Jadi bagaimana nak mengatasi masalah ini?
Ringankan Blog Dengan Menyatukan Kod Script

Banyak Widget Luar, Maka Banyak Javascript
Kebiasaannya, sebuah blog itu ada banyak javascript seandainya ada banyak widget; terutama jika widget blogspot tersebut merupakan dari sumber luar dan bukan daripada Google atau blogger.com. Sebagai contoh; widget Popular Post adalah widget asas yang ada di dalam blogspot, jadi ia sumber dalaman; maka ia tidak menjadi masalah untuk blog anda. Berbeza dengan widget Papar Entri Berdasarkan Komen contohnya; widget tersebut akan melaksanakan arahan untuk capai fail javascript dari luar.Cuba lihat kod HTML di bawah ini yang merupakan sebahagian daripada widget paparan terkini.
Bahagian biru yang saya paparkan di atas merupakan capaian ke sebuah fail javascript. Ia dicapai setiap kali blog anda dibuka oleh pengunjung. Seandainya lokasi tersebut merupakan lokasi simpanan fail yang tidak dicapai ramai orang, jadi ia bukan satu masalah. Masalah akan timbul bila banyak blog menggunakan script yang sama.... ini akan mengakibatkan blog anda jadi lambat.
Bagaimana Nak Cepatkan Loading Blog?
Salah satu cara yang pernah saya beritahu ialah dengan salin kod javascript tersebut dan letakkan ia ke satu storan maya (hosting) supaya fail tersebut hanya anda sahaja menggunakannya. Anda boleh baca di sini - Cara Simpan Kod HTML Javascript SendiriDan cara kedua yang boleh anda cuba ialah dengan cari semua kod HTML dan salin tampal dalam satu fail. Kaedah penyatuan kod HTML javascript ini akan membolehkan blog anda hanya capai satu fail untuk kesemua widget yang menggunakan javascript. Cara dan kaedah adalah sama seperti yang diceritakan dalam kaedah pertama tadi cuma bezanya ialah ... anda salin semua kod-kod HTML javascript lain dan masukkan dalam satu fail sahaja.
Fail javascript yang telah anda satukan dan letakkan di storan sendiri perlu dicapai sekali sahaja. Untuk itu, anda perlu letakkan arahan supaya blog capai fail tersebut - anda perlu letakkan arahan capaian script tersebut di bahagian HTML blogspot anda, hanya letakkan capaian kepada sumber fail tadi sahaja. Selalunya diletakkan selepas body tag blogspot anda.
Terima kasih HH atas perkongsian ilmu..insyallah akan dipraktikan...
ReplyDeleteGood Info... thank you bro hasrul.. :D
ReplyDeletemasih belajar lagi tentang script2 ni :)
ReplyDeletetkasih diatas info
ReplyDeleteinfo yg menarik lagi thank bro....
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteTerima kasih Tuan HasrulHassan. Perkongsian ilmu yang di perlukan.
Blog saya takde lah lambat...tapi bab coding2 ni, saya kena belajar banyak lagi...
ReplyDeletebab kod2 ni memang belum faham sangat,thanks info ni.
ReplyDeletetak paham sangat lar
ReplyDeleteterima kasih hh kongsi nih
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**