Laman Web Kementerian Pendidikan Digodam Awal 2014?
Laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia selalunya boleh dilayari menerusi url - http://www.moe.gov.my tetapi apa yang muncul adalah paparan dengan tulisan merah - Hacked pada 1 Januari 2014.Siapakah mereka yang menggodam laman web tersebut?
Kalau ikutkan daripada informasi terhad yang diberikan, laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia digodam oleh Liuk3r daripada EvilShadow Team.
Apa tujuan mereka, saya tak pasti ... tapi ada blogger yang menyatakan bahawa kumpulan ini cuba menzahirkan bantahan akan kenaikan harga barang yang bakal berlaku pada tahun 2014. Itu sekadar teori ....
Ini merupakan serangan pertama laman web rasmi kerajaan di tahun 2014 oleh penggodam. Dan ada berita diterima bahawa penggodam juga menyerang beberapa lagi laman web serta blog dengan dot my (.my).
Anda boleh dapatkan senarai tersebut yang disediakan oleh blogger +Bukhari Malek menerusi blog Tetikus.net
Ya ALLAH, Baru tahu ni, Kenape lah dengki sangat dengan kerjaan . dah masuk 2014 dah . . permulaan tahun yang tidak baik :(
BalasPadamwebsite tu berapakali kena rogol.. webmaster tau makan gaji buta.. huhu.. xcaya leh semak je kat zone-h.. huhu
BalasPadamTPK dapat maklumat sebegitu juga bahawa pada tahun baru akan ada team yang akan godan web-web milik kerajaan..maklumat ini dikongsikan di fb...ikhlas dari www.tepakku,com
BalasPadamnampak tak security website malaysia ni masih lagi lemah. haih. senang2 je nak kena ceroboh.
BalasPadamdengar citer cuma dihack pada halaman utama je..halaman lain xde apa-apa2 pun..gua pun ada buka semasa kena hack tu
BalasPadamNaik bulu roma Kie baca....
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.