula? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Negara yang pernah jajah Malaysia - Belanda dan Portugal ..

      Padam
  2. pasukan pilihan saya sudah tentulah german seperti kebiasaan :D

    BalasPadam
  3. Haa..tak sabar nak negok FIFA ni..HH pun sokong portugal juga...portugal ada CR7.. :-)

    BalasPadam
  4. memang meriahla masa musim piala dunia ni...semua kedai makan di jangka akan dibanjiri pelanggan ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena sediakan skrin tv beso la nampak gayanya

      Padam
  5. German dulu kini dan selamanya..

    BalasPadam
  6. Sokong negara islam anda bgai mna?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement