Buat yang tidak tahu, ada 5 cara untuk anda memasukkan video ke dalam entri atau blog post anda. Semuanya sangat mudah kerana editor blogspot sendiri memudahkannya. Jika anda belum mencuba, anda seharusnya buat sekarang untuk melihat impaknya kepada blog anda.
5 Cara Memasukkan Video Dalam Entri
Anda boleh memasukkan video ke dalam entri blog melalui 5 kaedah atau cara. Semuanya mudah, hanya main klik ... klik satu persatu.Cara #1 - Masukkan Video Dari Sumber Dalam Komputer Anda
Anda perlu klik upload, dan kekotak seperti di bawah akan muncul, anda pilih samada rakaman video anda, atau video yang telah anda simpan di komputer untuk dimuat-naik ke dalam entri anda. Proses ini memakan masa jika video itu bersaiz besar. Anda boleh terus menulis entri, sewaktu proses ini dilakukan, satu notifikasi akan keluar apabila proses ini selesai. Disarankan anda lihat preview dahulu untuk lihat hasilnya.Cara #2 - Masukkan Video Dari Sumber YouTube
Cara mudah mencari video yang anda minat daripada sumber YouTube, tanpa perlu buka halaman YouTube. Anda carian kata kunci atau video yang anda mahu dimasukkan ke dalam entri, pilih dan wallaaaaa .. siap tersedia di dalam blog anda. Selalunya saiz video YouTube tersedia mengikut default yang disediakan dalam YouTube. Kemungkinan saiz akan jadi lebih besar dari saiz blog post anda. :)Cara #3 - Masukkan Video Dari Sumber Channel YouTube Sendiri
Jika anda mempunyai channel atau saluran YouTube sendiri, anda boleh masukkan ke dalam blog post anda. Saya sendiri gunakan teknik ini untuk ketengahkan cara saya buat review sesuatu produk menggunakan video. Blog anda dapat trafik, channel YouTube anda dapat hits. Dan paling menarik, pengunjung akan tahu kebolehan anda bikin video sendiri yang sangat sangat bagus untuk pengiklanan berbentuk advertorial.Cara #4 - Masukkan Video Dari Telefon Pintar Android
Satu kelebihan buat pengguna telefon Android. Anda boleh kongsikan terus video yang anda rakamkan di telefon pintar anda, dan jadikan ia entri. Anda tidak perlu download ke pc. Hanya enable fungsi ini di dalam telefon anda, semuanya akan jadi mudah. Tapi awas, seandainya anda terpadam video dan gambar dalam telefon Android yang telah ada login akaun Google anda, video dan gambar dalam blog juga akan terhapus sekali.Cara #5 - Masukkan Video Dari Rakaman Terus Web Cam
Jika ada kamera online atau web cam di komputer, cara ini memang bagus sekali. Sesuai untuk mereka yang berniaga online, boleh terus paparkan produk dengan video menerusi rakaman terus dari web cam. Ia juga bagus untuk blogger-blogger yang mahu nampak 'hidup' menerusi blog. Salah satu keunikkan yang patut dicuba oleh blogger bagi variasikan entri dalam blog.Selesai dah, harap para pengunjung dan pembaca puas hati dengan perkongsian ilmu berkaitan 5 cara memasukkan video dalam entri. Ada pro dan kontra. Terpulang untuk anda menggunakan mana-mana teknik dan cara di atas.
Buat mereka yang berkongsi video menerusi YouTube, untuk membolehkan anda mempunyai lebih kawalan kepada saiz video, cara paparan anda boleh rujuk entri sebelum ini berkaitan - Teknik Betul Kongsi Video YouTube Dalam Blog
Selamat berblogging, dan teruskan mantap bersama blog anda.
great sharing
BalasPadamterima kasih
BalasPadamThanks for sharing.. dari segi size screen youtubenya macam mana nak besarkan?
BalasPadamoho..bagus sekali gitu..:D
BalasPadamThanks for sharing
BalasPadammemang selalu masuk video utube gune cara amik dekat utube..hehe
BalasPadamcmner nk convert kan video yg terlebih mb..
BalasPadamOk. Kalau ikutkan cara saya, video yang ada saya upload ke YouTube. Youtube akan compresskan jika besar sangat. Ini cara paling mudah saya buat. Dari situ, bila dah upload, kita kongsikan gunakan embeded code dalam entri kita.
PadamTerima kasih..panduan yang sangat berguna utk blogger baru macam saya =)
BalasPadamjemput singgah blog saya: danishdamiadaris.blogspot.com
gak ada cara yang lebih detail nya gak gan..??
BalasPadamRasanya di dalam blogspot itu sendiri sudah agak mudah, hanya drag, dan udah aja kelik-kelik menunya.
PadamDalam blog ini bisa cari ada yang lebih detail terutama mengenai YouTube.
terima kasih share info
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.