Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah siap. Dan telah pun diberikan nama baru iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Ia dibuka untuk kegunaan awam pada 2 Mac 2014 dengan perasmiannya pada 1 Mac 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia. Peta Jambatan Kedua Pulau Pinang (Penang Second Bridge) telah pun berada di Google Maps.

Patutlah hari tu saya nampak kereta Google Maps sering berlegar di kawasan saya ini. Mungkin nak dapatkan perincian Street Views kawasan berhampiran dengan Jambatan Kedua Penang ini. Ia akan menjadi satu sejarah Malaysia, jadi Google perlu pantas meletakkan ia di dalam informasi maklumat dunia maya.
Kereta Google Maps tu memang canggih. Anak-anak saya pun kagum tengok kenderaan yang ada parabola atas bumbungnya. Parabola itu dilengkapi dengan kamera 3D dan kamera 360 darjah. Sekali tengok macam kereta Power Rangers la pulak ... hahahaha .. ada gambar saya selitkan untuk anda tengok rupa kereta Google Maps yang saya katakan tu.

Ok, berbalik dengan peta Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Peta dan Foto Jambatan Kedua Pulau Pinang


Kenderaan dan Peralatan Google Maps Street Views Malaysia - Kredit: Lowyat.net

Kat bawah adalah peta Jambatan Kedua Pulau Pinang yang boleh anda lihat di Google Maps. Dan gambar di atas adalah kereta Google Maps yang saya maksudkan itu.

Dilihat dari peta jambatan baru Pulau Pinang ini ... ia nampak panjang kan? 2 kali lebih panjang daripada Jambatan Pulau Pinang sedia ada. Dan menariknya, lokasinya sangat dekat dengan tempat saya ... jadi perjalanan nanti, in Sha Allah dari tempat saya ke Pulau Pinang akan semakin dekat.

Informasi Jambatan Kedua Pulau Pinang

Saya juga kongsikan sedikit info mengenai Jambatan Kedua Pulau Pinang (Penang Second Bridge) yang saya ambil daripada JKR (Jabatan Kerja Raya) Malaysia.
Peta Jambatan Kedua Pulau Pinang
Informasi Jambatan Kedua Pulau Pinang
Menurut laporan akhbar, Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka akan dibuka untuk laluan awam bermula dari 2 Mac 2014 dengan perasmian dijangka pada 1 Mac 2014 (tak pasti). Tol akan dikenakan antara RM7-RM10 .... belum dimuktamadkan lagi. Ramai yang rasa ia akan ditetapkan sekitar RM8.50.

Kos pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM4.5 billion. Pembinaannya bermula pada November 2008 dengan jangkaan awal siap pada Mei 2011. Setelah beberapa kali tertunda dan hadapi kekangan, alhamdulillah, ia siap pada bulan Februari 2014.

Di sebalik pembukaan rasmi dijangka pada 1 Mac 2014 ini, Jambatan Kedua Pulau Pinang ini telah pun 'makan nyawa' apabila terjadi satu tragedi runtuhan pembinaan yang berlaku di susur keluar Batu Maung pada tahun 2013. Runtuhan dan kemalangan itu telah meragut satu nyawa pengguna jalanraya.

Secara peribadi, saya memang excited nak menjadi pengguna Jambatan Kedua Penang ini .... ramai kata ia sangat cantik di waktu malam.....

Sebagai teaser untuk anda, saya kongsikan gambar waktu malam Jambatan Kedua Pulau Pinang ini .... amacam? Apa pendapat anda?

Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang

Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang waktu malam
Update: Jambatan Kedua Pulau Pinang telah diberikan nama baru iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement