Terkini, saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa jenama dan jenis coklat di Langkawi yang dijual sebagai produk halal mengandungi DNA babi; walaupun hakikatnya produk import tersebut memang tiada tanda halal, dan diyakini juga tiada sebarang tanda pengesahan halal dari badan-badan antarabangsa yang lain.
Agak berlainan dengan kes Cadbury yang memang ada tanda pengesahan logo halal, tetapi telah dikesan mengandungi DNA Porcine.
Jenama dan jenis coklat di Langkawi positif ada DNA porcein - Amat mendukacitakan, ia dijual secara terbuka oleh syarikat yang dimiliki oleh bumiputera muslim; yang kalau difikirkan ia adalah salah dari segi etika seorang peniaga yang beragama Islam. Mungkin ini adalah satu kesilapan yang mungkin boleh diperbaiki dan diambil pedoman oleh pihak berkenaan.
Jenama Coklat di Langkawi Diuji Positif DNA Khinzir
Saya difahamkan, jenama-jenama coklat dijual di Langkawi ini telah disahkan menerusi ujian mengandungi DNA babi. Semua jenama coklat yang diuji adalah jenama import dan tidak mempunyai sebarang logo halal, daripada mana-mana badan pensijilan halal antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim.Gambar dan foto jenama coklat sah ada porcine ini dikhabarkan tersebar luas menerusi media alternatif termasuklah di laman sosial Facebook.
Coklat jenama terkemuka dan diimport dari negara luar, apatah lagi dari sebuah negara yang bukan majoriti beragama Islam sepatutnya dinilai secara berhati-hati. Saya pernah ditempelak kerana menyiarkan post berkaitan sebuah jenama coklat terkenal yang digemari ramai iaitu Pepero; yang telah disahkan oleh Jakim tidak ada sebarang pengesahan halal, walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa produk itu halal dimakan dan tidak perlu rasa ragu-ragu mengenainya.
Malah, ada insan-insan prihatin yang menganggap apa yang saya tulis cuba untuk menutup periuk nasi mereka memandangkan mereka menjual produk Pepero keluaran syarikat Lotte dari Korea. Bagi mengelakkan kekeliruan, saya telah membuat satu post susulan di sini - Lotte Pepero Guna Sumber Tumbuhan - Halal Korea
Saya tidak menyangkal, logo halal adalah sekadar logo untuk pengesahan. Mungkin benar, bahan-bahannya adalah halal, tidak semestinya produk import yang tiada logo halal itu tidak boleh dimakan; tetapi bagaimanakah nak dibuktikan ia bebas daripada bahan tidak halal sepertimana yang diketengahkan dalam kes Cadbury yang sedang hangat diperkatakan?
Terfikir saya, dan anda patut juga memikirkannya.
Kredit Foto: Melvister.com
Ziarah malam salam ukhuwah dari Indonesia..nice share.
BalasPadamTerima kasih ya ...
Padamnice share
BalasPadamEntahla sifu.... dunia la ni dah semakin teruk..
BalasPadamDunia akhir zaman, Yg halal diharamkan. Yg haram dihalalkan.
Huhuhu sesekali dah raser cam takut dah nak pergi beli barang2 dapur nak pergi beli coklat untuk anak2 ..Lagi takut sebenarnyerr bila makan makanan kat luar ..Aduhai takutnyerr bila terjadi benda2 yang TAK HALAL nie ..Kita kan ISLAM ..Susahnyerr bila negaraislam sendiri berlakunya benda2 spt ini ..Harap ada pemantauan yag lebih terperinci dan pendedahan sepatutnya dilaksanakan secara besar2an
BalasPadamJadi di sini kita perlulah menjadi pengguna yang bijak & tahu halal haram serta sentiasa berwaspada ^_^
BalasPadamYa, jangan mudah menjadi pengguna yang sering tertipu. Kita dah ada badan bertanggungjawab, gunakan sebaik mungkin.
Padamkalau ikutkan nak sijil halal, kedai makan tom yam tu pun kita tak boleh makan sbb takde sijil halal. sbb nk dptkan sijil halal, bukan stakat sumber dr yg halal tp tempat masak tu pun kena bersih... lebih selamat kita mkn kt rumah je skrg ni.. masak sendiri.. huhuhu
BalasPadamnak dapat sijil halal bukan main susah lagi..semua item diperiksa dengan teliti... tapi walaupun teliti, ada jugak yang terlepas bagi halal pada produk yang guna benda haram... tak paham betul kenapa boleh jadi begini...
BalasPadamAllah sedang menguji kita. Bersabar dan in Sha Allah, akan diberikan cahaya jalan kepada penyelesaian.
Padamnak mudah kan citer berenti sahajalah makan coklat tu..apa jenis pun baik kita makan cekodok, gula padi, sagun dan yang seangkatannya dah tentu halal. sedih sangat dah mendarah daging semuanya..
BalasPadamNasib baik aku tak berapa suka makan coklat..pi langkawi pun tak pernah..
BalasPadamshare artikelnya bagus, bisa menambah wawasan tentang coklat
BalasPadamBetul. Kandungan coklat harus diawasi ...
PadamBila dah bebas cukai..memang bebas dari saringanle..itulah kelemahan zon bebas cukai ni...
BalasPadamassalam.
BalasPadammmg macam macam kan sekarang ni.
kalau nak ikutkan sayur mayur pon elok kita tanam sendiri skrg ni.susah & agak menggelirukan org islam..
kalau was was lebih baik jauhkan..
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.