Tersentak kejap, apabila mengetahui ada kebakaran hutan yang besar melanda ibukota. Apatah lagi ia berhampiran dengan kediaman ketumpatan tinggi iaitu di Ampang. Kejadian kebakaran hutan ini berlaku di kawasan yang berdekatan dengan Ukay Perdana. Saya telah dapatkan beberapa gambar menunjukkan kebakaran hutan di Ukay Perdana, Ampang tersebut. Kebanyakkan gambar adalah ehsan daripada pembaca BH Online.

Kebakaran ini dikatakan berpunca daripada percikan bunga api, dan telah menyebabkan marak api seawal jam 9:20 malam. Walaubagaimanapun, dari satu laporan yang telah dikeluarkan, kebakaran telah berjaya diatasi jam lewat 12 tengah malam - sumber NST.

The fire at Taman Sering Ukay, Ukay Perdana in Ampang was sparked at 9.20pm. Witnesses claimed that it was sparked by embers from fire crackers. The fire fueled by dry leaves and branches quickly spread as strong winds fanned it, near a hilly area. Local residents tried to extinguish the fire initially but were unsuccessful.
The quick intervention by Fire and Rescue personnel prevented the fire from spreading to larger areas. Fire and Rescue Department teams with 20 personnel from the Pandan, Ampang and Wangsa Maju fire stations arrived at the scene at 9.51pm, half an hour after receiving the distress call. Firemen, with the help of local residents tackled the fire from four different areas. 

Gambar Kebakaran Hutan Ukay Perdana, Ampang pada 16 Februari 2014

Ukay Perdana terbakar
Ukay Perdana terbakar
Ukay Perdana terbakar - Informasi fakta hangat

Dalam masa sekarang ni, kebanyakkan bahagian Malaysia sedang alami kemarau. Jadi, tanah gambut jadi kering, rumput lalang jadi kering, daun-daun pokok semua kering kontang. Jadi, hati-hati dengan api bila dok main dikala gersang macam ni. Sekali terpercik.... hangus dibuatnya.

Tips untuk anda semua, jika rumah anda ada paip air diluar, sebelum keluar rumah, cuba ringankan tangan untuk jirus atau basahkan rumah anda. Maksud saya, bahagian bumbung depan ... tanah-tanah (kalau ada), bagi kawasan sekitar ada udara lembab sedikit.

Dalam suasana kering, kebakaran mudah dan cepat merebak. Jadi, kalau ada faktor kelembapan ni, bolehlah jadi penghalang sedikit.

p.s: Saya punyai kelayakkan tertentu dalam faktor keselamatan kebakaran ... :)


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. semalam pun nampak asap banyak dekat2 hiway nkve.

    BalasPadam
  2. ya Allah...takot nye...jangan la sampai merebak ke rumah-rumah..

    BalasPadam
  3. eish.. bahaya ni.. tips yg bagus.
    tp rumah saya rumah apartment pula.. sekadar siram air kt pokok dlm pasu, mmg selalu lah buat. hihihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement