Memang bertuah dan beruntung lepasan SPM dan STPM sekarang ni, dengan beberapa klik sahaja, sudah boleh memohon ke program-program masuk universiti yang ada. Ini termasuklah program Pra Universiti KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) Majlis Sukan Malaysia.
Permohonan Online Program Pra Universiti KPM-MSN 2014/2015

Tapi sebelum itu, untuk anda yang mungkin mahu membuat permohonan online ini, perlu ambil perhatian mengenai beberapa perkara berikut:
- Calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 April 2014. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
- Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda tanpa had sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil sekali sahaja walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.
Alamat Hantar Borang Permohonan Dicetak
Borang tersebut perlu dicetak dan dokumen berkaitan yang diperlukan mestilah disahkan, sebelum dihantar menerusi pos atau datang sendiri ke pejabat di alamat berikut:Pengarah,
Bahagian Sukan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1 & 7, Blok E13,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)
Pertanyaan:
Cik Nurhasni Mohd Noor - 8884 1172 (emel: hasni.noor@moe.gov.my)
Encik Mohamad Nizam Ismail - 8884 1175 (emel: mohamad.nizam@moe.gov.my)
Pastikan semua syarat-syarat telah dipenuhi sebelum anda memohon. Elakkan pembaziran masa dan wang hanya kerana memilih sesuatu yang dengan mudah akan ditolak. Saya sertakan bersama beberapa syarat am yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum mengisi borang permohonan program pra universiti ini.
Syarat Permohonan Program Pra Universiti KPM-MSN 2014/2015
- Mewakili negara/ berpotensi mewakili negara.
- Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
- Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan.
- Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih jika diperlukan.
Untuk semakan bagi mereka yang telah membuat permohonan, anda boleh lakukan di pautan ini - http://apps.moe.gov.my/prau/semak.cfm
Dunia smkn canggih.
BalasPadamSemua jadi mudah .. dan buatkan manusia jadi makin malas dan kurang nak usaha ... ye tak?
PadamGood luck untuk adik-adik semua..sekarang ni semuanya dihujung jari..so tak ada alasan..
BalasPadamPermohonan dah boleh buat sekarang ni.
BalasPadamBetul, sebelum 9 April ... :) jangan tunggu saat akhir. Ada peluang terbuka, rembat je .. ye tak?
Padamdunia sekarang ni serba serbi dah canggih..
BalasPadamBetul tu...
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.