Tahniah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kerana telah menjulang piala setelah menjadi juara Liga Super tahun 2014 ini. Atas kemenangan dan meraikan kejayaan JDT menjuarai Liga Super 2014, pihak kerajaan negeri Johor telah mengumumkan cuti pada Khamis 26 Jun 2014.

Rakyat Johor cuti umum pada Khamis 26 Jun 2014, tentu seronok ... hatta kepada mereka yang tak ambil tahu pun pasal Liga Super 2014 .. ye tak? Hehehe .. pastinya kegembiraan buat penyokong JDT yang selama ini berdiri kukuh teguh di belakang pasukan mereka. Kejayaan menang Juara Liga Super 2014 sesuatu yang boleh dibanggakan oleh JDT dan para penyokong.

JDT Juara Liga Super 2014 - Johor Umum Cuti

JDT Juara Liga Super 2014 - Johor Umum Cuti
JDT telah menjadi juara setelah menewaskan pasukan bolasepak Sarawak 1-0 di Stadium Negeri Kuching.

Memetik dari Utusan Online:
JOHOR BAHRU 25 Jun - Kerajaan negeri mengumumkan esok adalah cuti umum ekoran kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super selepas penantian selama 24 tahun.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya di sini malam ini selepas menonton perlawanan antara JDT dan Sarawak yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Artikel Penuh: Johor Umum Cuti Kejayaan JDT Juara Liga Super
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Satu sambutan untuk meraikan kejayaan ini akan dilakukan pada 26 Jun 2014 bertempat di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin bermula jam 8 malam 26 Jun 2014. Ia dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), pemain JDT dijangka tiba di Tol Skudai jam 7 petang 26 Jun 2014 dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya akan menaiki bas tidak berbumbung bermula di Tol Skudai dan terus ke Tol Kempas.

Seterusnya bas berkenaan akan bergerak EDL mengelilingi Bandaraya Johor Bahru sebelum terus ke Stadium Larkin bersama meraikan dengan peminat dan penyokong JDT.

Pengumuman Rasmi Johor Cuti Umum JDT Juara Liga Super 2014








9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Luaskan kuasamu Johor...tahniah. Jumpa lagi di Piala Malaysia nnt

    BalasPadam
  2. 4 hari tu Johor cuti - hari ni, Jumaat & Sabtu ('weekend' di Johor) dan hari Ahad (awal Ramadan)... orang Johor kat KL macam saya ni cuti sendiri jelaa :))

    BalasPadam
  3. frust Sarawak kalah..!! taniah pada yang menang...

    BalasPadam
  4. tahniah JDT ..selamat bercuti warga Johor

    BalasPadam
  5. Tahniah Johor. Pelaburan yang berbaloi tahun ni

    BalasPadam
  6. Alhamdullilah menang juga JDT, lepas berape tahun buat investment.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement