Nama panggilan sebagai branding untuk blog personal. Haaa .. yang ni saya fikir ramai dah boleh celek pengetahuan kot tentang bagaimana satu nama itu boleh memberikan impak branding pada blog. Ke ada yang garu kepala dan tak tahu ....? Jika ada, kena baca blog post saya ini mengenai bagaimana nama panggilan atau nama blogger boleh dijadikan satu trademark atau jenama dalam branding blog anda.

Nama Panggilan Sebagai Penjenamaan Blog

Contoh mudah adalah diri saya.

Orang kenal saya dengan nama panggilan HH. Bagaimana boleh wujud HH ini dalam dunia blog Malaysia? Ini disebabkan saya menggunakan nama HH ini sebagai salah satu branding dalam blog saya.

Bagaimana penjenamaan atau branding itu dibuat? Mudah sahaja, gunakan kata ganti diri ini dalam blog, dalam komen, tak kira samada blog sendiri atau blog orang lain. Gunapakai untuk apa jua urusan berkaitan dengan blog anda. Jangan segan malu untuk menggunakannya walaupun awalnya nampak macam janggal!

Ok, itu singkatan. Boleh je guna macam nama nie - hasrul hassan ..hehehe... ok je asalkan tak ada lagi yang guna nama tersebut dalam dunia maya. Erkkk .. kalau ada yang sama? Cari yang lain, tapi pastikan ia mudah dan senang nak diingati.

Nama saya, hasrul hassan .. in Sha Allah, terus orang akan ingat blog hasrulhassan.com. Mudah kan?

Dengan nama, kita bawa blog bersama. Satu cara branding yang cukup mudah, kerana penjenamaan yang berjaya adalah bermula dengan sesuatu yang mudah.

Jika merumitkan, maka akan rumitlah proses nak branding nama kita dan nama blog secara tak langsung.

Cuba lihat Redmummy. Sekarang anda fikir. Sampai sekarang orang panggil dia RM walhal nama sebenar dia lain ... jeng jeng jeng .....

Begitu juga dengan Ben Ashaari .. haa tau nama sebenar dia tak? Saya pasti ramai blogger Malaysia tak tahu ....

Kalau anda Google pun susah nak dapatkan nama sebenar blogger-blogger hebat ni.

Bawa nama anda, nama blog .... hatta dalam laman sosial seperti Twitter dan Facebook. In Sha Allah, mudah jenama blog nak naik dan dikenali.


24 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. lagi mudah kalau nama panggilan yang kita guna dalam dunia blogging ni sama dengan URL blog...search saja...

    P.S - Nama sebenar Ben Ashaari sy tahu...mungkin ramai yang tahu...bak kata HH...haa, nama sebenar RM je sy tak tahu...hee

    BalasPadam
  2. eh ingatkan bangku kosong nma panggilan bro....heheh

    BalasPadam
  3. Ooo...mcm nama blog saya Suria Amanda atau singkatan SA....hurmmmm...bagus idea ni...boleh branding kan HH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tu ... Tapi SA mungkin ada yang dah guna .. SASuria ke ... atau A.Suria ke ..huhuhu.. hehehe...

      Padam
  4. ohhh... macam saya acikidah... :) Perlu tukar lagi ker HH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishh ok sangat dah tu .... :) yang ni saya tak biasa lagi nampak ... acikidah ... leh ada dua nama tu ...

      Padam
  5. haritu bahasakan nama HH jugak. siap kawan2 blog, pembaca blog pun pggil HH. skrg x lg. HH Hasrul Hassan lagi popular. HH kita dh tenggelam hahahaaa

    BalasPadam
  6. saya YB atau yangbaik.. cuma pada fb saja tak leh nak tukar... pada twitter dan instagram dah guna nama yangbaik... okey kan? okey laaaa... :D

    BalasPadam
  7. nama dari form 1 nadot, sampai ke blog nadot. memang tak kekok nak bahasakan diri nadot sebab dah lama guna sampai kadang-kadang lupa nama sendiri... ehhhh ... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhhh sampai macam tu sekali? Perghh tu dah masuk dalam kategori artis dah tu bila lupa nama sebenar sbb selalu sgt guna nama timangan ni ..

      Padam
  8. WR, sesuai ke? Cam pelik rasanya...

    BalasPadam
  9. Blog saya ada yang panggil PK..rasa mcam teruja gak bila dapat nama tu..hehe..cuma nak kena lebihkan promosi PK tu..

    BalasPadam
  10. Nama blog saya MP...ok ke tak berbeza dgn nama sebenar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pandai bermain-main dengan kata .. ala macam time bercinta ...

      Padam
  11. Fadzi Razak boleh jadi FR tak? hahahahha

    BalasPadam
  12. Sesuai gak dengan empunya diri .. uhh cunnnnnyaaaa .. hehehe

    BalasPadam
  13. saya masih gunakan nama syaifuddin alias..hehehe

    BalasPadam
  14. Guna nama lisa hlovate sebab minat lisa surihani dengan penulis hlovate.. gabungkan jadi lisa hlovate (LH) rasa takda lagi yang guna LH tapi nama hlovate tu dah ramai yang guna..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement