Tips untuk elak pembaca setia lari. Banyak blog yang dahulunya gah dengan trafik dan komen, kini dah makin usang dan sepi. Bukan kerana empunya blog tidak kemaskini blognya, tetapi dia sebenarnya gagal nak ikat dan lekat pembaca-pembaca setianya untuk terus setia. Ada beberapa sebab memungkinkan ini berlaku, dan oleh sebab adanya sebab, maka adalah juga jalan penyelesaiannya .. ye tak?

Tips Mengelakkan Pembaca Setia Blog Lari

Bagaimana nak elak pembaca setia dari lari daripada terus membaca blog anda? Pertama sekali lihat kembali apa yang selama ini anda tulis dan terbitkan di dalam blog. Pernah atau tidak, dalam banyak-banyak yang anda tulis itu, anda buat satu entri khas untuk hargai pembaca setia blog anda?
Tips Mengelakkan Pembaca Setia Blog Lari

Tak ada? Jika tak ada, lakukan secepat mungkin sebelum mereka yang telah setia membaca blog anda tidak menyepikan blog anda.

Bukan Tulis Entri Bodek

Bukan minta anda menulis entri bodek-membodek pembaca dan pengunjung, tetapi cubalah sesekali melahirkan rasa syukur dan terima kasih anda kepada mereka. Ada beberapa cara nak buat ....

Adakan giveaway mudah untuk pembaca setia. Mudah ini bermaksud tak perlu nak suruh mereka klik itu, klik ini ... mereka dah banyak bagi klik kat blog anda, jadi tak perlulah nak minta-minta lagi, ye tak? Syarat pula tak ketat sendat, cukup makan agar mereka ada azam untuk sertai.

Adil Pada Semua Pembaca Setia Blog Anda

Pembaca setia blog bukan sorang dua, ada ramai. Jadi, anda seharusnya cuba seboleh adil pada semua. Selain giveaway, boleh buat satu segmen mudah. Tujuannya ialah anda dapat berikan backlinks kepada blog mereka, dan sedikit sebanyak menampilkan dan memperkenalkan mereka dengan pembaca yang lain dalam blog anda. Eratkan ukhwah sesama pembaca setia blog anda ... kan bagus tu?

Ukhwah

Ikatan ikatan ukhwah sesama mereka. Bila ada kumpulan yang jadi pembaca setia blog anda, mereka akan singgah dan terus baca blog anda dalam keadaan berjemaah. Tengok sahaja ruang komen blog anda, jika ada interaksi sesama mereka, anda patut selit komen anda di antaranya. Ada nampak hubungan dua tiga hala berlaku. Mereka seronok dan akan terus jadi pembaca setia blog.

Berikan Perhatian

Pembaca setia juga mahukan perhatian, lakukan mana yang boleh untuk berikan perhatian kepada mereka. Tegur. Kongsi. Singgah. Ada laman sosial, gunakan untuk sosial dengan pembaca setia blog anda. Mereka mahu anda sedar akan kehadiran mereka, jadi buatlah mereka sedar bahawa anda sedar akan kehadiran .... erkkk ...

Panjang dah tulis ni, kata +Ejam Othman tak boleh tulis panjang-panjang, nanti pembaca boring .. bila dah boring, terus tak nak baca entri lain dah ..... cabut lari ... sampai berikan impak negatif pada blog dapat bounce rate tinggi ... aduhh ...


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement