Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Ia berbeza mengikut makanan ruji sesebuah tempat itu.
Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1435H / 2014
Bagi negeri Terengganu dan juga Johor, kadar zakat adalah berbeza mengikut bahagian di negeri-negeri tersebut.Untuk semakan terkini kadar zakat di Terengganu, anda boleh semak di sini - Maidam
Untuk semakan terkini kadar zakat di Johor, anda boleh semak di sini - MAIJ
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim
Rate lebih kurang sama antara negeri beza 0.50sen je insyaallah tahun ni kena bayar awal.
BalasPadamEntri terbaru saya dalam blog Harga Kereta Sewa
Hmm jangan jadi seperti saya dulu dulu, pernah hampir kena tampo sbb lambat bayo .,..
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.