Sebelum ini, saya pernah berikan satu tips yang boleh dianggap berkesan jugaklah .. iaitu cara meledakkan komen di dalam entri lama. Teknik ini berjaya andai dilakukan secara istiqamah. Blog ini misalnya, walaupun entri tersebut telah diterbitkan lebih setahun dahulu, masih ada pengunjung yang tinggalkan komen. Ada sahaja komen baru ditinggalkan walaupun komen terakhir dari pengunjung ke entri tersebut dah bertahun tulis.
Adakah Blog Tiada Komen Tak Bagus?
Adakah blog tiada komen tidak bagus?Ok, sebelum nak beri kesimpulan, kena tengok samada blog mesra pengunjung pemberi komen. Jika ruangan komen susah nak beri ruang untuk komen ditinggalkan, tentu sahajalah entri tersebut sukar nak dapat komen.
Semak Ruangan Komen Blog Anda
Semak bagaimana blog anda tanggani ruangan komen.- Adakah kotak komen ada caption verification?
- Adakah kotak komen hanya untuk registered user?
- Adakah kotak komen anda komplikated atau rumit?
Satu lagi tips saya mahu kongsi bagaimana nak meledakkan komen di entri blog ialah dengan memasang sistem komen Disqus. Cara ini merupakan teknik yang saya gunakan sedikit masa dahulu, dan nyata terdapat engagement yang nyata, ada sahaja komen ditinggalkan di entri blog.
Selepas mendapat beberapa kunjungan dan komen yang bagus, saya terpaksa buang sistem ini memandangkan ia tidak compatible dengan template baru blog ini. Namun, ia tidak jejaskan jumlah komen yang ditinggalkan kerana engagement terdahulu semasa menggunakan sistem komen Disqus ini telahpun dibuat. Jadi pengunjung blog dah mesra dengan saya ...:)
Guna Sistem Komen Luar
Jika anda tidak mahu menggunakan sistem Disqus, ada satu sistem komen yang boleh anda cuba dalam blogspot anda, iaitu menggunakan sistem komen Google+ ... saya ada berikan panduan untuk pasang sistem komen ini di blog - Cara Pasang Sistem Komen Google+Dah abis saya celoteh, kesimpulannya ialah ... blog tiada komen bukan bermakna blog itu tidak bagus, cuma adakala sistem komen itu yang buatkan blog dan entri kita sukar nak dapat komen dari pengunjung blog. Perbaiki kelemahan itu dahulu, dan kemudian boleh guna tips berikut - Tips Entri Dikomen Pengunjung Blog
Baca juga mengenai sebab blog tiada komen di sini - 15 Sebab Blog Kurang Komen
Mudah-mudahan rakan blogger yang rasakan blognya tidak cukup bagus dan tiada komen .. dapat manfaat apa yang dikongsikan ini. In Sha Allah.
p.s: Blog ini sendiri ambil masa untuk pengunjung tinggalkan komen ... jadi, jangan cepat putus asa andai entri kosong tanpa komen
nice info..
BalasPadamthnx HH .. ^^
BalasPadamYana Aina .. sama-sama, moga bermanfaat buat blogger baru
PadamTerima kasih beri semangat buat blogger baru macam saya
BalasPadampada saya, nak orang komen blog kita, kita kena lah komen blog orang terlebih dahulu. ni petua red mommy, nak orang datang rumah kita, kita kenalah ke rumah orang tu dulu ^_^
BalasPadamassalamualaikum hh...info yg bagus menarik...;)
BalasPadamxsemestinya xd komen brmksd blog tu xbgus sbb blog sy wlupn xbyk komen tp lps post je byk silent reader yg muncul. silent reader is better. wlupn entri thn lps sy post, byk yg tnye dlm inbox fb sy, dyorg xsll komen dalam blog :)
BalasPadamBanyak nak kena belajar lagi ni. Thanks for the tips bro HH.
BalasPadamTerima kasih Fiza Rahman ...
PadamBlogging ni two-way communication. Bila ada ruang komen, pengunjung rasa tertarik untuk berikan feedback. Meriah sikit blogging bila ada banyak komen-komen ni kan.
BalasPadambest kan bila ada org sudi komen entry kita,
BalasPadambru tmbh smgt nak blogging. hihi
Ya betul tu .. in Sha Allah, saya akan lebih blogwalking untuk komen blog orang lain.
Padam:)
BalasPadamterima kasih bro HH
http://pemudattbc.blogspot.com/2014/04/syria-kucing-menjadi-mangsa-kekejaman.html
Blog tanpa komen bukan xbagus cuma tak kelihatan bagus. Tiada interaksi bermakna tiada maklum balas terhadap entri...dan blog terasa sunyi dan sepi.
BalasPadamKrik krikkk krikkk .. ada dgr bunyik cengkerik je
Padambile ade komen, meriah sikit tp tertakluk pada niat.. takde yang komen tak bererti tak dapat buat duit.. yg penting usaha dan strategi..
BalasPadamBRO LEH BACA SINI dan SINI
buat duit? Uiskk bila lak aku cakap pasal nak buat duit dengan komen ni Paly? Amboi mentang2 dah masyuk skang .. hehehe
Padamsy paling anti yg ada caption verification tu
BalasPadamkadang-kadang terfikir jugak... penting sangat ke komen tu... kalau dah orang tak nak komen tak kan nak paksa kot... ngeee
BalasPadamKomen ada signifikasi daripada segi SEO blog. Cara inilah yang buat entri blog ini berjaya menang beberapa kontest SEO .. :)
PadamBetul lah.. kadang2 pernah gak bila kita search, perkataan tu sebenarnya kat dlm komen, bukan kt dlm entry.
BalasPadamsaya selalu komen sekiranya ada pandangan yang boleh saya kongsikan.... tapi tak semestinya tiada komen bermakna blog tu tak bagus... yg plg penting kotak komen mestilah mesra pengguna.... :)
BalasPadamBetullah tuan.
BalasPadamMasalah pada kotak komen blog saya sekarang ialah ada format reply.Tapi saya tidak dapat membuat reply terhadap komen yg dtg dari pembaca blog saya.Bolehkah tuan membantu untuk menyelesaikan masalah ini?
Baca entri saya yang ini - http://www.hasrulhassan.com/2013/07/cara-bolehkan-reply-pada-sistem-komen.html
PadamMoga dapat bantu selesaikan masalah. Terima kasih.
suka comment blog yang setting friendly comment box.. kalau yang kene buat verification tu payah la.. kadang-kadang tersilap kene buat berkali-kali.. bila dah fed up terus pangkah..huhu
BalasPadambiasalahlah lama2 nanti adalah org tinggalkan komen..
BalasPadamNak belajar up diri sendiri dulu..
BalasPadamNanti InsyaAllah ada lah balasan baiknya..:)
Thanks HH
Assalammualaikum... bro HH,
BalasPadamKomen mengomen nie bagus dapat mengeratkan ukhuwah sesama blogger, yg penting pastikan user friendly utk di komen...
mselim3
Blog saya mmg dah hilang komen sbb saya pun dah lari dari nk komen kt blog kwn2. Entri pun dah xterbit. Dalam hati nk jugak kuatkan diri utk berada bersama2 yg lain, insyaAllah akan ubah diri.
BalasPadamTerima kasih tuan HH,
:) satu nasihat untuk diri saya juga ni ..
Padamkekeadang nak komen tapi habis baca je terus takde idea nak komen
BalasPadamSaya pernah ada masalah kotak komen tak keluar suatu ketika tu, tapi alhamdulillah sekarang masalah tu dah selesai
BalasPadamAlhamdulillah.. blog saya baru 3 bulan wujud.. tapi ramai gak rakan blogger sudi komen.. Khai setuju dengan pendapat Umi Nazrah.. bak lagu scorpions - "what you give you get back".. :)
BalasPadamterima kasih HH... sudi memberi tunjuk ajar...
BalasPadammlm ni saya dah boleh baca comment...
Sama-sama .. :)
Padamlega rasanya bila baca entri ni... tak lah rasa rendah diri sangat sebab komen sikit saja kat blog... tapi tetap rasa blog tak berapa bagus sebab rasa entri yang tak berapa bagus atau sesuai dengan pengunjung... kalau entri bagus mesti orang komen kan?
BalasPadamEntri dikomen kerana telah dirangsang ... :)
Padamkalau sy tak g komen blog org..org tak komen blog saya..
BalasPadamhaha..
betul tak?
saya suka komen kat blog yang balas komen balik.....so ianya ada jadi 2 way communicatie berbanding 1 way...
BalasPadamsetuju :)
PadamErkkkk ... hehehe... saya jarang komen benda sesuatu yang saya sukar nak komen. :)
PadamSelain tak bagus, blog tampak monoton bila tiada berhias oleh komen of reader...
BalasPadamYa ... nampak seperti kosong sahaja ... tak ada interaksi begitu.
PadamSalam ziarah ....blogwalking kurang terutama blog yg tidak popular seperti blog saya menjadi punca blog kurang komen dan tak bagus untuk jangka panjang
BalasPadamBlog jarang komen mungkin isi kandungan kurang bersesuaian dengan pembaca bukan blogger. kalau isi kandungan berkaitan panduan dan tip pasti ramai yang komen.
BalasPadamTulis blog untuk dapat komen semata-mata tidak penting.
BalasPadamTetapi komen pembaca membantu kita memperbaiki diri.
Betul. Namun, ada impak juga komen yang banyak dalam blog ....
PadamOk. So, jgn putus asa. Thanks bro
BalasPadamBlog saya pun kurang komen jugak ho ho
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian yang sangat berguna!
BalasPadambetul tu. Blog huda pun ambil masa juga nak tunggu seseorang blogger comment dekat sesuatu entry.
BalasPadambner sekali komentar blog sangat penting, selain untuk kritis dan sara. juga dapat meningkatkan trafik pengunjung
BalasPadammakasih artikelnya sangat membantu
BalasPadammakasih artikelnya bagus sekali
BalasPadamWow, awesome blog layout! How long have you been blogging for?
BalasPadamyou make blogging look easy. The overall look of your site is great, as well as the content!
Betul tu HH. Saya pernah jumpa beberapa blog yang bagus kontennya tapi bila nak komen ya Tuhan susahnya. Last-last nampak butang pangkah terus keluar blog sebab tak tahu macam mana nak contact blogger tersebut.
BalasPadamKepada Blogger baru, anda wajib follow saudara HH, kerana semua entri-nya bagus untuk ilmu dan pemahaman pasal dunia blogging.
lagi terbaik adalah gunakan platform komen yang senang SEO nak datang hehe
BalasPadamUlasan baru tidak dibenarkan.