Saya tinggal di Parit Buntar. Alhamdulillah, kebanyakkan peniaga di sini faham akan undang-undang simple ini. Bukan susah pun, tulis je atas kertas atau koyakkan kotak terpakai dan tulis. Kalau ada whiteboard, tulis dan update harga barang dijual di situ. Mudah kan?
Tanda Harga Kawal Kenaikan
Di Parit Buntar, amalan letak tanda harga memang biasa nampak. Malah peniaga harian yang jual kuih muih di depan Pasar Awam Parit Buntar pun letakkan tanda harga makanan yang dijual. Mungkin, kesedaran lebih kot di Parit Buntar memandangkan cawangan KPDNKK di sini proaktif buat pemantauan dan orang ramai nak buat laporan pun mudah.Itu sebab harga barangan di Parit Buntar murah. Bila orang lain sibuk harga ikan kembung melambung sehingga RM7-8 sekilo, di Pasar Awam Parit Buntar boleh dapat RM3-4 je sekilo. Pernah sekali saya beli ikan kembung harganya RM2 sekilogram, dan beli ikan merah (Red Snapper) RM8 sekilogram.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad, berkata arahan itu dikuatkuasakan kerana ramai peniaga masih menggunakan kaedah menyenaraikan harga semua juadah dalam satu tanda harga sehingga mengelirukan pengguna. - Berita Harian
Kuih muih yang dijual di Bazar Ramadan memang patut ada tanda harga. Ia memberikan pilihan kepada pembeli. Jika rasa harga tak berbaloi, maka pembeli boleh cari yang lain. Bukan apa, ada kalangan peniaga yang ambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk kaut untung lebih; alasan mereka sebab harga bahan mentah mahal dan susah nak dapat.
Kena Bezakan Harga Sebenar dan Tawaran Promosi
Di kebanyakkan tempat, harga kuih muih selalunya main lump-sum, atau dijual kira harga pukal gitu. Contoh macam 3 seringgit, 4 seringgit atau 5 dua ringgit. Walaupun kuih muih jual pukal, kena juga letak tanda harga pada setiap jenis kuih yang dijual. Ini memang peraturan wajib.Ada peniaga tak tahu, dengan letakkan tanda harga; ia sebenarnya boleh melariskan jualan mereka. Belajar sedikit teknik mengumpan dan promosi, in Sha Allah, dengan letak tanda harga akan buat orang berpusu-pusu datang beli. Tapi tak ramai yang buat, dan kurang gunakan teknik ini.
Kena bezakan antara letak tanda harga untuk jualan, dan tanda harga untuk promosi.
Contoh: Beli Satu RM0.40 Beli Lima RM2.00. Kalau sekali pandang, beli satu - 4; beli lima - 2. Pelanggan akan nampak lima sebab dapat beli banyak dengan harga nilai kecil (pada pandangan mereka); tetapi harganya sama sahaja; teknik ini memberikan keputusan pembeli beli lebih banyak dan bukan satu. Langsung tingkatkan volume jualan dan keuntungan.
Kuih muih patut letak tanda harga mungkin ada yang tidak tahu kerana ramai peniaga Bazar Ramadan adalah peniaga first timer (agaknya). Baru cuba berjinak dengan perniagaan tanpa ada ilmu dan pengalaman secukupnya. Bila tak ada ilmu, main redah je, makanya timbullah masalah seperti ini.
Pihak KPDNKK dah berikan amaran supaya peniaga kuih muih di Bazar Ramadan kena dan wajib letak tanda harga. Harapnya dah beri amaran ini, maka peniaga-peniaga kena ambil pedulilah, jangan sampai nanti, barang dijual dirampas, bisnes lingkup dan diri kena bayar denda...ohh tak ke naya tu!
Dan saya fikir KPDNKK perlu juga didik selain main denda dan hukum je peniaga-peniaga first timer ini. Mereka patut beritahu, bagaimana nak letak tanda harga betul, dan bagaimana nak promosikan harga makanan. Jadi, in Sha Allah, saling akan hormat dan saling akan kerjasama.
setuju
BalasPadameloklah kalau ada tanda harga...
BalasPadamitu yang penting..takut customer keliru..
BalasPadamPening juga hendak memilih kalau sudah rambang mata. Sekarang ini biarlah harga berpadanan dengan rasa dan kualiti walaupun mahal sedikit.
BalasPadamBetul tu. Teknik saya .. lihat mana yang ramai orang beli di awal2 ... :) bukan di akhir2 .. sbb awal2 tu tandanya memang ada tarikan ... samada murah atau sedap.
Padamsangat setuju ! sekarang karipap dah 40sen... huhuhu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.