Ia sebenarnya salah satu teknik SEO (Search Engine Optimization).
Duplikasi Kandungan Blog Menerusi Arkib
Ada beberapa sebab, dan saya akan bincangkan dengan anda semua.
100 URL
Dalam SEO, sesebuah blog mesti ada kurang 100 link atau URL dalam paparan utama. Walaupun teknik ini tak berapa jelas, tapi kebanyakkan laman web yang membincangkan SEO, masih menekankan supaya sesebuah blog atau entri perlu ada kurang 100 link atau URL.Jadi, seandainya ada arkib, jumlah tersebut kemungkinan akan jadi bertambah. Untuk elak, anda boleh tukar bahagian arkib blog tersebut menjadi drop-down listing atau hanya papar URL entri tertentu sahaja.
Cepatkan Kadar Loading
Kurangnya link maka secara teorinya akan kurangkan kadar masa loading sesebuah blog. Jika anda tengok blog yang mudah dan cepat dipaparkan, ia hampir tiada link luaran, ia sangat minima dan hanya tekankan kepada isi kandungan utama blog tersebut.SPAM Link
Terlalu banyak link akan menyebabkan blog dianggap sebagai ladang spam link, iaitu cuba untuk membina backlink tertentu bagi meningkatkan Pagerank. Kena ingat, yang akan gelintar blog dan entri adalah sebuah robot yang tak reti menilai. Robot bergantung pada alogoritma dan arahan. Dan salah satu antara arahan buat robot enjin carian ini adalah untuk kenalpasti blog yang cuba memanipulasi kata kunci tertentu serta Pagerank.Dalam duplikasi URL yang saya maksudkan, anda paling minima boleh letakkan dua link yang sama dalam blog anda. Jika letak lebih, ia mungkin akan jejaskan tahap kebolehan blog anda dalam SEO.
Cara paling mudah nak periksa duplikasi ini adalah menerusi Google Webmaster Tools.
Ok. Anda nak letakkan juga arkib blogspot anda, tak mahu keluarkan sebab ia penting untuk pengunjung semak entri-entri lama anda yang menggoda ... hmm .. anda boleh masukkan kod HTML di bawah di bahagian head blogspot. Ia adalah untuk mengarahkan robot enjin carian supaya tidak indeks bahagian arkib blog dan mengelakkan duplikasi URL kandungan blog berlaku.
Selamat mencuba.
Owh... terima kasih bro HH.. :)
BalasPadamSama-sama Naim
Padamtq tuan HH ^^
BalasPadamSaya pernah check dan dikatakan ada 103 link kat blog...ini rupanya maksudnya...
BalasPadamKena belajar lagi ni..
BalasPadamGood sharing here bos. Blog saya lambat tak loading..?
BalasPadamLambat atau cepat skang ni byk bergantung dengan capaian internet kita. Tapi adalah lebih baik kita minima kan semua ..
PadamPersoalan..
BalasPadamKalau kita buat satu page khas untuk arkib akan menjejaskan seo juga ke?
Hmm .. yang tu saya fikir anda maksudkan dengan sitemap kan? Tak, page tu dah kira lain dah. Lebih elok buat gitu dari letak kat sidebar.
Padamtry buat tapi tak boleh..
BalasPadamletak selepas kod ... tak leh tulis h e a d ... nanti komen jadi pelik .. :)
Padamkat mana kita boleh check berapa byk link utk halaman utama blog kita? yg nak letak kod tu di head kan...kat area mana erk? blh spesifikkan..
BalasPadamOk, boleh guna SEOWorkers ... di situ ada dinyatakan jumlah link ... boleh rujuk entri saya ini - http://www.hasrulhassan.com/2013/04/100-link-pada-paparan-utama-blog.html
Padamthanks atas responnya..wokeh...nak terjah
Padamsalam tuan.terima kasih diatas perkongsian. Saya ada satu soalan,arkib dengan sitemap adalah benda yang sama?
BalasPadamThank you HH.
BalasPadamUntuk kod yg last tu, kena rapatkan, baru boleh save kat template,
Oh yeah baru tahu :D hehe
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.