
Permohonan Online Skim Bantuan Persekolahan (SBP) YPM 2014
Untuk info, Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin pada 23hb November 2004. SBP ialah skim yang menyediakan bantuan kewangan secara sekali gus (one-off) mengikut kadar yang ditetapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan pelajar dari kalangan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana.
Skim Bantuan Persekolahan Rendah - (SBP - R)
SBP-R disasarkan kepada pelajar sekolah rendah bermula dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Meraka akan diberikan bantuan secara "one-off" sehingga RM 300.00 bagi menampung pembelanjaan persekolahan mereka.Skim Bantuan Persekolahan Menengah - (SBP - M)
SBP-M disasarkan kepada pelajar sekolah menengah bermula dari Tingkatan 1 hingga ke pelajar Tingkatan 5. Mereka akan diberi bantuan secara "one-off" sehingga RM 500.00 untuk menampung keperluan persekolahan mereka.Skim Bantuan Persekolahan Insentif - (SBP - I)
SBP-I melibatkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan juga pelajar - pelajar miskin. Mereka akan diberi pembiayaan bantuan secara "one-off" sebanyak RM 50.00 hingga RM 200.00 sebagai insentif di atas kecemerlangan mereka dalam pelajaran di samping bagi membantu pelajar miskin dalam menampung perbelanjaan persekolahan mereka.Kepada yang mungkin mahu membuat permohonan, saya syorkan anda lihat dahulu beberapa syaray yang perlu dipatuhi. Kalau tak ikut syarat ni, maka anda dianggap tidak layak untuk memohon.
Kelayakan atau Syarat Memohon
- Bumiputera warganegara Malaysia;
- Sedang belajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia;
- Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak;
- Permohonan dikemukakan dengan menggunakan Borang Permohonan yang ditetapkan oleh YPM.
Muat Turun Borang Berkaitan Skim Bantuan Persekolahan
Selain borang utama di atas, anda yang ingin memohon perlu juga muat turun dua borang berikut:Fahami dan ikuti langkah dan arahan yang disediakan supaya permohonan anda akan diterima oleh pihak YPM.
Permohonan terbuka sepanjang tahun, jadi anda boleh mohon bila-bila masa, tetapi seeloknya lakukan sekarang semasa harga barang masih lagi belum melonjak naik. Dapatkan bantuan yang telah disediakan untuk kemudahan anak-anak.
Borang Permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen - dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan melalui pihak sekolah kepada Yayasan Pelajaran MARA dialamat berikut :
Alamat Yayasan Pelajaran MARA
Seksyen Bantuan Persekolahan, Yayasan Pelajaran MARA, Tingkat 18, Menara MARA No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.Harap maklum bahawa Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan Pengurusan YPM.
Semoga bermanfaat. Mohon anda untuk kongsi informasi ini menerusi FB, Twitter mahupun Google+.
Bagus info ni HH..
BalasPadamtq HH untuk info berguna ni
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.