Muslim Niaga Dropship Produk Islamik

Jika mencari platform niaga produk Muslim berbentuk dropship, maka wajarlah anda pilih Muslim Niaga. Jika anda seorang yang memang mencari cara buat duit online, tentu dah tahu mengenai dropship. Ia merupakan cara anda jana pendapatan sendiri menerusi penjualan produk fizikal orang lain. Ok, saya tak nak cerita mengenai dropship, mungkin lain kali saya terangkan, tetapi saya mahu highlight mengenai Muslim Niaga.
Muslim Niaga berniaga di Pasar Khadijah, Kelantan
Muslim Niaga - Pasar Khadijah oleh Ghani Harun
Muslim Niaga adalah sebuah portal yang menyediakan servis kepada mereka yang mahu memulakan bisnes berbentuk dropship. Ini bermakna, anda pilih produk, anda tetapkan harga (atau guna harga jualan yang disediakan), promosikan produk, pembeli beli produk, beza harga jualan dengan harga anda dapat/beli menerusi Muslim Niaga adalah keuntungan anda. Dan proses hantar barang atau produk dilakukan oleh Muslim Niaga.

Dengan kata lain, anda jadi agen pemasaran kepada produk-produk yang dijual menerusi portal niaga untuk muslim. Faham kan?

Muslim Niaga Dropship Produk Islamik Online

Muslim Niaga

Laman web Muslim Niaga bukan satu laman web dropship biasa. Apa yang saya nampak ialah ia turut memberikan atau menyediakan satu laman web niaga sendiri untuk mereka yang mendaftar. Ia ibarat sebuah kedai online dengan dilengkapi pelbagai sumber sokongan, ada borang tempahan dan ada sistem bayaran. Cuba lihat apa yang pihak mereka sediakan di Muslim Niaga.
Muslim Niaga - Jenis Perkhidmatan

Contoh Kedai Online Peniaga Dropship Muslim Niaga

Choppp ... nak lebih jelas, saya kemukakan salah satu contoh kedai online menerusi Muslim Niaga yang dimaksudkan itu. Contoh seperti di bawah ini:
Contoh Kedai Online oleh Muslim Niaga
Bukan setakat kedai online yang dibuat khas untuk anda, tetapi saya difahamkan mereka turut sediakan servis lain seperti Rekabentuk (Design), Kursus Latihan Online (Training Online), Pembekal, Seminar Mentor Dropship, Latihan (Train) Usahawan dan Trading.

Muslim Niaga pernah ditampilkan dalam Astro Awani dalam rancangan Bisnes Alternatif.

Dropship Produk Islamik

Apakah produk Islamik yang diniagakan dalam Muslim Niaga? Ini satu persoalan yang saya sendiri tak dapat nak jawab. Mungkin dengan catatan ringkas saya ini, pihak berkenaan boleh lakukan sesuatu supaya Muslim Niaga benar-benar dapat memberikan kelebihan terbaik untuk mereka yang mahu bisnes online menggunakan konsep dropship.

Harap adalah sedikit butiran mengenai produk dropship yang dijual.

Kemudian, bukan semua orang faham mengenai apa itu dropship. Sebagai sebuah laman web yang sediakan servis berkaitan dropship, perlu tampilkan penerangan dropship di awal paparan. Bila mereka yang berminat telah faham, barulah berikan butiran mengenai servis-servis yang ada kaitan dengan dropship.

Perletakkan Video Muslim Niaga

Terkejut saya bila buka-buka terus bergema suara video yang diselitkan. Harap dapat dilakukan sesuatu pada video itu supaya tidak ganggu pengunjung pertama kali yang mahu ketahui menerusi pembacaan di Muslim Niaga.

Oklah, cukup rasanya saya dok komen pasal laman web Muslim Niaga ini. Jika anda punyai minat mahu menjana income sampingan menerusi dropship, maka maklumat di bawah ini mungkin boleh membantu anda.
Contest SEO Muslim Niaga


Muslim Niaga
No.32-3B
Sunwaymas Commercial Center
Jln PJU 1/3B
47301, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
No Tel: 011-14260161

Facebook: https://www.facebook.com/muslimniaga
Twitter: mndropship

Contest SEO Muslim Niaga ini di anjurkan oleh Farid Laham dan ditaja oleh Muslim Niaga Sumai Hotel Apartment Projek Iqra Farisya Anastasyia Akma Omar Nannie Isa Azhafizah Md Nor Nadia Shaira Shaf’ii Nabila Biela


  • Borong

Post a Comment

47 Comments

  1. dgn adanya diorang ni, dapat la sesetgh orang kita faham ape itu dropship

    Contest SEO Muslim Niaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tau takpe bro. semangat yang macam ini kita mahu. hehe

      Delete
    2. Saya dah baca ulasan pasal menang contest sticker kereta tu .. menarik ... telan gak la beberapa ilmu

      Delete
  2. ribuan terima kasih kerana menyertai contest seo muslim niaga :)

    ReplyDelete
  3. good luck, muslim niaga good bisnes

    http://www.iuzira.com/2014/02/muslim-niaga-dropship-terbaik.html

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ok SOP .. nampak gayanya makin ramai la nanti mengular dengan keyword Muslim Niaga ni .. :)

      Delete
  5. Goodluck... Solehah pun join juga...

    http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2014/02/muslim-niaga.html

    ReplyDelete
  6. Review yang baik. Semoga berjaya...!

    ReplyDelete
  7. Otai dah masuk jugak...good luck

    ReplyDelete
  8. semga berjaya bro. blog berautoriti tinggi ni, hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishh .. tak abih2 dgn autoriti tinggi .. :P tak ada maknanya ...

      Delete
  9. Semoga berjaya bro Hasrul, review yang hebat :)

    ReplyDelete
  10. dah lama intai muslim niaga ni...tp xjoin2 lagi nak jadi agen... fulus :3 hehe

    ReplyDelete
  11. aku baru siap buat entri..blom submit kepada urusetia lagi..huk

    ReplyDelete
  12. good luck bro.. mesti dpt tempat ni tengok lah rank blog tahap gaban dah ni..hehe...

    www.myinfo4u.net/muslim-niaga-dropship-sistem-terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum tentu lagi ... :) saya tak berharap sangat tapi sedang mencuba untuk menang .. seriusss... :)

      Delete
  13. Moga dengan adanya platform dropship muslim niaga ini dapat meningkatkan lagi ekonomi penduduk muslim di malaysia khususnya =)

    Jom Terjah : Muslim Niaga : Platform Dropship Produk Islamik

    ReplyDelete
  14. Semoga bertuah & berjaya HH.. :)

    ReplyDelete
  15. semoga kita sama-sama dapat memperkembangkan perniagaan muslim niaga.

    adarain.com

    ReplyDelete
  16. Good luck bro.. semoga berjaya.. masih belum ada idea lg nak tulis..

    ReplyDelete
  17. Salam... bro buat review tentang Musl Niaga... cukup menarik. Semoga ada rezeki buat tuan.

    ReplyDelete
  18. moga berjaya Tuan Hasrul dalam contest ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, terima kasih kerana berikan sokongan ...

      Delete
  19. Muslim Niaga membuka peluang perniagaan yang boleh menjana keuntungan berlipat ganda. Tak perlu pening pikir pasal stok. Juz daftar sebagai ejen n dah boleh berniaga. Terbaik la Muslim Niaga! All d bez saudara HH....

    Muslim Niaga Platform Dropship

    ReplyDelete
  20. Tahniah, review yang bagus..semoga berjaya!

    ReplyDelete
  21. review yang baik dr otai..sy baru lihat portal muslim niaga tapi belum ada niat lagi nak join.. mungkin nnt akan sertai..

    ReplyDelete
  22. Saya x dpt masuk ke portal muslim niaga. Minta pihak tuan berikan linknya. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Link seperti tertera di atas, jika tak boleh masuk, ia diluar bidang kuasa saya, sbb bukan saya pemilik Muslim Niaga.

      Anda kena hubungi syarikat tersebut - ada no telefon yang telah disediakan.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.