Tips Tukar Blog Peribadi Jadi Blog Niche. Salah satu cara untuk membolehkan blog jadi popular, dikenali dan dapat menjana pendapatan ialah dengan menjadikan blog yang dipunyai kita mempunyai niche tertentu. Ramai blogger yang mula wujudkan blog sebagai sebuah blog personal atau peribadi. Entri awal mesti akan ceritakan serba sedikit mengenai diri, keluarga, kerja dan juga apa kehidupan seharian. Semakin lama berblog, ramai blogger yang kian sedar bahawa mereka mahukan lebih daripada blog mereka. Jadi, bagaimana nak tukar sebuah blog peribadi menjadi sebuah blog yang ada niche tertentu?

Tips Tukar Sebuah Blog Peribadi Menjaadi Sebuah Blog Punyai Niche

Kalau diikutkan entri yang saya tulis kali ini mungkin juga dikatakan sebuah entri ulangan, tetapi mungkin buat sesetengah blogger terutama yang masih baru, ia satu ilmu baru buat mereka.
Tips Tukar Blog Peribadi Jadi Blog Niche - HasrulHassan.com

Pentingkah Blog Ada Niche?

Blog yang ada niche membolehkan anda sebagai seorang blogger mudah dikenali. Anda boleh menjadi blogger masakan, blogger resepi, blogger travel, blogger fotografi, blogger cikgu, blogger remaja, blogger makanan, blogger bundle, blogger pelancongan, blogger muzium dan macam-macam lagi. Yang penting ialah menjuruskan penulisan dominan anda ke arah itu.

Bagaimana seorang blogger yang awalnya tulis kisah peribadi (blog personal) mahu menukarkan blognya menjadi sebuah blog yang ada niche tertentu?

Rasa saya semua blogger setuju, apabila sebuah blog ada niche atau tema tertentu, mudahlah nak jaja blog kepada masyarakat, dan menarik golongan pembaca tertentu. Ini penting kalau mahu blog itu mendapat pembaca setia, dan seterusnya menjana income daripada blog. Blogger yang ada blog yang punyai niche tertentu akan membina kredibiliti sendiri selain menjadikan blog mereka punyai authority tertentu.

Tips dan Langkah Menjadikan Blog Ada Niche dan Dikenali

Untuk menukar haluan sebuah blog biasa ... blog peribadi mempunyai niche tertentu, pertama sekali ialah anda perlu mendominankan entri-entri yang anda fikir anda lebih banyak pengetahuan mengenainya. Cerita lebih mengenai sesuatu perkara yang anda tahu dan pakar mengenainya. Kadangkala, ia satu perkara biasa buat sesetengah orang tetapi agak luar biasa bagi sesetengah yang lain.

Contohnya, anda tahu mengenai kraftangan, seperti buat bakul, buat tikar atau buat tembikar. Anda boleh cerita dari A sampai Z mengenai perkara tersebut, tetapi dilakukan secara berperingkat dalam blog anda. Macam hari ini anda tulis mengenai jenis jenis bakul yang anda tahu, esok pula anda ceritakan bagaimana nak meleret bahan untuk dijadikan bahan utama buat bakul atau tikar.

Dalam seminggu pastikan 3 daripada 5 entri anda adalah mengenai apa yang anda tahu, dan anda label atau tag entri tersebut dengan kata kunci tertentu. Kemudian, anda letakkan entri-entri dominan ini dalam satu senarai di bahagian sidebar blog anda.

Dominankan Entri-Entri Tertentu

Setelah niche itu nampak kukuh, entri pun dah banyak ... maka anda perlu menjenamakan blog anda dengan perkara yang anda tahu. Buat tagline yang sesuai dengan blog yang kini sudah ada niche tertentu. Sebarkan tagline tersebut dan kalau boleh nama blog pun diubah sedikit supaya pengunjung tahu apa yang mereka boleh baca dengan kepercayaan 100 peratus.

Macamana? Entri dominan mengenai apa yang anda pakar dah banyak, tagline dah ada, nama blog pun dah ada bau-bau komersil, jadi .....

Seterusnya blogwalking secara terpilih ... iaitu mencari dan komen di blog-blog yang ada entri yang ada kaitan dengan niche blog anda. Sebarkan kepakaran dan pengetahuan anda mengenai apa yang anda tahu menerusi blog.

Kongsi entri-entri terpilih anda tadi di laman sembang, forum berkaitan, dan juga group Facebook yang punyai minat serupa dengan apa yang anda paparkan dalam blog. Katakan anda tulis blog yang banyak mengenai puisi yang anda tulis, boleh kongsi di group-group atau page Facebook dan Google+ yang berkongsi perkara serupa.

Ok. Rasanya inilah langkah-langkah yang perlu untuk anda menukar blog peribadi menjadi sebuah blog yang ada niche .. in Sha Allah akan dikenali ramai.

28 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terbaik!! fyna cari tips yang macam nih. thanks abg HH.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Moga ruh arwah Syuhada dalam rahmat Allah selalu. Aamiin...

      Padam
  3. assalamualaikum hh...mmg terbaik info ni...:)

    BalasPadam
  4. saya pun rasanya nak bertukar niche kepada perkara yg saya tahu iaitu bahagian penulisan skrip dan drama drama hehe dan entry ni memberi INSPIRASI kpd saya.. tenkiuuu sifu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu ... sepatutnya mak dara leh sebarkan ilmu hebat tu pada orang lain .. baru meriah industri dengan skrip hebat.

      Padam
  5. hah blog aku pun nak tukar sikit2...

    BalasPadam
  6. Terima Kasih HH atas perkongsian

    BalasPadam
  7. alhamdulilah..dapat lagi ilmu dari abg HH.. terima kasih :-)

    BalasPadam
  8. Terbaik! terima kasih atas info berguna ini...cuba cari niche tapi agak susah!

    BalasPadam
  9. In progress...In sya Allah...Thanks for the encouragement!

    BalasPadam
  10. Thanks for the tips bro.. arena blog Malaysia nampak kurang dari segi blog niche lagi... niche saya perniagaan internet, boleh singgah kalau ada masa :)

    Perniagaan Internet

    BalasPadam
  11. Terima kasih berkongsi ilmu. Hr ni baru jumpa n3 ni

    BalasPadam
  12. Info yang sangat berguna utk saya..tq2
    Sedang mencari arah tujuan..
    :)

    BalasPadam
  13. Itulah duk fikir.. zam ni minat cerita ttg masakan, makanan, kisah sekolah, fotografi, kucing kt blog.. dh pilih dah niche blog cikgu dgn buat entri kisah sekolah, tp bila xfokus dan xada idea, kisah lain yg keluar

    BalasPadam
  14. akan perbaiki lagi bro :) terima kasih utk entri ini :)

    BalasPadam
  15. Good info. Thanks atas perkongsian HH.

    BalasPadam
  16. Thanks. InsyaAllah akan dipraktikkan nanti..

    BalasPadam
  17. tips yg ni sy setuju...mcm sy still student...rata2 sy akan kongsikan info pendidikan...tips ...ala2 blogger remaja camtu.

    BalasPadam
  18. hebat post ni, entry lama tapi masih mendapat tempat dalam artikel terbaru. hehehe. terperanjat tengok tarikh komen yang 1st tu. hehehe

    http://www.ceritaejoy.com/

    BalasPadam
  19. susah nak letakkan blog niche haha apapun mmg tips yg sgat berguna kpd blogger yg ingin menukar blog kpd lebih spesifik blog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement