Saya pasti ramai ibu bapa yang mahukan anak mereka diterima masuk ke sekolah berasrama penuh. Keputusan kemasukan ke sekolah asrama penuh telahpun dikeluarkan, dan para ibu bapa mahupun pelajar dah boleh semak, samada berjaya atau tidak menerusi portal Kementerian Pendidikan. Saya ada nyatakan di entri ini - Semak Keputusan Kemasukkan Tingkatan 1 Sekolah Asrama Penuh 2014 iaitu cara untuk semak keputusan masuk ke SBP tingkatan satu bagi tahun 2014.

Cara Semak Kemasukan Tingkatan Satu ke MRSM 2014

Ada yang tidak berjaya masuk ke SBP Kementerian Pendidikan, jadi sebagai alternatif, anak-anak dan pelajar boleh memohon masuk ke SBP Mara... atau lebih dikenali sebagai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Antara MRSM yang cukup terkenal terutama di zaman saya masih bersekolah dulu adalah MRSM Jasin di Melaka, MRSM Taiping di Perak serta MRSM Balik Pulau di Pulau Pinang.
Semakan Kemasukan ke MRSM Parit 2014

MRSM sudah ada nama yang cukup kukuh dan menjadi antara sekolah impian bagi anak-anak yang memperoleh keputusan terbaik dalam UPSR mahupun PMR.

Kepada anak-anak dan ibu bapa yang mahu menyemak keputusan kemasukan ke MRSM bagi tahun 2014, boleh lakukan dengan dua cara berikut:

Melalui laman web Semakan Kemasukan Tingkatan 1 MRSM

Portal semakan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM 2014

Menerusi SMS

Cara kedua adalah menerusi SMS seperti berikut:

mara mrsm [angka giliran] dan hantar ke 15888 

Keputusan kemasukkan ke tingkatan satu MRSM boleh didapati mulai 15 Januari 2014. Keputusan tersebut adalah untuk kemasukan pada 3 Februari 2014.

Kepada pelajar yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan kemasukan dan penerimaan hanya tertakluk kepada jumlah kekosongan yang masih ada setelah pelajar-pelajar yang ditawarkan mendaftar di hari pertama kemasukkan iaitu pada 3 Februari 2014.

Permohonan rayuan boleh dikemukakan menerusi laman web Mara atau pergi ke Pejabat Mara Daerah di setiap negeri.

Kepada anak-anak yang berjaya, saya ucapkan tahniah.
 

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement