Sehingga setakat entri ini ditulis, dilaporkan sebanyak 75 000 permohonan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 telah diluluskan. Skim Mikro-i Bazar Ramadan 2014 diurus dan disediakan menerusi Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat), dan disokong oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Jumlah peruntukan keseluruhan skim ini yang diperuntukan oleh kerajaan adalah sebanyak RM45 juta.
Menerusi skim ini, peniaga diberi pinjaman berlandaskan syariah tanpa cagaran sehingga RM3,000 untuk dijadikan modal perniagaan pada bulan Ramadan dengan kadar bayaran balik dua bulan selepas pinjaman.
Permohonan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
Peniaga dan penjaja kecil skim ini yang berjaya disyaratkan untuk menjelaskan 50 peratus bayaran sebelum berakhirnya bulan Syawal manakala baki pinjaman pula perlu diselesaikan dalam tempoh sebulan (30 hari) selepas bulan Syawal mengikut jumlah pinjaman yang telah diterima.Kepada yang mahu memohon, syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut - warganegara Malaysia dan merupakan penjaja dan peniaga kecil.
Info Skim Mikro-i Bazar Ramadan 2014
Syarat
- Warganegara Malaysia.
- Penjaja dan peniaga kecil berdaftar di bawah persatuan masing-masing.
Jumlah Pinjaman
- Sehingga RM3,000 tanpa faedah berkonsepkan syariah
Bayaran Balik Pinjaman
- 50% bayaran pinjaman sebelum habis bulan Syawal.
- 50% baki lagi sebulan atau 30 hari selepas bulan Syawal.
Cara Memohon
Permohonan perlu dibuat melalui Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil atau pergi ke cawangan-cawangan Bank Rakyat.Jadi, ini peluang yang sangat bagus kepada rakan-rakan yang mahu bisnes sempena bulan Ramadan 2014. Pinjaman tanpa faedah berlandaskan syarak dengan tanpa cagaran sangat bagus.
sangat bagus kan
BalasPadamoh baru tau. takda alasan lagi dah kalau nak berniaga
BalasPadamnice sharing.......alhamdulillah ada jugak usaha kerajaan nak bantu peniaga kecil
BalasPadamuntunglah mereka dapat pinjaman mudah... selamat maju jaya kepada mereka yang memohon, semoga perniagaan mereka maju dan mendapat keuntungan yang diharapkan. Jangan letak harga tinggi sudah lah ehh
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.