Menurut laporan terbaharu Indeks Harga Rumah Global Knight Frank, Malaysia berada di tangga ke-15 dalam kenaikan harga rumah dunia.  Malaysia berada di tangga ke-15 kenaikan harga rumah tertinggi pada suku pertama 2014 daripada 54 negara yang dikaji dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Malaysia adalah negara kelima di rantau Asia yang mencatatkan kenaikan harga tertinggi sepanjang tempoh itu, di belakang Emiriah Arab Bersatu (UAE), China, Taiwan dan Indonesia.
Malaysia Berada ke-15 Kenaikan Harga Rumah
Daripada laporan yang dikeluarkan ini, saya nampak ada kebaikan dan kekurangannya. Dari sudut positif, saya melihatkan peluang terbuka untuk rakyat Malaysia buat duit dalam bidang hartanah yang sememangnya sedang berkembang pesat di negara kita.
Malaysia Berada ke-15 Kenaikan Harga Rumah
Sumber: Berita Harian Online
Dan dari satu sudut lain pula, akan terdapat ramai golongan yang tidak berkemampuan tidak akan mampu memiliki rumah sendiri akibat kenaikan yang membebankan dalam pemilikan rumah baharu.

Jadi seharusnya kerajaan melihat isu dan perkara ini lebih serius dan menambahkan lagi banyak projek-projek rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia. Satu mekanisma juga perlu dibuat dengan lebih baik dan teratur supaya hanya golongan yang benar-benar memerlukan sahaja akan mendapat kemudahan pemilikan rumah mampu milik daripada kerajaan.

Saya lihat ramai antara kita sering keluh kesah apabila melihat harga rumah yang tidak mampu dengan bajet dan pendapatan sedia ada. Ramai perlu berhutang, dan ambil masa lama untuk melunaskan pinjaman perumahan. Seharusnya bank-bank pemberi pinjaman memikirkan soal ini, dan tidak hanya mahu kaut keuntungan lipat kali ganda.

Manakala golongan yang ada ilmu dan modal, bolehlah membuat pelaburan dalam bidang hartanah dan pemilikan rumah ini untuk jana income berterusan.
Dapatkan Ebook Berkaitan Pemilikan Rumah dan Hartanah

  • 10 Tips Hartanah Paling PAWER Buat Pelabur Newbie RM20
  • Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar RM30
  • Tips dan Panduan Membeli Rumah Terpakai RM30 
  • Caraku RM30 
  • Tips Mudah Lulus Pinjaman RM30 
  • Buta I.T Celik Ringgit RM30 
  • Rahsia Refinancing RM40 
Klik pautan ini untuk menempah pembelian anda - http://goo.gl/adi2XB


Untuk info, Indeks Harga Rumah Global Knight Frank yang dimulakan pada tahun 2006 ialah pengukur utama kepada pelabur serta pemaju untuk memantau dan membandingkan prestasi pasaran kediaman di seluruh dunia. Maklumatnya dikumpulkan pada setiap suku tahun menggunakan perangkaan rasmi kerajaan atau data bank pusat.

Sebagai ingatan buat semua, harga rumah akan terus meningkat dari tahun ke tahun, jadi mulakan langkah segera untuk memiliki rumah sendiri, dan jangan lepaskan peluang untuk peroleh pendapatan pasif dalam bidang hartanah ini.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang harga rumah semakin lama semakin meningkat...

    BalasPadam
  2. Saya cadangkan semua rakyat Malaysia yang bercadang untuk membeli rumah untuk join seminar Abang Ensem atau seminar hartanah yang lain. Walaupun tak dapat jadi usahawan hartanah tetapi mampu membeli rumah sendiri.

    BalasPadam
  3. Patutla keluar tajuk "sewa sampai mati" kat kosmo hr ni.. terbaca tajuk tadi..

    BalasPadam
  4. Bukan sahaja Kerajaan perlu menambah rumah mampu milik juga wajib memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina 'rumah mampu milik' tersebut bukanlah sekadar "mampu beli" oleh pemaju

    BalasPadam
  5. Perlu cepat mendapat rumah pertama sebelum harga melambung naik.

    BalasPadam
  6. Kita dan Indonesia je? Nape negara lain ASEAN harganya tak senarai?? Apa faktor2 kenaikannya? ada sapa2 blh tolong jawab...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement