Pakar SEO Blogspot Malaysia pula menjadi antara keyword atau kata kunci yang ingin saya cuba untuk diketengahkan. Jika sebelum ini, saya ada membuat satu blog post dengan tajuk Pakar SEO Malaysia yang nampak lebih umum, kali ini pendekatan lebih tertumpu dengan menggunakan kata kunci khas ditujukan untuk blogspot.

Pakar SEO Blogspot Malaysia

Pakar SEO Blogspot Malaysia

Seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini, dalam istilah pakar ini, sebenarnya sesiapa pun boleh menjadi pakar sesuatu, termasuklah menjadi pakar SEO blogspot Malaysia. Apa yang diperlukan ialah ilmu dan pengasahan untuk menambah pengalaman. Ilmu dan pengalaman adalah dua perkara penting untuk menjadi pakar terhadap sesuatu.

Perlu ilmu untuk ketahui teknik dan cara. Manakala pengalaman pula adalah untuk menguji samada apa yang kita lakukan dan praktik benar-benar berkesan. Apabila dua benda ini diulang dan dibuat secara kerap, in Sha Allah, lama kelamaan ... anda sebagai seorang blogger boleh menjadi pakar terhadap sesuatu.

Pakar bukan terhasil kerana dia ada ilmu yang tinggi sahaja. Ia juga bersangkut-paut dengan pengalaman jitu dan hakiki. Pengalaman itu berkait dengan masalah dan penyelesaiannya. Sesetengah orang apabila mencuba sesuatu, dan tidak menjadi ... dia akan putus asa dan fedup. Dalam menjadi pakar, perlu banyak latihan dan trial n error. Tidak boleh separuh langkah, dan tidak kenal putus asa. Mesti terus mencuba sehingga apa yang dihajati terlaksana.

Bagaimana Menjadi Pakar SEO Blogspot?

Bagaimana nak menjadi seorang pakar SEO blogspot Malaysia?

Ada banyak tutorial dan tips berkaitan SEO blogspot yang boleh anda cari. Apa yang perlu dibuat, seperti di awal saya katakan ialah dengan ambil ilmu tersebut dan buat. Bukan baca dan diam sambil ketuk-ketuk keywboard tanpa ada guidance tertentu. Perlu praktik dan praktis. Kena cuba dari sehari ke sehari. Lama-kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan buat anda dalam menyediakan blog dan konten yang mesra SEO.

Oh, masih tak tahu apa itu SEO atau Search Engine Optimization?

Pakar SEO Blogspot Malaysia

SEO adalah untuk bantu apa yang anda kongsikan di dalam blog supaya terindeks dengan baik di enjin carian. Ia akan membantu entri-entri yang ditulis di dalam blog supaya tersenarai di halaman carian seperti Google dan Yahoo. SEO penting untuk anda menyebarluas pengetahuan yang anda ingin kongsikan, malah ia boleh menjadi salah satu cara atau sumber untuk anda menjana income menerusi blog.

Tips SEO untuk Blog Blogspot

Teknik paling mudah yang kebanyakkan pakar SEO blogspot Malaysia lakukan ialah dengan menyediakan atau mencari sebuah template blog yang sudah tersedia mesra SEO. Jika di dalam platform Wordpress, memang tersedia template-template blog yang sudah mesra SEO - samada yang percuma mahupun berbayar.

Berbeza sedikit dengan blogspot, kebanyakkan template yang dikatakan mesra SEO ini memerlukan sedikit pengolahan tersendiri supaya menepati ciri-ciri SEO yang dikehendaki oleh enjin carian.

Sudah mendapatkan template, langkah seterusanya ialah dengan menyediakan entri yang punyai ciri SEO ini. Paling asas ialah dengan menyediakan entri yang punyai header tag (H1, H2, H3) yang betul. Cara paling mudah nak faham mengenai cara ini ialah dengan melihat sebuah buku. Dalam buku ada tajuk besar, ada tajuk kecil ... dan ada tajuk yang lagi kecil.

Kata kunci. Apa yang entri anda itu mahu sampaikan, itulah kata kunci bagi blog dan entri-entri di dalam blog anda. Gunakan kata-kata kunci ini dalam setiap entri yang anda tulis. Pastikan dalam setiap dua atau tiga perenggan mempunyai kata kunci tersebut.

Ok, itulah sedikit sebanyak tips mudah untuk anda menjadi seorang pakar SEO blogspot Malaysia.

Cubalah.


19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bismillah,
    Kalau di Indonesia adanya Pakarno, semoga Pakar di Malaysia berhasil mencapai tujuannya amin wslm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Khairudin Aja .. banyak juga saya belajar dari blogger dari Indonesia, ramai yang hebat..

      Padam
  2. Balasan
    1. Belum masanya lagi .. SEO ini berkadaran dengan Algorithma Google .. sukar sikit nak buat ebook sebegitu.

      Padam
  3. Thanks HH.. :) jauh lagi nak kejar..

    BalasPadam
  4. nak jadi pakar seo memang mengambil masa yang lama. tq for sharing.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Jenuhh juga kaut sana sini ilmu dan praktis. Kalau tak praktis memang lupa punya sbb ia kronik juga ... hehehe

      Padam
  5. Banyak lagi kena brlajar, banyak ilmu lama tak habis belajar, dah ada yg baru dkan muncul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia benda antara paling cepat berkembang ... yelah, otak 1000 pakar nak lawan tu ...

      Padam
  6. terim kasih perkongsian ilmunya..akan cuba dipraktikan..

    BalasPadam
  7. Saya mmg dlm proses belajar.. cuma lmbt sikit nak loading kat otak ni ttg perkara2 spt ini.. pelan2 kayuh tp akan terus kayuh, in shaa Allah.. t kasih HH atas perkongsian nasihat ni..

    BalasPadam
  8. Yup, ramai blogger indonesia yang power-power seo. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, bab SEO ni, blogger malaysia masih jauh ketinggalan berbanding blogger indonesia

      Padam
  9. Masih belajar dn terus belajar. Masih terkial-kial lagi bab SEO ni...jauhhh lagi perjalanan, nk sampai separuh pun blom tau bila..

    BalasPadam
  10. Memang sukar blogspot nak bersaing dengan wordpress bab seo nih, kena belajar banyak lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, boleh... saya buat blog ni dah lama, cari teknik SEO blogspot terbaik supaya lebih banyak entri penyampaian saya dapat dibaca oleh ramai yang mencari.

      Padam
  11. Terima kasih atas ilmunya. Baru nampak gambaran jelas pasal SEO ni

    BalasPadam
  12. terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini. Bagus untuk orang baru seperti saya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement