Ada rakan blogger beritahu template baru blog ini - Template SEO Friendly WebMag ini laju daripada sebelumnya. Paparan dan masa loading sebuah blog boleh laju jika guna template simple. Itu adalah perkara asas. Kalau simple, mana-mana template dengan cirian demikian akan laju loading.

Template asas yang ada dalam blogspot sendiri sudah cukup laju sebenarnya. Jika anda ambil beberapa tips tambahan yang saya nak berikan ini. Tips ini adalah untuk blogger baru Malaysia yang cuba mendapatkan template blog yang cepat dipaparkan di internet.

Blog Laju Template Simple

Simple Template by blogger.com

Header Blog

Header simple menggunakan format gambar jpg, dan untuk resolusi terbaik guna dalam bentuk png. Simple di sini saiznya tak perlu besar, cukup menggambarkan blog dan isi kandungannya. Header yang saya gunakan sekarang saya reka guna photoshop dalam format png.

Jumlah Widget/Gadget

Hanya yang perlu untuk salurkan informasi yang ada dalam blog. Tak perlu nak letak widget merepek yang tiada kesan yang baik kepada blog, melainkan boleh beri impak seperti trafik blog atau berikan income pada blog.

Jumlah Link

Standard, jangan lebih daripada 100 URL pada blog anda pada setiap paparan. Jika lebih, ia akan beri kesan terutama yang meletakkan bloglist di bahagian sidebar blog. Jika ada blog yang punyai masalah RSS, ia akan masa lebih lama untuk loading.

Penggunaan Gambar

Gambar boleh guna tetapi mestilah menggunakan saiz gambar yang bersesuaian. Nasihat saya, guna saiz maksima lebar 600px. Tetapkan saiz gambar anda sebelum masukkan dalam entri blog anda. Boleh juga amalkan penetapan saiz gambar dengan cara ini - "http://gambar.jpg" width="600px" ... tetapi kalau ikut SEO tak bagus kerana ini merupakan penetapan secara inline customization. Lebih baik anda buat secara CSS iaitu tetapkan terus, mana-mana gambar yang dimuatkan tidak kira apa saiz akan dipaparkan ikut ketetapan tersebut. Dalam blogspot sendiri dah siap sedia dah, iaitu saiz small, medium dan large.
blog Ibisiswa - Biasiswa Pendidikan Malaysia 2013/2014
Antara blog kendalian saya - Ibiasiswa.my

Penggunaan Video

Ada blog yang suka letak video di sidebar. Boleh diletakkan tetapi kena dari sumber sendiri atau terbenam dalam blogger.com. Jika anda ambil sumber luaran yang banyak diakses oleh orang lain, mungkin akan mengakibatkan blog lambat nak loading.

Penggunaan Warna

Warna penting dalam blog. Mungkin nampak tak ada impak sangat, tetapi saya syorkan guna warna-warna selamat yang pernah saya ceritakan. Ia ada tona tertentu dengan pengiraan kod yang minima digunakan.

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya bina dan reka blog untuk orang lain. Mungkin ada pakar lain yang mempunyai pendapat berbeza. Saya pasti ada banyak cara, tips dan panduan yang boleh diguna pakai memandangkan template blog sekarang dah pelbagai.

Penggunaan CSS dan HTML3 adalah yang terbaik supaya blog cepat dan mudah untuk loading tanpa masalah.

Jangan Terikut Blog Orang Lain

Cuma satu nasihat saya, jangan terikut dengan blog orang lain. Buatlah blog dengan citarasa dan kesukaan anda, tetapi pada masa yang sama memikirkan soal teknikal di atas.  Anda perlu suka pada blog sendiri sebelum boleh membenarkan orang lain untuk suka blog anda.

Jika anda sendiri rasa tak puas hati pada blog sendiri, mood pun tak ada, kualiti menulis blog anda juga tak tercapai 100 peratus.

Salah satu blog yang saya buat - Simpang Pulai Guest House (header besar tapi loading ok).



8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalammualaikum...bro HH,

    terima kasih.. info nie byk juga ilmu yg mselim3 perolehi di sini. Moga rezeki bro HH sentiasa dimurahkan oleh Nya ..Amin.

    mselim3

    BalasPadam
  2. bila template simple, loading laju sedap jer nak browse dan datang berulang kali...

    BalasPadam
  3. terima kasih berkongsi dan menasihat...saya amat memerlukan nasihat daripada yang berpengalaman...^_^

    BalasPadam
  4. terima kasih diatas info & tips ini tuan..

    BalasPadam
  5. Nice sharing banyak yg perlu diubah pada blog saya ...nice sharinh HH...

    BalasPadam
  6. T kasih diatas tips & nasihat HH.. :)

    BalasPadam
  7. satu perkongsian yang menarik,. Thanks HH

    BalasPadam
  8. Banyak nak kna bwlajar ni. Terima kasih bagi tip n info menarik..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement