Klik Sini Untuk Tempahan
Blog tiada pengunjung tinggalkan komen, adakah ia blog yang kurang bagus? - Antara persoalan ramai blogger baru, malah blogger yang dah lama berada di dunia blog Malaysia. Adakah komen di blog atau entri menjadi penanda aras untuk kebagusan setiap blog itu? In Sha Allah, bersama saya untuk kupas dan cuba kita komen-komen mengenai perkara ini.

Sebelum ini, saya pernah berikan satu tips yang boleh dianggap berkesan jugaklah .. iaitu cara meledakkan komen di dalam entri lama. Teknik ini berjaya andai dilakukan secara istiqamah. Blog ini misalnya, walaupun entri tersebut telah diterbitkan lebih setahun dahulu, masih ada pengunjung yang tinggalkan komen. Ada sahaja komen baru ditinggalkan walaupun komen terakhir dari pengunjung ke entri tersebut dah bertahun tulis.

Adakah Blog Tiada Komen Tak Bagus?

Blog Tiada Komen Tak Bagus?
Adakah blog tiada komen tidak bagus?

Ok, sebelum nak beri kesimpulan, kena tengok samada blog mesra pengunjung pemberi komen. Jika ruangan komen susah nak beri ruang untuk komen ditinggalkan, tentu sahajalah entri tersebut sukar nak dapat komen.

Semak Ruangan Komen Blog Anda

Semak bagaimana blog anda tanggani ruangan komen.
  • Adakah kotak komen ada caption verification?
  • Adakah kotak komen hanya untuk registered user?
  • Adakah kotak komen anda komplikated atau rumit?
Jika mahu entri dikomen .... maka mudahkan ia. Ini merupakan tips paling simple. Baik blogger baru mahupun lama boleh buat.

Satu lagi tips saya mahu kongsi bagaimana nak meledakkan komen di entri blog ialah dengan memasang sistem komen Disqus. Cara ini merupakan teknik yang saya gunakan sedikit masa dahulu, dan nyata terdapat engagement yang nyata, ada sahaja komen ditinggalkan di entri blog.

Selepas mendapat beberapa kunjungan dan komen yang bagus, saya terpaksa buang sistem ini memandangkan ia tidak compatible dengan template baru blog ini. Namun, ia tidak jejaskan jumlah komen yang ditinggalkan kerana engagement terdahulu semasa menggunakan sistem komen Disqus ini telahpun dibuat. Jadi pengunjung blog dah mesra dengan saya ...:)

Guna Sistem Komen Luar

Jika anda tidak mahu menggunakan sistem Disqus, ada satu sistem komen yang boleh anda cuba dalam blogspot anda, iaitu menggunakan sistem komen Google+ ... saya ada berikan panduan untuk pasang sistem komen ini di blog - Cara Pasang Sistem Komen Google+

Dah abis saya celoteh, kesimpulannya ialah ... blog tiada komen bukan bermakna blog itu tidak bagus, cuma adakala sistem komen itu yang buatkan blog dan entri kita sukar nak dapat komen dari pengunjung blog. Perbaiki kelemahan itu dahulu, dan kemudian boleh guna tips berikut - Tips Entri Dikomen Pengunjung Blog
Blog Tiada Komen Tak Bagus?
Baca juga mengenai sebab blog tiada komen di sini - 15 Sebab Blog Kurang Komen

Mudah-mudahan rakan blogger yang rasakan blognya tidak cukup bagus dan tiada komen .. dapat manfaat apa yang dikongsikan ini. In Sha Allah.


p.s: Blog ini sendiri ambil masa untuk pengunjung tinggalkan komen ... jadi, jangan cepat putus asa andai entri kosong tanpa komen



57 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Yana Aina .. sama-sama, moga bermanfaat buat blogger baru

      Delete
  2. pada saya, nak orang komen blog kita, kita kena lah komen blog orang terlebih dahulu. ni petua red mommy, nak orang datang rumah kita, kita kenalah ke rumah orang tu dulu ^_^

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum hh...info yg bagus menarik...;)

    ReplyDelete
  4. xsemestinya xd komen brmksd blog tu xbgus sbb blog sy wlupn xbyk komen tp lps post je byk silent reader yg muncul. silent reader is better. wlupn entri thn lps sy post, byk yg tnye dlm inbox fb sy, dyorg xsll komen dalam blog :)

    ReplyDelete
  5. Banyak nak kena belajar lagi ni. Thanks for the tips bro HH.

    ReplyDelete
  6. Blogging ni two-way communication. Bila ada ruang komen, pengunjung rasa tertarik untuk berikan feedback. Meriah sikit blogging bila ada banyak komen-komen ni kan.

    ReplyDelete
  7. best kan bila ada org sudi komen entry kita,
    bru tmbh smgt nak blogging. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu .. in Sha Allah, saya akan lebih blogwalking untuk komen blog orang lain.

      Delete
  8. :)

    terima kasih bro HH

    http://pemudattbc.blogspot.com/2014/04/syria-kucing-menjadi-mangsa-kekejaman.html

    ReplyDelete
  9. Blog tanpa komen bukan xbagus cuma tak kelihatan bagus. Tiada interaksi bermakna tiada maklum balas terhadap entri...dan blog terasa sunyi dan sepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Krik krikkk krikkk .. ada dgr bunyik cengkerik je

      Delete
  10. bile ade komen, meriah sikit tp tertakluk pada niat.. takde yang komen tak bererti tak dapat buat duit.. yg penting usaha dan strategi..

    BRO LEH BACA SINI dan SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat duit? Uiskk bila lak aku cakap pasal nak buat duit dengan komen ni Paly? Amboi mentang2 dah masyuk skang .. hehehe

      Delete
  11. sy paling anti yg ada caption verification tu

    ReplyDelete
  12. kadang-kadang terfikir jugak... penting sangat ke komen tu... kalau dah orang tak nak komen tak kan nak paksa kot... ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ada signifikasi daripada segi SEO blog. Cara inilah yang buat entri blog ini berjaya menang beberapa kontest SEO .. :)

      Delete
  13. Betul lah.. kadang2 pernah gak bila kita search, perkataan tu sebenarnya kat dlm komen, bukan kt dlm entry.

    ReplyDelete
  14. saya selalu komen sekiranya ada pandangan yang boleh saya kongsikan.... tapi tak semestinya tiada komen bermakna blog tu tak bagus... yg plg penting kotak komen mestilah mesra pengguna.... :)

    ReplyDelete
  15. Betullah tuan.
    Masalah pada kotak komen blog saya sekarang ialah ada format reply.Tapi saya tidak dapat membuat reply terhadap komen yg dtg dari pembaca blog saya.Bolehkah tuan membantu untuk menyelesaikan masalah ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca entri saya yang ini - http://www.hasrulhassan.com/2013/07/cara-bolehkan-reply-pada-sistem-komen.html

      Moga dapat bantu selesaikan masalah. Terima kasih.

      Delete
  16. suka comment blog yang setting friendly comment box.. kalau yang kene buat verification tu payah la.. kadang-kadang tersilap kene buat berkali-kali.. bila dah fed up terus pangkah..huhu

    ReplyDelete
  17. biasalahlah lama2 nanti adalah org tinggalkan komen..

    ReplyDelete
  18. Nak belajar up diri sendiri dulu..
    Nanti InsyaAllah ada lah balasan baiknya..:)
    Thanks HH

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum... bro HH,

    Komen mengomen nie bagus dapat mengeratkan ukhuwah sesama blogger, yg penting pastikan user friendly utk di komen...

    mselim3

    ReplyDelete
  20. Blog saya mmg dah hilang komen sbb saya pun dah lari dari nk komen kt blog kwn2. Entri pun dah xterbit. Dalam hati nk jugak kuatkan diri utk berada bersama2 yg lain, insyaAllah akan ubah diri.
    Terima kasih tuan HH,

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) satu nasihat untuk diri saya juga ni ..

      Delete
  21. kekeadang nak komen tapi habis baca je terus takde idea nak komen

    ReplyDelete
  22. Saya pernah ada masalah kotak komen tak keluar suatu ketika tu, tapi alhamdulillah sekarang masalah tu dah selesai

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah.. blog saya baru 3 bulan wujud.. tapi ramai gak rakan blogger sudi komen.. Khai setuju dengan pendapat Umi Nazrah.. bak lagu scorpions - "what you give you get back".. :)

    ReplyDelete
  24. terima kasih HH... sudi memberi tunjuk ajar...
    mlm ni saya dah boleh baca comment...

    ReplyDelete
  25. lega rasanya bila baca entri ni... tak lah rasa rendah diri sangat sebab komen sikit saja kat blog... tapi tetap rasa blog tak berapa bagus sebab rasa entri yang tak berapa bagus atau sesuai dengan pengunjung... kalau entri bagus mesti orang komen kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri dikomen kerana telah dirangsang ... :)

      Delete
  26. kalau sy tak g komen blog org..org tak komen blog saya..

    haha..

    betul tak?

    ReplyDelete
  27. saya suka komen kat blog yang balas komen balik.....so ianya ada jadi 2 way communicatie berbanding 1 way...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkkk ... hehehe... saya jarang komen benda sesuatu yang saya sukar nak komen. :)

      Delete
  28. Selain tak bagus, blog tampak monoton bila tiada berhias oleh komen of reader...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ... nampak seperti kosong sahaja ... tak ada interaksi begitu.

      Delete
  29. Salam ziarah ....blogwalking kurang terutama blog yg tidak popular seperti blog saya menjadi punca blog kurang komen dan tak bagus untuk jangka panjang

    ReplyDelete
  30. Blog jarang komen mungkin isi kandungan kurang bersesuaian dengan pembaca bukan blogger. kalau isi kandungan berkaitan panduan dan tip pasti ramai yang komen.

    ReplyDelete
  31. Tulis blog untuk dapat komen semata-mata tidak penting.

    Tetapi komen pembaca membantu kita memperbaiki diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Namun, ada impak juga komen yang banyak dalam blog ....

      Delete
  32. Ok. So, jgn putus asa. Thanks bro

    ReplyDelete
  33. Blog saya pun kurang komen jugak ho ho

    ReplyDelete
  34. Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna!

    ReplyDelete
  35. betul tu. Blog huda pun ambil masa juga nak tunggu seseorang blogger comment dekat sesuatu entry.

    ReplyDelete
  36. bner sekali komentar blog sangat penting, selain untuk kritis dan sara. juga dapat meningkatkan trafik pengunjung

    ReplyDelete
  37. makasih artikelnya bagus sekali

    ReplyDelete
  38. Wow, awesome blog layout! How long have you been blogging for?
    you make blogging look easy. The overall look of your site is great, as well as the content!

    ReplyDelete
  39. Betul tu HH. Saya pernah jumpa beberapa blog yang bagus kontennya tapi bila nak komen ya Tuhan susahnya. Last-last nampak butang pangkah terus keluar blog sebab tak tahu macam mana nak contact blogger tersebut.

    Kepada Blogger baru, anda wajib follow saudara HH, kerana semua entri-nya bagus untuk ilmu dan pemahaman pasal dunia blogging.

    ReplyDelete
  40. lagi terbaik adalah gunakan platform komen yang senang SEO nak datang hehe

    ReplyDelete

Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement