Payah sekarang. Silap sikit, kita akan terjebak dalam kancah kesesatan. Sekarang, hampir semua orang boleh tulis buku. Malah, ada cerita-cerita yang mengatakan sesebuah buku itu diterbitkan atas tujuan untuk menyesatkan. Ishh ... bahaya .... bahaya. Itu buku fizikal, tak ambil kira ebook yang berlambak dalam dunia maya ini.

Alhamdulillah, di Malaysia mempunyai badan pemantau yang akan melihat akan isu ini ... iaitu isu penerbitan majalah serta buku. Pihak berwajib iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) sensitif akan hal ini.

12 Buku Agama 'Haram' Dibaca

Baru-baru ini telah diwartakan 12 buku yang dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan negara. Buku-buku itu adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini.

  1. Akhirnya Ku Temui Kebenaran (Dr Muhammad Al-Tijani Al-Samawi/Terjemahan Kumpulan Pengajian Islam UIA)
  2. Agama Politik Nalar Politik Islam (Ahmad Vaezi/Ali Syahab)
  3. 99 Wasiat Imam Ja'far Ash-Shadiq Lentera Ilahi (Imam Ja'far Ash-Shadiq/Rahmani Astuti)
  4. Saling Memberi Saling Menerima (Sayyid Mahdi As Sadr /Ali Bin Yahya)
  5. Fatwa-Fatwa 2 Soal-Jawab Seputar Muamalah Ahlulbait (Ayatullah Al-Uzhma Imam Ali Khamenei/Mubsin Labib)
  6. Teladan Abadi Ja'far Shadiq Sang Mahaguru (Husain Nahrawi)
  7. Teladan Abadi Hasan Askari Tumpuan Kaum Papa (M.Ilyas dan Hasan Al-Habsyi)
  8. Teladan Abadi Husain Syahid (Abdullah Beik)
  9. Fatimah Az-Zahra' dan 9 Keturunannya Yang Mulia (Tarikuddin Bin Haji Hassan)
  10. Imamul Muhtadin 'Ali Bin Abi Thalib" (H.M.H Al-Hamid Al-Husaini)
  11. Meniti Titian Kebenaran (Khair Izzah)
  12. Memories Of Muhammad: Why The Prophet Matters" (Omid Safi)
Saya petik sumber dari Berita Harian Online.

Jadi, harap berhati-hatilah ketika memilih buku untuk dibaca. Bukan apa, ada buku yang tak tercapai akal jika tiada gurunya. Ilmu yang berguna kalau tidak ada guru ... akan membolehkan berlaku silap tanggapan dan salah ikutan.



2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kat papan kenyataan masjid kat rumah saya ada senarai panjang, banyak lagi ni...bukan sekadar 12 je malah puluhan dan mungkin ratusan!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement