#MH370 - Boleh saya katakan satu dunia sedang sedih dengan kehilangan pesawat MAS Boeing 777-200 ini. Bukan sedikit yang perlu dirisaukan, ada lebih 200 nyawa yang tidak ketahuan akan penghujungnya. MH370 mengundang banyak mata melihat Malaysia. Maka, setiap apa yang rakyat Malaysia lakukan berkaitan dengan kehilangan MH370 ini tentunya bakal menjadi perhatian.

Dalam usaha mencari dan menyelamat MH370, ada pihak yang cuba ambil kesempatan. Ada juga yang tanpa rasa hati gundah, melawak dan berjenaka mengenai isu ini. Sayang sekali, mereka tidak arif akan soal hati dan perasaan sanak saudara sahabat handai rakan taulan kepada mangsa yang terbabit.

Umat Islam Perlu Elak Syirik Kerana MH370


Terbaharu, dikejutkan pula dengan pencarian pesawat MAS ini melibatkan golongan spiritual. Mungkin agak terdesak, ada pihak yang mengundang mereka ini untuk sama membantu. Tapi sayang, apa yang mereka lakukan bertentangan secara terang-terangan dengan budaya jitu serta agama. Apatah lagi Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah negara Islam. Dan Islam menolak sama sekali tilikan dan upacara yang menyesatkan seperti yang telah berlaku baru-baru ini.

Negara Islam lainnya memandang tinggi kejayaan dan keupayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Dek disebabkan satu persembahan ibarat Laksamana Do Re Me, Malaysia bagai ditertawakan ... bukan setakat oleh dunia luar, tetapi juga oleh rakyat Malaysia sendiri. Ada yang tertanya-tanya; adakah Islam membolehkan upacara tersebut dilakukan secara terbuka, apatah lagi di hadapan puluhan media asing dan tempatan?

Adalah tidak patut dalam mencari penyelesaian, ada pihak yang mengundang sesuatu yang akan mencemarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam terbaik di mata dunia lain. Sayang sekali, ada akal pendek yang mahukan perhatian dan kononnya cuba membantu, melaksanakannya dengan perkara yang boleh mendatangkan syirik bagi seorang yang beragama Islam.

Adakah rakyat Malaysia beragama Islam masih lagi mempercayai akan tilikan dan perkara-perkara yang menyekutukan Allah S.W.T? Adakah perlakuan yang jelas syirik itu dibolehkan secara terang-terangan oleh pemimpin berkaliber kita? Adakah kita boleh mempercayai perlakuan serba tahyul yang dilakukan di dalam upacara tersebut?
Raja Bomoh MH370

Untuk lebih jelas mengenai elak syirik kerana MH370 ini, saya selitkan kenyataan penuh daripada pihak Jakim untuk tatapan dan bacaan anda.

Kenyataan Rasmi JAKIM Berkaitan Perbomohan MH370


Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.

Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt.

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.

Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak.

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH SWT adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA

‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA

Buat mereka yang mungkin taksub dengan kaedah ini, jangan terkeliru antara perkara yang betul dengan yang salah. Pastikan mereka yang mungkin ada kelebihan spiritual yang dikurniakan oleh Allah S.W.T adalah mereka yang tidak menyimpang dari amalan bertepatan dengan syarak.

Apa yang perlu jika mahu menggunakan kekuatan spiritual dalam pencarian MH370 ini, banyakkanlah berdoa .... kerana ia sudah nyata merupakan senjata paling kuat umat Islam. #DoakanMH370.

Sehari ada 100 orang berdoa. Dan sehari ada 5 kali doa diberikan. 500 doa yang tulus ikhlas.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dari hari pertama yang bawa bubu dan teropong tu kami dah bincang sesama rakan...kenapa tidak dihalang perbuatan diorang tu...malahan seolah-olah disokong apabila disiarkan dalam media...

    BalasPadam
  2. kui kui kui. adegan filem laksamana do re mi berulang kembali..

    BalasPadam
  3. Sudah la..sluruh dunia menyaksikn hangpa..tk malu ka? klau hangpa bertiga ja malu tkpa..ni 1 malaysia..pikiaq la skit ooii..malu la..solat hjt..doa..lg baguih..

    BalasPadam
  4. Astaghfirullahalazim... malang sungguh... Takut juga ada nanti orang luar (negara lain) anggap ini salah satu budaya di Malaysia... Allahuakbar...

    BalasPadam
  5. Xtau nak kataa cmana isu ni.. kalo btol pun dia nk brubat cara diam. Xperlu laa tunjuk kat wartawan bagai kalo niat btol2 nk bantu.. satu dunia nmpk tu.. mlalui tweet dr mantan perdana menteri kita Tun M taip : stop embrassing our country .. nmpk sgt kkesan yg thasil dr drama bomoh vip ni.. ~.~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement