Saya dedahkan rahsia ini supaya anda boleh mencuba untuk berjaya seperti saya. Apa yang anda dapat bila entri di blog anda mendapat ribuan Likes ini sampai 47 ribu seperti yang saya dapat?
Apabila entri blog mendapat ribuan Likes, ia akan mencurahkan ribuan trafik ke blog anda. Bukan sehari, bukan dua hari .. bukan seminggu, tetapi selagi informasi itu penting buat kebanyakan orang., maka selagi itulah ia akan memberikan trafik ke blog. Inilah yang telah saya ceritakan kepada anda di dalam entri lepas - Tips Tulis Entri Ribuan Facebook Likes. Jika anda belum baca, anda harus baca!
Dah tulis entri, tetapi masih gagal dapat Likes yang banyak? Kerana itu, saya tulis entri ini untuk anda. Anda akan ketahui rahsia saya bagaimana entri blog boleh terima 47 ribu Likes!
Rahsia Entri Blog Terima 47 Ribu Facebook Likes

Rahsia Pertama
Peka mengenai permintaan maklumat yang orang cari. Anda perlu peka apa yang orang ramai ingin tahu. Kepekaan ini mestilah berlaku sebelum sesuatu itu berlaku. Faham tak? Katakan anda jangka orang ramai ingin tahu mengenai BR1M, maka anda perlu peka segala aspek yang berkaitan mengenai BR1M tersebut. Anda boleh buat sehingga 3-4 entri hanya mengenai BR1M sahaja. Anda boleh buat entri mengenai cara kemaskini maklumat BR1M, tarikh terima BR1M, cara semak duit BR1M dan banyak lagi mengenai BR1M.
Rahsia Kedua
Entri lengkap. Anda perlu tulis entri yang melengkapkan apa yang ingin disampaikan dan apa yang orang cari. Jika informasi itu cukup lengkap yang membolehkan si pembaca rasa dibantu, maka dengan sendirinya ia akan Likes entri tersebut. Pastikan juga anda update atau kemaskini entri informasi tersebut supaya kredibiliti dan kualitinya dipertingkatkan. Perlu rajin untuk mencari maklumat untuk memberikan maklumat. Jangan lokek untuk memberikan sesuatu yang baharu walaupun ia entri yang lama.
Rahsia Ketiga
Anda sendiri perlu Likes dan kongsikan entri tersebut kepada golongan sasaran. Untuk itu, anda perlu semak di laman-laman sosial terutama Facebook untuk mencari golongan sasaran ini. Sebagai contoh, tadi saya katakan mengenai entri BR1M. Kongsikan entri anda seperti di laman Facebook di bawah ini.

Ada lebih 48 ribu yang Likes laman Facebook BR1M 3.0 ini. Dengan sedikit perkataan dan ayat umpan sebelum anda kongsikan URL entri blog anda, in Sha Allah, akan ada yang Likes perkongsian anda itu. Anda hanya perlukan hanya 100 atau 200 daripada 48k mereka yang Likes page tersebut untuk Likes entri anda!
Rahsia ketiga saya ini juga melibatkan anda kongsi entri anda ke laman-laman, group Facebook yang mempunyai lebih daripada 5 ribu ahli. Jika anda rajin, lihat siapa yang menjadi ahli group tersebut, adakah relevan dengan penerima BR1M (contohnya). Pilih group sasaran yang kebanyakkan merupakan golongan belia, golongan pencen.
Satu lagi contoh, anda kongsikan informasi mengenai Baucar Buku 1 Malaysia, maka cari group di Facebook yang banyaknya adalah pelajar IPT. Ada banyak group-group ini dalam Facebook, termasuklah Alumni. Selalunya ahli-ahli dalam Alumni itu memang sifat mahu membantu, maka dengan rela mereka akan Likes dan Share entri anda itu di group lain pula.
Rahsia ketiga ini mengkehendakkan anda rajin sikit untuk buat research. Jika research anda betul, pasti entri blog anda meletup seperti yang berlaku pada entri saya yang terima 47 ribu Likes tersebut.

Rahsia Keempat
'Paksa' mereka yang baca entri anda untuk bertindak. Bertindak apa? Untuk Likes dan Share entri anda itu. Ayat seperti, "Share dan Likes Post Ini Supaya Ramai Dapat Manfaat"; atau dengan ringkas letakkan di awal dan akhir perkongsian anda itu dengan perkataan "Share dan Like" atau "Kongsi dan Suka".
Itulah rahsia saya untuk membolehkan entri yang saya tulis berkaitan informasi mendapat ribuan Facebook Likes. Hanya mereka yang betul mahukan informasi itu akan baca dan kongsi pada yang lain.
Serius, jika kena caranya ... maka akan berlaku seperti yang telah berlaku pada saya ini:
"Bang, jiran saya siap Whatsapp entri abang berkaitan _____ pada jiran dan sanak saudaranya..." - komen salah seorang follower di Facebook.
Semoga apa yang saya kongsikan ini akan bantu anda semua untuk menghasilkan entri yang boleh menerima dan mendapat ribuan Facebook Likes tanpa memaksa sesiapa.
That why we call bro Hasrul Hassan ni otai.... tahniah bro dan terima kasih atas perkongsian ini....
BalasPadamotai - old timer ....uhh memang dah rasa tua sangat2 ....
PadamMemang mantap rahsia ini....
BalasPadamwah bagusnyaa... apa yg penting. ilmu yang bermanfaat mmg akan disebarkan :))
BalasPadamterbaiklah bro! mmg tips yg mmg cukup terbaik! thanks bro
BalasPadamMemang tips yang lengkap. Insyaallah nak tiru juga macam tu dan lihat hasilnya nanti. Terima kasih tuan!
BalasPadamThat's really you... what you say, you do, and vice versa... cool! :D
BalasPadamCool ... :) thanks .. really appreciate it.
Padammantap la abg HH ni. Thanks 4 the info.. hehehe
BalasPadamTerima kasih Zarif
Padamlegendd!!!!
BalasPadamPerghhh Tengku Syukri lagi legend .... fuh fuhh ... fuh ...
Padamberguna pd org yg baru nak berjinak2 dunia blogger. anda Mantop !!
BalasPadamayie berminat jugak dengan jana pendapatan melalui blog ni,tp tu la kan..ayie tak tau pape pun pasal tu, huhu
BalasPadamBoleh contact saya ikut FB .... leh sembang2 nanti ... in Sha Allah, saya bantu mana boleh. Tapi sebelum tu, semak-semak entri2 lama saya sejak 2011 ... banyak panduan blogger saya kongsikan ... guna fungsi CARIAN yang saya sediakan dalam blog ni ehhh
PadamOtaii bbisa ni.. ilmu dan tips tbaik d kongsikn bsama.. ^^
BalasPadamWowww!!!
BalasPadamMemang banyak nak kena belajar dan terus belajar dan belajar..
TQ sharing :D
Wahhh! Info yang sangat bermanfaat. Thank you abang. :)
BalasPadamWOOWW..memang mantap la hh...tq sharing...sangat2 membantu.
BalasPadamWah memang berguna tips ni
BalasPadambro hasrul hassan dah otai. blogger baru perlu banyak masa dan ilmu utk jd mahir. hehe
BalasPadamWOW! terima kasih atas perkongsian elmu ini. sangat bermanfaat.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ilmu yang berguna. Doakan semoga saya dapat mengikuti jejak langkah pemilik blog ini
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.