Satu berita baik untuk anak-anak gadis dan jejaka yang telah mengambil SPM pada tahun 2013. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 akan diumumkan pada 20 Mac 2014 bersamaan hari khamis. Pengumuman secara rasmi akan dilakukan di satu majlis khas di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya bermula jam 9 pagi.

Saya pasti ramai anak-anak lepasan SPM 2013 akan tertunggu dengan penuh debaran, samada berjaya atau tidak dalam peperiksaan yang antara lain menentukan hala tuju pendidikan masa depannya. Semua calon tentu sekali mengharapkan kejayaan cemerlang bagi menggembirakan guru-guru dan ibubapa.

Tarikh Keputusan SPM 2013 Diumum - 20 Mac 2014

tarikh keputusan SPM 2013 diumumkan

Keputusan SPM dan Cara Mendapatkannya

Calon-calon SPM 2013 boleh mula mendapatkan keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing. Manakala bagi calon-calon persendirian akan dimaklumkan menerusi pos, atau boleh terus ke pejabat pendidikan tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon SPM 2013 juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau mySMS yang telah disediakan. Walaubagaimanapun, semakan menerusi SMS hanya boleh dilakukan selepas jam 10 pagi 20 Mac 2014. Semakan juga hanya terhad untuk satu tempoh tertentu iaitu sebelum 11:59 malam 26 Mac 2014.

Untuk membuat semakan menerusi mySMS, sila taip SPM[No Angka Giliran] dan hantar ke 15888.

Buat mereka yang bakal berjaya kelak, saya ucapkan tahniah.

Sumber: Laman MOE


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah nebes adik2 kita nak tunggu result kuar

    BalasPadam
  2. cikgu2 Sejarah pasti lebih berdebar. SPM 2013 tahun pertama subjek Sejarah wajib lulus SPM..

    BalasPadam
  3. Semoga berjaya pada adik-adik kita semua. Harap-harap mereka akan mendapat tempat di IPT seperti yang mereka nak.

    BalasPadam
  4. Semoga adik2 dapat SPM dpt keputusan yg terbaik.. insyallah =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement