Tips dapatkan tender atau sebutharga kerajaan dengan mudah. Siapa sini berminat mahu dapatkan tender dan menang sebutharga daripada projek-projek kerajaan? Jika anda berminat, anda boleh baca entri saya ini dari mula sampai habis mengenai cara-cara dan tips dapatkan tender dan menang sebutharga kerajaan yang dipetik dari Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan.

Nak menang tender kerajaan! Ok, sebelum itu saya ingin mengingatkan anda bahawa saya bukan pakar dalam hal ini, tetapi saya ingin berkongsi rahsia yang telah saya dapat menerusi panduan ini - http://is.gd/menangtender. Mengapa saya ingin berkongsi tips dan rahsia ini, walhal boleh digunakan oleh saya untuk menang tender serta sebutharga kerajaan? Sebabnya ialah ......saya tidak layak. Mengapa? Baca seterusnya entri ini.
Rahsia Menang Perolehan Kerajaan Malaysia

Tips Dapatkan Tender Sebutharga Kerajaan

Kelayakan Memasuki Tender dan Sebutharga Kerajaan

Syarikat anda layak untuk menyertainya jika memenuhi syarat-syarat yang saya nyatakan di bawah ini:

Sebutharga Kerja

  • Untuk sebutharga kerja bagi kerja sehingga RM200,000 - Kontraktor/syarikat mestilah yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang bertaraf Bumiputera dengan kelas F di bawah kepala /sub kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). 
  • Bagi kerja melebihi RM200,000 hingga RM500,000 - Kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan PKK dengan kelas E di bawah kepala/sub kepala yang berkaitan dan CIDB. 

 Sebutharga Bekalan

  • Untuk menyertai sebutharga bekalan/perkhidmatan pembekal - Syarikat terbabit mestilah yang bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan bagi sebut harga melebihi RM50,000 hingga RM100,000. 
  • Pembekal/Syarikat (Bumiputera/Bukan Bumiputera) mestilah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan bagi sebut harga melebihi RM100,000 hingga RM500,000.
Haa ..nampak tak? Mana nak layak, saya sendiripun tiada syarikat dengan modal sebegitu. Namun, kalau anda memiliki keupayaan di atas, anda boleh cuba dapatkan tender dan sebutharga projek kerajaan.

Tips Ringkas Menang Tender dan Sebutharga Kerajaan

Saya nak kongsi sedikit daripada apa yang telah saya peroleh dari Cara Menang Tender Kerajaan iaitu tips ringkas menang tender dan sebutharga kerajaan ini.

Perkara pertama ialah anda tidak boleh meletakkan harga tender di bawah RM500,000. Ia dianggap tender di bawah nilai yang seharusnya tidak dilakukan.

Perkara kedua ialah mengenai jenis tender kerajaan yang ada. Tender kerajaan ada empat kategori iaitu Tender Terbuka, Tender Terhad, Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender Rundingan Terus. Keempat jenis kategori tender ini merupakan lubuk duit dari perolehan kerajaan. Setiap satu ada teknik dan cara untuk anda menang dan berjaya dalam tender tersebut.

Jadi, jika mahu tahu lebih dan dapatkan segala info dan maklumat terbabit, dapatkan sekarang - Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan

Serius. Ia satu panduan yang lengkap dari A sampai Z. Iaitu daripada anda tak tahu cara nak buat sebutharga sehinggalah anda berjaya mendapatkan kontrak kerajaan. Kalau serius nak buat duit dengan Bajet2014, maka panduan ini harus dan perlu anda miliki.



9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. buku ini ada d jual x?kalo ada jual bkenan nak beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli menerusi pautan yang disediakan. Ia bukan dalam bentuk fizikal, tetapi dalam bentuk ebook, jika fizikal, harga takkan dapat semurah yang diberikan. Harap maklum.

      Padam
  2. salam, macam mana nak beli ebook tu ye? link yang saya click tu dah tak validlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ebook tersebut dah dihentikan jualannya. Harap maklum. Maaf atas kesulitan.

      Padam
  3. Knape benti ...bnyak sampah ke mcner

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement