Tips Tukar Sebuah Blog Peribadi Menjaadi Sebuah Blog Punyai Niche
Kalau diikutkan entri yang saya tulis kali ini mungkin juga dikatakan sebuah entri ulangan, tetapi mungkin buat sesetengah blogger terutama yang masih baru, ia satu ilmu baru buat mereka.Pentingkah Blog Ada Niche?
Blog yang ada niche membolehkan anda sebagai seorang blogger mudah dikenali. Anda boleh menjadi blogger masakan, blogger resepi, blogger travel, blogger fotografi, blogger cikgu, blogger remaja, blogger makanan, blogger bundle, blogger pelancongan, blogger muzium dan macam-macam lagi. Yang penting ialah menjuruskan penulisan dominan anda ke arah itu.Bagaimana seorang blogger yang awalnya tulis kisah peribadi (blog personal) mahu menukarkan blognya menjadi sebuah blog yang ada niche tertentu?
Rasa saya semua blogger setuju, apabila sebuah blog ada niche atau tema tertentu, mudahlah nak jaja blog kepada masyarakat, dan menarik golongan pembaca tertentu. Ini penting kalau mahu blog itu mendapat pembaca setia, dan seterusnya menjana income daripada blog. Blogger yang ada blog yang punyai niche tertentu akan membina kredibiliti sendiri selain menjadikan blog mereka punyai authority tertentu.
Tips dan Langkah Menjadikan Blog Ada Niche dan Dikenali
Untuk menukar haluan sebuah blog biasa ... blog peribadi mempunyai niche tertentu, pertama sekali ialah anda perlu mendominankan entri-entri yang anda fikir anda lebih banyak pengetahuan mengenainya. Cerita lebih mengenai sesuatu perkara yang anda tahu dan pakar mengenainya. Kadangkala, ia satu perkara biasa buat sesetengah orang tetapi agak luar biasa bagi sesetengah yang lain.Contohnya, anda tahu mengenai kraftangan, seperti buat bakul, buat tikar atau buat tembikar. Anda boleh cerita dari A sampai Z mengenai perkara tersebut, tetapi dilakukan secara berperingkat dalam blog anda. Macam hari ini anda tulis mengenai jenis jenis bakul yang anda tahu, esok pula anda ceritakan bagaimana nak meleret bahan untuk dijadikan bahan utama buat bakul atau tikar.
Dalam seminggu pastikan 3 daripada 5 entri anda adalah mengenai apa yang anda tahu, dan anda label atau tag entri tersebut dengan kata kunci tertentu. Kemudian, anda letakkan entri-entri dominan ini dalam satu senarai di bahagian sidebar blog anda.
Dominankan Entri-Entri Tertentu
Setelah niche itu nampak kukuh, entri pun dah banyak ... maka anda perlu menjenamakan blog anda dengan perkara yang anda tahu. Buat tagline yang sesuai dengan blog yang kini sudah ada niche tertentu. Sebarkan tagline tersebut dan kalau boleh nama blog pun diubah sedikit supaya pengunjung tahu apa yang mereka boleh baca dengan kepercayaan 100 peratus.Macamana? Entri dominan mengenai apa yang anda pakar dah banyak, tagline dah ada, nama blog pun dah ada bau-bau komersil, jadi .....
Seterusnya blogwalking secara terpilih ... iaitu mencari dan komen di blog-blog yang ada entri yang ada kaitan dengan niche blog anda. Sebarkan kepakaran dan pengetahuan anda mengenai apa yang anda tahu menerusi blog.
Kongsi entri-entri terpilih anda tadi di laman sembang, forum berkaitan, dan juga group Facebook yang punyai minat serupa dengan apa yang anda paparkan dalam blog. Katakan anda tulis blog yang banyak mengenai puisi yang anda tulis, boleh kongsi di group-group atau page Facebook dan Google+ yang berkongsi perkara serupa.
Ok. Rasanya inilah langkah-langkah yang perlu untuk anda menukar blog peribadi menjadi sebuah blog yang ada niche .. in Sha Allah akan dikenali ramai.
terbaik!! fyna cari tips yang macam nih. thanks abg HH.
ReplyDeletegood tips tuan. terima kasih!
ReplyDeleteMoga ruh arwah Syuhada dalam rahmat Allah selalu. Aamiin...
Deleteassalamualaikum hh...mmg terbaik info ni...:)
ReplyDeletesaya pun rasanya nak bertukar niche kepada perkara yg saya tahu iaitu bahagian penulisan skrip dan drama drama hehe dan entry ni memberi INSPIRASI kpd saya.. tenkiuuu sifu hehehe
ReplyDeleteBagus tu ... sepatutnya mak dara leh sebarkan ilmu hebat tu pada orang lain .. baru meriah industri dengan skrip hebat.
Deleteilmu yang amat berguna. tq tuan
ReplyDeletetq atas info ni...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. =)
ReplyDeleteZH Blogger
hah blog aku pun nak tukar sikit2...
ReplyDeleteTerima Kasih HH atas perkongsian
ReplyDeletealhamdulilah..dapat lagi ilmu dari abg HH.. terima kasih :-)
ReplyDeleteTerbaik! terima kasih atas info berguna ini...cuba cari niche tapi agak susah!
ReplyDeletemmg terbaik tip dari bro HH :)
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak.
DeleteIn progress...In sya Allah...Thanks for the encouragement!
ReplyDeleteThanks for the tips bro.. arena blog Malaysia nampak kurang dari segi blog niche lagi... niche saya perniagaan internet, boleh singgah kalau ada masa :)
ReplyDeletePerniagaan Internet
Terima kasih berkongsi ilmu. Hr ni baru jumpa n3 ni
ReplyDeleteInfo yang sangat berguna utk saya..tq2
ReplyDeleteSedang mencari arah tujuan..
:)
Info yg sangat berguna. Tq bro
ReplyDeletetios yang berguna ni bro
ReplyDeleteItulah duk fikir.. zam ni minat cerita ttg masakan, makanan, kisah sekolah, fotografi, kucing kt blog.. dh pilih dah niche blog cikgu dgn buat entri kisah sekolah, tp bila xfokus dan xada idea, kisah lain yg keluar
ReplyDeleteakan perbaiki lagi bro :) terima kasih utk entri ini :)
ReplyDeleteGood info. Thanks atas perkongsian HH.
ReplyDeleteThanks. InsyaAllah akan dipraktikkan nanti..
ReplyDeletetips yg ni sy setuju...mcm sy still student...rata2 sy akan kongsikan info pendidikan...tips ...ala2 blogger remaja camtu.
ReplyDeletehebat post ni, entry lama tapi masih mendapat tempat dalam artikel terbaru. hehehe. terperanjat tengok tarikh komen yang 1st tu. hehehe
ReplyDeletehttp://www.ceritaejoy.com/
susah nak letakkan blog niche haha apapun mmg tips yg sgat berguna kpd blogger yg ingin menukar blog kpd lebih spesifik blog
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.