Sebelum ini negara dilanda dengan cuaca sejuk, sehingga keluarnya khabar angin turunnya salji di sesetengah tempat. Terkini, di waktu entri ini ditulis, Malaysia dilanda musim panas ditambah pula dengan terjejasnya kualiti udara. Ada sesetengah tempat telah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 iaitu tidak sihat. Anda semua boleh menyemak bacaan IPU di tempat masing-masing menerusi Online Air Pollutant Index, menerusi Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Semakan boleh dilakukan di sini - APIMS
APIMS - Cara semakan online Indeks Pencemaran Udara di Malaysia

Semakan Online Air Pollutant Index (IPU) Malaysia

Semakan Air Pollutant Index atau Indeks Pencemaran Udara yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar adalah dalam julat  masa setiap 5 jam, dengan satu jam diperuntukkan untuk pengemaskinian data di laman web online tersebut. Butiran setiap satu jam cerapan juga disediakan dalam julat masa tersebut.
Sistem APIMS Jabatan Alam Sekitar

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Singkatan Pencemara Udara dalam IPU

  • Habuk Halus (PM10)
  • Ozon (O3)
  • Sulfur Dioksida (SO2)
  • Karbon Monoksida (CO)
  • Nitrogen Dioksida (NO2)
Terdapat 5 warna klasifikasi bahaya dalam semakan IPU online terkini ini, iaitu biru, hijau, kuning, oren dan merah.

Klasifikasi Warna dan Bahaya IPU

  1. Warna biru - Baik dengan julat Air Pollutant Index antara 1-50 IPU
  2. Warna hijau - Sederhana dengan julat Air Pollutant Index antara 51-100 IPU
  3. Warna kuning - Tidak Sihat dengan julat Air Pollutant Index antara 100-200 IPU
  4. Warna oren - Sangat Tidak Sihat dengan julat Air Pollutant Index antara 200-300 IPU
  5. Warna merah - Merbahaya dengan julat Air Pollutant Index melebihi 300 IPU
Apabila anda mendapati bahawa tempat anda mencatatkan IPU warna kuning, jadi seharusnya anda mengambil langkah pencegahan agar kesihatan anda tidak terganggu dengan keadaan ini.

Untuk itu, anda dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar rumah, memakai penutup hidung/mulut (mask), tidak melakukan pembakaran terbuka, banyakkan minum air dan mengambil banyak buah-buahan serta sayuran.

Sekali lagi, anda boleh menyemak Online Air Pollutant Index di laman APIMS oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.



3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Cuaca xmntu skang ni.. hope pduduk d kawasan tlibat bykkn bsabar.. kesihatan kena jga sebaik nya. Kepanasan mlampau boleh myebbkn strok haba. Pntg ntuk kita minum air scukup ny..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Zara, kena banyak minum air ... saya dan famili ... bila skip je bab minum air ni ...mesti batuk esoknya .. adehhh

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement