Logo Hari Kebangsaan ke 57 Malaysia
Timbul banyak persoalan mengenai logo yang dipilih, memandangkan logo ini terhasil daripada sebuah pertandingan mencipta logo yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) atau Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR). Kontest ini telah diadakan pada 14 April sehingga 14 Mei 2014.Komen Mengenai Logo Hari Merdeka 57 Malaysia
Saya nak kongsikan beberapa komen dari laman Facebook berkaitan logo yang dipilih ini."Idea logo dari reka bentuk nombor sudah tepu. Sepatutnya pereka lebih peka pada tema, begitu juga penghakiman. Sambutan 56 tahun dari nombor, 57
pun nombor, rasanya 58 pun jugak sama tahun depan. Cukup la logo 50 tahun sahaja nombor kerana ia sambutan jubilee dan nombor adalah
kekuatan logo tersebut. Sejak dr itu logo itu sgt berpengaruh pada pereka yg mahu menghasilkan logo. Tq" - Yan Designerspace
"Mana elemen cintanya? ke aku yang rabun... Malaysia dah nampak dah... 57thn merdeka tu ada la juga walaupun mcm dah basi...(penghakiman pun basi 2x5
juga!) macam tak cukup kriteria je logo ni. Maaflah... logo tak
mempamirkan maksud tema. Kasi jelas sikit... macam aku komen ni...
jelas! tak ada nak kias-kias." - Tempa Pusaka
Itu antara komen yang sempat saya kongsikan kepada anda, komen-komen lain anda boleh baca di sini - FB Portal Malaysia Merdeka
Daripada komen-komen tersebut, saya boleh simpulkan ada akan kebenarannya juga. Cuba lihat sekali lagi logo Hari Kemerdekaan ke 57 ini.
Bagaimana? Ada elemen cinta? Sesuai tak dengan tema Malaysia .. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta? Tak ada pun love love tu .. hoho .. sangat simple bagi saya, tanpa ada sebarang keistimewaan pun.
Ok, mari kita baca pula penjelasan dan rasional logo ini dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan ke 57 tahun 2014 ini.
Apa pendapat anda pula setelah baca komen orang awam dan rasional yang diberikan oleh pihak penganjur? Sesuai ke tak sesuai?
Anda boleh komen apa sahaja yang anda mahukan, tapi logo ini telah pun dipilih untuk hari kemerdekaan ke 57 tahun 2014. Suka atau tidak, terima sahaja. Namun, harapnya selepas ini pihak penganjur lebih peka sedikit dan ambil positif komen-komen yang dilontarkan oleh orang ramai.
Logo-Logo Hari Kebangsaan (Merdeka) Sejak Tahun 1976
Sumber: Facebook dan Laman Web Malaysia Merdeka
macam xde kaitan je penerangan logo tu dengan logo..
ReplyDeletelagi satu..apa rasionalnya tema "Disini Lahirnya sebuah cinta" tu dengan hari merdeka..
Kenapa tak wujud perasaan cinta ni...?? benar juga komen2 di atas... yang sha nampak hanyalah... nombor.....
ReplyDeleteMacam dah lagu nyanyian Sudirman...
ReplyDeletebiasa je...
ReplyDeleteBaguslah dia buat contest macam ni. At least tak de lah bagi kat designer cabuk yang buat logo satu muka surat A4. haha harapnya tahun ni punya logo nampak smart.
ReplyDeletenak komen panjang lebar pun tak guna sbb keputusan dah dibuat...
ReplyDeletemampu boleh cakap " malaysia 57 tahun merdeka .tapi ygn buat kontes logo merdeka dgn design logo merdeka tak merdeka lagi :') "
bnyk jugak dgr desas-desus pasal pentandingan logo ni ..tapi takpe la :D
Ramai yang menjadi peserta seperti tak puas hati.
DeleteMungkin mereka nak ringkas sahaja kot loga untuk tahun ini sifu HH.
ReplyDeleteNombor jer yang peting kot huhhhu..
ReplyDeleteDalam banyak2 design takkan yang ni je diorg berkenan??
ReplyDeleteKalau bg kat saya, tak tau ler ape jadi logo tu ... Saya mmg xpandai ...
ReplyDeletebetul jugak ape yg dikata oleh pengomen dlm FB tu...2-3 tahun kebelakangan ni asyik guna tema nombor jer...mustahil kalau designer tak kreatif...erm, ni mesti juri tak reti nak pilih ni...hahaha
ReplyDeleteKenapa? Apa tujuan letak tema?..memandangkan design x ada sentuhan dari tema..kalau macam tu design la apa pun jadi ada jalur gemilang..juri buta hati la tu..
ReplyDeletePihak mereka yang pilih, mungkin ada di antara mereka itu lebih berilmu dan berpandangan .. terpaksa terima.
DeleteSimbolik....Cuba nyanyi lagu tanggal 31 ogos.. Kan ada lirik buln 8....57....sesuai LA tu....ada kena mengena....1957 tahun merdeka...n kali ni Kali ke 57....kan sesuai....pasal cinta tu.. tersirat..semangat warna bendera Malaysia tu pun Dah menunjukkn cinta Kita pada negara...n bertahan Dah 57 tahun...kannn
ReplyDeleteYang menang tu dia bagi share skit kat juri. itu perkara biasa Give and take. Lumrah kehidupan... :))
ReplyDeleteselamat hari kemerdekaan..;)
ReplyDeleteRamai yang tak puas hati, logo berbentuk nomber suddh basi.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**