Ada blogger yang berjaya dengan menghasilkan blog menjana pendapatan ribuan ringgit. Serius, ramai dah saya temui di alam maya ini yang berjaya buat duit dengan blog. Mungkin sebab mereka tahu cara sebenar buat duit dengan blog, maka mereka berjaya. Kebanyakkan mereka adalah blogger yang ada ilmu, bukan bina blog dan terus buat duit ribu-ribu, mereka blogger yang konsisten dan ada iltizam kuat.

Rahsia Rezeki Seorang Penulis Blog

Saya perhatikan ramai blogger yang berjaya ini ada satu kelebihan yang ketara - iaitu kekuatan marketing. Marketing atau pemasaran adalah faktor asas bagi membolehkan blog mereka berjaya memberikan income yang berterusan dan berganda-ganda.
Rahsia rezeki seorang penulis blog - hasrulhassan.com

Ilmu Pemasaran Mudah

Ilmu pemasaran ini boleh anda cari,dan praktikkan di blog. Tips mudah yang boleh saya berikan ialah adanya kad nama dengan tertampilnya nama blogger anda, serta url blog anda. Pemasaran berkaitan jenama. Jenama adalah nama. Mahu blog dapat income, bila jenama atau nama dalam dunia blog dengan teknik-teknik pemasaran yang berkesan.

Ilmu Pemasaran Teknik Kaedah Insan

Ada lagi satu rahsia rezeki seorang blogger yang ingin saya dedahkan, iaitu kerendahan dan kemurahan hati. Ini juga salah satu kaedah pemasaran.... iaitu pemasaran kaedah insan.

Rendah diri dan murah hati bukan aspek baru dalam mencari rezeki. Jika anda seorang yang tahu menilai dan bersyukur atas apa yang anda dapat, pasti dua perkara yang saya sebutkan ini bukan satu masalah pun. Malah, dah jadi satu amalan dalam kehidupan seharian.

Rezeki yang kita dapat adalah pemberian Tuhan. Setiap kali rezeki itu datang, ia akan bersama dengan ujian yang tersendiri. Ujian untuk hati. Ujian untuk tahu sejauh mana kita mensyukuri nikmat yang diberikan. Ujian untuk memperlihatkan bagaimana rezeki yang diberi itu dimanfaatkan.
Ramai blogger hebat yang berjaya, dan rezeki mereka bertambah-tambah .... tidak lokek dalam memberikan sesuatu kepada orang lain. Lihat sahaja Denaihati.comEyriqazz.com .... mereka ini antara blogger yang berjaya. Ada sesuatu yang mereka berikan kepada pengunjung, pembaca dan masyarakat. Bertalu kejayaan yang mereka dapat. Tak pernah nak bangga diri atau sombong bongkak. Mereka sentiasa dihormati dan diberikan tempat istimewa dalam dunia blog Malaysia.

Inilah rahsia rezeki seorang blogger. Tak jelas lagi? Ok, saya berikan kesimpulan mudah untuk anda ambil nota dan amalkan.
  • Teknik pemasaran fizikal - menggunakan jenama dan nama - kad nama (business card)
  • Teknik pemasaran kaedah insan - tanamkan sifat bersyukur, rendah diri dan kemurahan hati.

Dua teknik dan cara berbeza, tetapi ada saling kait antaranya - inilah antara rahsia rezeki seorang blogger. Anda takkan tahu andai tidak mencuba .... in Sha Allah ...


27 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Rezeki ada dimana-mana, antara nampak atau tidak, antara berkat atau haram, antara rezeki kita atau rezeki orang lain.

    dan rezeki itu bukannya semata-mata wang ringgit. kesihatan dan kebahagiaan juga adalah rezeki.

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  2. terima kasih diatas perkongsian ni HH..akan cuba dipraktikkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara benda yang memang mujarab ni dalam dunia blog Malaysia.

      Padam
  3. betul2..nak buat duit bukan senang kan...kena banyak usaha..kadang2 rasa down jugak bila tgk earning tak berapa masyukk...huhu

    BalasPadam
  4. Tak terfikir pulak nak buat business card sebagai seorang blogger. menarik tu...terima kasih berkongsi.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Saya tak termasuk .. :) masih merangkak lagi ..

      Padam
  6. Betul tu....usaha dan tawakal...doa dimurahkan rezeki....insyaallah

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas perkongsian .. semakin berminat nk buat blog .. =)

    BalasPadam
  8. Suka dgn entri ini. Semuanya tentang ilmu dan cara memajukan diri sbg seorang blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Mana yang baik ... kita ikut .. ye tak?

      Padam
  9. tahniah hebat juga encik hasrulhassan apa kurangnya..

    BalasPadam
  10. Itulah yg sepatutnya kita buat bila dapat rezeki

    BalasPadam
  11. Saya sanjung dan tabik hormat kepada mereka. Sentiasa berkongsi ilmu walaupun dah berjaya. Mereka tidak loket limu.

    Jika apa yang ada pada mereka walaupun teknik rahsia, tapi mereka tetap berkongsi. Itulah ganjaran kepada orang-orang yang sentiasa memberi dan Allah Taala akan membalasnya. Insya Allah.

    Boleh jadikan mereka ikon untuk melakukan perkara yang sama.

    Semoga Tuan HasrulHassan pun akan pergi lebih jauh jugak seperti mereka. Semoga tuan berjaya dan kaya-raya.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  12. Tq untuk info... tapi susah juga bagi newbie untuk faham teknik otai otai sekalian hehehe...

    BalasPadam
  13. ya betul... itu akan saya jadikan panduan...

    BalasPadam
  14. Penulisan berpengaruh. Ibarat teknik pukau penulisan yang hebat. Chewah macam judul buku ebook pula. :-)

    BalasPadam
  15. kena praktikan dua2 teknik tu bro..hu3

    BalasPadam
  16. Rezeki ada dimana-mana . janji tak lokek untuk berusaha dan kalau dah ada rezeki jangan lupa untuk dikongsi ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Saya tgk kejayaan peniaga kemboja adalah mereka tak lokek dengan apa yang mereka peroleh. Mereka sanggup beri dana bina masjid jutaan ringgit tanpa perlu disuruh pun.

      Padam
  17. ilmu + usaha + doa/tawakal = insya'allah berjaya.. :)

    BalasPadam
  18. Bro pun salah seorang yang berjaya dalam dunia blog kan. :)

    BalasPadam
  19. Mereka ni antara yang hebat. Banyak perkongsian ilmu boleh dapat dari mereka. Macam bro HH juga.

    BalasPadam
  20. Terima kasih atas perkongsian.. saya masih baru dalam dunia blogging. Sedang membina rentak dan jiwa. Mohon tunjuk ajar :)

    BalasPadam
  21. keterbukaan membuatkan segalanya manfaat...terus berusaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement